Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 25 September 2011

selamat jalan kawan-kawan

setelah berjaya menamatkan paper terakhir law,
aku sentap, sedih rasa hati nie..
aku tahu hari nie mesti penuh dengan kesedihan,
aku menangis, aku rasa nak menjerit..
sedihnya hati...
sedih juga tengok kwn2 menangis..
maaf nadia.. sya tak mampu nak pujuk nadia menangis sebab sya pun terlalu sedih..
maaf kiera, sya tak mampu nak kawal perasaan,
sya tahu kiera pun sedih tapi sya masih menangis depan kiera...
maaf semuanya...




semua orang tengah tarik beg nak balik...
muka penuh keceriaan aku tengok,
maybe sebab dpt balik rumah..
tapi sebenarnya aku rasa sedih...
sedih sgt2...

reen ckp " jgn sedih sya, nanti insyaALLAH kita jumpa lagi. jgn fikir sgt pasal paper law ok??,"
aku tak mampu nak ckp apa2.. sebaknya..
aku peluk reen.. sedihnyaa...
reen lah org pertama jadi sahabat aku di Merbok, jadi roomate aku..
dia yg selalu tunggu aku sebab aku jalan lambat,
dia yg selalu tunggu aku bila kaki aku melecet waktu minggu MDS,
tak sangka cepatnya masa berlalu..
"jgn lupakan sya reen,"
hari nie dya dah balik dgn parents dia.. T___T

aku tengok kiera tengah angkat beg dya,
aku senyum..
aku sabarkan hati,
aku pujuk hati aku...
" rilek ar sya..nanti leh jumpa lagi.. fb ada, twitter ada,.."
aku buat tak tahu..
aku tak nak tolong dia angkat beg sebab aku nak dia duduk lama2 lagi kat sini,
tapi aku rasa cepat pulak dia angkat beg..
okey..mak dya peluk aku ckp terima kasih.
aku tak mampu nak kata apa2...
aku sebak dah..
nak jaa aku menjerit time tue..

"saya yg patut ckp terima kasih kat kiera!!!!,
bila sya sedih dya ada,
bila sya susah dya ada,
bila sya nak ckp apa2 dya mesti dgar,
selalu dgar, selalu setia bagi nasihat.."

aku tak kuat nak hadapi perpisahan nie sebenarnya,
aku peluk kiera,
aku tak boleh tahan perasaan dah,
ayah, mak and adk2 dya tengok aku menangis,
tapi aku dah tak peduli,
aku sedih sebenarnya,
aku sedih terpaksa berpisah dgn dya...
hanya ALLAH jaa yg tahu mcm mana perasaan aku ketika tue..
aku balik bilik,
terus aku menangis,
aku mandi sambil aku menangis,
"kiera, jgn laa tinggalkan sya.. T__T.."

kiera mesej ckp thanks for everything,
laju jaa air mata aku gugur,
sumpah aku sedih,
aku tak mampu nak ckp apa2..
kiera msj dya dah sampai,
aku tak mampu nak reply...
aku sedih sgt2..
aku bersyukur dya selamat sampai tapi aku tak sanggup nak ucap apa2..
air mata nie senang jaa gugur..
maafkan sya kiera..
maaf sebab tak reply msj kiera..




nadya dah balik..
aku rasa kosong..
tak dpt teman dya balik sebab aku keluar,
tapi aku rasa kehilangan,
tak ada dah org yg aku nak bergurau,
tak ada dah org yg aku ajak teman aku pegi dining bila aku lapar,
nadya..semoga selamat sampai..
aku pasti, kalau aku ada time dya balik mesti aku nangis jugak..
masa cuti sem 2 pun aku nanges bila dya balik,
apatah lagi sekarang..
dya msj aku..
sama mcm kiera..
aku tak mampu nak reply,
aku sebak sgt2..
YA ALLAH..tabahkanlah hati aku...
"nadya..ingatlah sya selalu, T__T.."

