Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 5 October 2011

Lelaki Idaman Vs Lelaki Bukan Idaman

tajuk entry tak menahan aku tengok.. gedik semacam jer..hahaha..
tapi saje nak menulis jugak..bosan takda kerja nie..
sebut pasal lelaki idaman jer mesti ar ramai yang dah faham kan.. jodoh, soulmate, cinta sejati dan mcm2 lagi lah nama yang digelar. ramai sekarang yang tengah mencari cinta, yang sedang bercinta, menunggu cinta.. mcm2 lagi lah.. pendek kata : makan cinta, tidur cinta, mandi pun cinta lah kan...
apa ciri2 lelaki idaman korang agak2 eh??
hensem kah?? bergayakah?? kaya kah?? huhuhu.. meh kita tengok ciri2 lelaki idaman okey... :)

LELAKI IDAMAN





1- KACAK / HENSEM
    kita yang perempuan nie mesti pandang 2 kali punya bila jumpa lelaki hensem. kita mesti ckp : "wahh..hensemnya.. mcm nie boleh ar bawak jumpa member2 ker.. bangga sioot ada balak hensem..hahaha "

2- BERGAYA
    sekali pandang rasa mcm ada aura kan..tengok gaya berjalan penh karisma ar konon. kita mesti ckp :
" giler ah.. aku tengok dya jalan pun dah jatuh hati. kalau dya senyum lagi cair lahh.. hihihi.."

3- TINGGI
    kalau dah tinggi tue, pergi mana pun kita asyik nampak dya saja lah. maklumlah.. tinggi.. semua org nampak. kita mesti akan ckp :
 " bapak tinggi.. stok model weh.. kalau jadi awek dya, mesti aku berkepit jaa dengan dya.. mcm jalan dengan model...yahoooo.. "

4- PUTIH MELEPAK
     apa yg putih??? mesti laa kulit kan... muka mcm pelakon korea..kulit putih gebu boleh buat ramai yang jatuh hati weh. mesti kita akan ckp :
" wahh..comelnyer muka dya.. baby face.. kalau kawen dengan dya mesti anak2 semua comel2 nanti.. eee..sukee laa dengan dya.."

5 - KAYA / BANYAK DUIT
     tengok mamat nie pakai baju yang berjenama sikit mulalah tergoda. tambah pulak ada kereta mahal. kita mesti akan ckp :
" banyaknya duit dya.. nanti boleh laa ajak keluar jalan2 selalu.. boleh beli baju baru, kasut baru, handbag baru... seronoknyaaa :).. "


hehe..apa senyum2?? mcm lah korang tak penah buat..termasuk lah aku...hehehe..
lelaki bukan idaman apa ciri2 dya pulak??? jom skodeng...

LELAKI BUKAN IDAMAN



1- TAK ADA RUPA
    sekali tengok pun dah tak berkenan mcm mana nak berkawan kan. kita mesti ckp :
"ee..dah la tak hensem, mcm mana kalau kwn2 tengok nanti?? malunya ada bf tak hensem.. tak nak.. tak nakkkkkk ,"

2 - TAK BERGAYA
     pakai baju pun selekeh ajer..memang laa tak berkenan kan. apatah lagi nak kuar sekali.mesti kita akan ckp :
" tak nak lah keluar dgn dya.. dah laa pakai selipar tandas ajer.. buat malu jer kita yg "vogue" nie.. tolong sikit okey.. "

3 - PENDEK
     mesti laa nak bakal suami yang tinggi kan.. nanti dah bersanding baru nampak cantik. kita mesti ckp :
" tak nak laa ada bf pendek nie.. dah laa jalan terkedek-kedek mcm penguin, ada hati nak jalan dgn kita yg mcm "model" nie.. eww.. apa kelas kan.."

4 - HITAM
     kalau rupa tak ada, putih takpe gak.. nie dah laa hitam mcm negro.. kalau pandang nampak bijik mata ajer. kita mesti akan ckp :
" tak nak lah kawen dgn lelaki mcm nie, kulit hitam legam.. nanti anak2 mesti tak comel kalau ikut genetik bapak dya.. tak nak laa.. nanti bersanding mcm tahi cicak.. yelah.. kita kan "putih"..."

5 - MISKIN
    dah laa tak kacak, duit pun tak ada.. mcm mana nak pergi dating kan. kita mesti akan ckp :
" malu lah nak kuar dgn bf tak ada duit.. tak kan nak naik motor ajer?? dah laa panas.. motor buruk plak tue.. kalau motor mahal takpe gak. nanti silap2 kita plak yang kena isi minyak.. tak nak lahh.."










nie lah realiti hidup kita sekarang... walaupun kita ckp kita tak memandang luaran, tapi jauh di sudut hati kita mesti terdetik jugak kan nak yang terbaik. tapi kita mesti ingat.. tak semua  benda kita boleh dapat dengan memilih yang terbaik mengikut "selera" kita... mungkin orang yang kacak itu sedap dipandang mata..tapi hati dya?? mungkin yang tak hensem tue kita tengok pun dah rimas.. tapi hati dya baik.. jadi kita nak pilih yang mana?? tapi bukan semua yang hensem tue jahat.. syukurlah kalau wajahnya seiring dgn hati dya.. cuma kita perlu berhati-hati dlm memilih pasangan. pilih lah yang betul2 buat kita rasa selesa TANPA memandang luaran sahaja.


perlu diingatkan yang sebelum kita nilai diri orang lain, apa kata kita nilai dulu diri kita sendiri. layak kah kita :

letakkan syarat nak lelaki yang bergaya sedangkan kita nak make up pun pinjam blusher kawan..
layak ker kita nak lelaki yang hensem sedangkan kita tak pernah manis dengan senyuman,
layakkah kita nak lelaki yang kaya, sedangkan kita nak beli "barang wanita" pun mintak duit kat ayah,
layakkah kita nak lelaki yang putih sedangkan kita pun mcm dayang senandung,
layakkah kita nak lelaki yang tinggi lampai sedangkan kita mcm buah labu yang gemok...

apa-apa pun hargailah pasangan anda seadanya..
insyaALLAH anda bahagia..
hehehe :)







si A: "Seronoknya kalo dpt suami r0mantik mcm Seth Tan Nora Elena."
si B: "Bahagianya kalo dpt suami penyabar mcm Adam Adamaya."
si C: "Bestnye kalo dpt suami cute mcm Hyuk Jae Super Junior."
si D: "Sukanya kalo dpt suami hands0me mcm Shah Rukh Khan Kuch2 Hota Hei."
si E: "Gembiranya kalo dpt suami setia mcm Justin Bieber Baby."

barangkali mereka lupa atau tdk tahu betapa hebatnya RASULULLAH SAW sebagai seorang suami, dan yg paling PENTING, betapa kasihnya ALLAH SWT terhadap hamba2Nya.




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...