Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 10 March 2011

kisah kita

kita datang dari arah yang berbeza,
kita tak pernah bertemu muka,
namun hadirmu membawa cahaya,
menyinari kegelapan hidupku,
namun tak pernah ku duga,
perkenalan yang singkat ini
membawa kita ke alam percintaan,
walau kita tak pernak berjumpa,
ku ingin sekali menatap wajahmu,
mengenali siapa dirimu yang sebenarnya,
namun sayang seribu kali sayang,
tak pernah ku duga begini akhirnya,
ketika hati berbunga cinta,
kata perpisahan yang kau pinta..
aku sedar,
kini kau dan aku terlalu jauh,
membawa haluan yang berbeza,
namun aku tidak dapat lari dari kenyataan,
bahawa hati ini masih menyayangimu...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...