pagi2 lagi nisa dah nak balik,
aku kejap lagi pun nak balik jugak..
tapi nisa yg balik dulu..
aku sedih sebenarnya..
nisa ckp "take care, nanti jumpa lagi,.."
aku dah rasa mcm nak nangis tapi aku tahan lagi..
nisa dah keluar bilik,
aku nangis sorang2..
aku sedih kot..
aku selalu gurau2 dgn dya..
selalu cari pasal dgn dya.
selalu perli2 dya..
sama jugak..
lepas dya balik aku mandi ,
mandi sambil menangis,
aku rindu kat dya..rindu sangat2..
aku rasa tak puas lagi nak duduk dgn dya,
bila aku sorang2 kat bilik aku rasa kosong,
sumpah aku rasa mcm nak sama2 ada masa tue..
"nisa..semoga berjaya taw.. T__T.."





selamat jalan kawan-kawan.. mintak maaf sebab tak dpt kawal perasaan.
sya selalu menangis, buat korang rasa sedih jer kan..
tapi ini lah sya..
sya ckp sya tak rindu, tapi sebenarnya koranglah yg sya akan paling rindu..
berdoalah supaya masa mampu merawat hati yg sedih nie...
selamat jalan kawan-kawan.. ada masa kita jumpa lagi..
sya sayang korang semua sgt2...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 13 September 2011

saat terakhir


inilah saat terakhir kita,
inilah saatnya..
saat kita kan terpisah,
terpisah demi mengejar cita2,

aku termenung sendirian,
mengimbas kembali detik2 terindah di sini,
detik2 kesedihan di sini..
masih ku ingat lagi saat aku sendirian di sini,
saat aku kesunyian di sini,
mereka dtg kepadaku..
membawa sekuntum senyuman yg cukup bermakna buatku,
membawa aku satu sinar baru dlm episod hidup ini,
memberi aku kekuatan utk meneruskan hidup ini..

syahdu ku rasa, terlalu sayu hati ini,
semuanya terlalu cepat berlalu,
terasa seperti baru semalam aku bersama mereka yg aku sayangi..
teringat detik2 bersama,
susah senang diharungi bersama..
di bawah pohon yang bernama persahabatan..
terlalu payah utk aku lepaskan semua ini berlalu,
terlalu berat rasa hati ini melepaskanmu,
terlalu sukar aku merelakn semua ini..
sungguh aku berharap kita dpt kembali ke waktu itu,
kembali di saat pertama kali kita bersua..

senyuman itu,
mungkin itu senyuman terakhir..
suara itu..
mungkin itu suara terakhir,
tangan itu..
mungkin itu sentuhan terakhir..
Ya ALLAH...
tabahkanlah hati ini..
semoga ini mengeratkan lagi tali persahabatan ini,
semoga perpisahan yang bakal menerpa ini menjadi permulaan,
permulaan kepada sebuah episod kehidupan,
episod kehidupan yang lebih bermakna,
kehidupan yang lebih jelas tujuannya..
perpisahan ini,
biarpun perit utk dilalui..
pasti akan terjadi..


inilah saat terakhir kita,
inilah saatnya..
saat kita kan terpisah,
terpisah demi mengejar cita2,

semoga kalian berjaya sahabat2 ku,
semoga kalian berjaya mencapai apa yg diimpikan,
kita mungkin terpisah haluan,
kita mungkin berbeza jurusan,
tapi jgn sesekali melupakan,
saat tangan kita bertautan,
saat kita berpelukan,
saat kita berbalas senyuman..
pahatkan itu diingatan..
jadikanlah ia penawar kerinduan...
terima kasih sahabat,
air mata yg mengalir ini,
hati yg pilu ini,
tak kan ku sia-sia kan
kan ku jadikan permulaan 
menuju kedewasaan..

Nukilan | Sya Muncit 







thanks for always being there
with your warm and caring ways...



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 1 September 2011

Salam Lebaran

andai langkah membekas lara,
andai kata merangkai dusta,
andai tingkah menoreh luka,
izinkanku bersimpuh-sila,
menghulur tangan di bulan mulia,
maaf dipohon, ampun dipinta...



salam lebaran.. ^_^

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...