Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 27 November 2011

Teman



Teman..
tika aku menulis saat ini,
aku ditemani oleh bunyi unggas dan cengkerik,
ditemani dengan desiran angin malam yang mengasyikkan,
diselang-seli pula dengan dengkuran rakus manusia yang hanyut dibuai mimpi..
tetapi entah mengapa aku begitu sukar utk melelapkan mata,
biarpun mataku telah layu dan kuyu,
namun ku tidak dapat beradu kerana sering teringatkan dirimu..
aku tak mampu menahan lagi rasa rindu yang bertamu..

Teman,
dahulunya aku tidak tahu akan erti nilai sebuah persahabatan,
apatah lagi untuk menghargainya,
kini di saat segalanya telah berakhir,
baru aku mengerti betapa perlunya seorang teman walaupun seketika,
walaupun hanya sesaat cuma,
buat menemani perjalanan usia,
sebelum ajal menggamit tiba..

Teman,
sungguh aku terkilan,
pertemuan yang sesingkat ini
pasti dihakis oleh bahang perpisahan,
tetapi apakan daya,
setiap yang bermula pasti berakhir,
setiap yang bertemu pasti berpisah,
itulah hakikat kehidupan yang harus diterima..
walau apa pun,
kenangan kita akan tetap bersemadi
jauh tersimpan di lubuk hati...

Nukilan | Sya Muncit 




Rindu sangat kenangan
sebagai pre-lawrians
T__T

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...