Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 31 December 2012

Selamat Jalan 2012

Waktu telah berlalu dengan seribu ceritera,
kisah suka bersulam duka,
pasti kan menjadi kenangan buat selamanya,
tak kan mungkin detik terindah kembali menjadi nyata,
yang ada cuma senyuman penuh bermakna,
kan tersimpan di dada mungkin hinggaku menutup mata,
tak kan juga episod duka lama menjadi nyata,
mungkin yang ada cumalah parut di dalam dada,
yang kan menjadi pengajaran paling berharga,
buat aku lebih tabah meniti dunia...

begitu pantas waktu berlalu,
terlalu sayang rasanya melangkah ke dunia baru,
walau ceritera tahun ini tak seindah yang di mahu,
sekurang-kurangnya ia mengajarku erti sebuah kehidupan,
agar sentiasa melangkah ke hadapan,
cuma satu pesanan dariku,
tiada salahnya bermimpi setinggi bintang,
kerana mungkin suatu saat ia kan jadi kenyataan,
tapi usahlah berharap setinggi gunung,
kerana bila terjatuh,
rasa sakit itu mungkin tak tertanggung...

| Sya Muncit |

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Moga ada sinar baru dalam episod kehidupan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 28 December 2012

Moga Ada Sinar

Kadang mahu sahaja aku berlari,
berlari jauh dari realiti kehidupan ini,
namun bisik kata hati,
walau sekuat mana aku berlari,
tetap tak mampu menyembuh luka di hati...

kadang mahu sahaja aku khabarkan pada dunia,
bahawa hati ini begitu tersiksa,
jiwa ini begitu terluka,
dengan tajamnya kata-kata mereka,
dengan manisnya janji-janji yang penuh dusta...

Kadang mahu sahaja aku menyelam jauh ke dasar lautan,
untuk lenyapkan segala kekusutan,
untuk mencari sedikit kekuatan,
namun aku tahu tak kan mampu ia mengukir ketenangan,
bila aku tak mampu menerima sebenar kenyataan...

Terlalu sulit untuk aku coretkan,
apatah lagi mahu mengungkapkan,
hanya mampuku bersujud padaMu Tuhan,
 ku hadirkan diri dengan penuh rasa kehambaan,
moga ada sinar di hujung perjalanan...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 24 December 2012

Lawatan ke Zoo Negara

hye readers! hahaha *bajet macam ada readers je kan*
ahh..kisah pulak Sya.. biarlah ada ke tak ke.. tapi kalau ada tu thank you sebab sudi terjah blog yang hidup segan mati tak mahu nie..hahaha..
okey kali ni nak update pasal pengalaman pertama menjejakkan kaki di Zoo Negara..  *dah lama pergi tapi tak sempat nk update* busy laa konon..hihihi..

Pagi-pagi lagi dah dapat Call cakap suruh siap nak pergi zoo.. phewwww!! gila ke apa, dah laa baru bangun time tu, diulit mimpi indah lagi..haishhh..rasa nak marah pun ada jugak sebab kena rushing.. nak pilih baju lagi.hehehe. so, dengan keadaan separuh sedar, Sya pun pergilah mandi and bersiap-siap. tak sempat Bekpes kot! LAPAQQ..
Mula-mula sampai kat Zoo tak lah ramai sangat orang sebab parking masih banyak lagi. mungkin jugak sebab masih awal ataupun hari ni memang tak ramai pelawat. tapi nak cakap awal..cuaca dah panas dah pun.. terbakar kulit nie hah.. huhu..

Lepas bayar "entrance fees", dan dapat gelang yang "comel" sangat tu yang kena pakai kat tangan (time nie rasa cam sebijik haiwan yang kena tag kat dlm zoo, takut2 terlepas..hahaha ), kami pun masuk lah ikut pintu masuk utama tu.. hemm..time nie rasa teruja sangat2 :)
rasa macam lawatan sekolah pun ada..lawatan sambil belajar time sekolah rendah mcm ni lah kan..pergi zoo, pergi muzium, pergi tengok pameran.. dah besar2 ni jarang pulak nak pergi sebab faktor-faktor tertentu.

kebetulan masa pergi hari tu, public holiday so ada laa pertunjukkan haiwan kat situ. ada pertunjukan anjing laut kot yang sekor tue.. Sya bukan kenal sangat..maklumlah BUTA HAIWAN..hehehe.. tapi giler pandai menatang tu.. tapi kuat melantak.. 17kg ikan kalau tak silap dalam satu hari dia akan makan.. dia masukkan bola dalam jaring, lepas tu gosok2 perut dia dan tepuk tangan.. penonton kat situ memang asyik bersorak laa sebab teruja tengok. selain tu ada jugak pertunjukan burung..pegang kuaci, kemudian dia akan datang kat tangan kita dan kutip duit RM10.. hahaha..gila mata duitan burung nie!!



Lepas dah tengok show haiwan2 tu, kami pun jalan-jalan lah melawat haiwan apa yang ada kat dalam zoo negara ni.. banyak lah haiwan yang ada..seronok rasanya dapat tengok haiwan-haiwan yang macam2 jenis. paling Sya suka bila tengok ikan berenang-renang.. ada ikan yang besar punyerrr...hahaha.. paling Sya geli bila tengok ular..Sya takut..ada pulak time tu, diaorang letakkan ular sawa..so sapa nak pegang atau ambik gambar boleh laa.. huh! memang tak lah Sya nak pegang, sentuh pun geli..!!  banyak sangat haiwan kat sini, kalau tak orang tak panggil Zoo negara lah kan..kalau setakat ada monyet 2 ekor..hahaha..


 



Besar kan kura2 nie..berat sekor kura2 nie 100+ Kg taw tak..huhu..

Niat hati nak amek gambar dgn gajah ni tapi tak berani sebab dekat sangat..
kang gajah ni meroyan bila nampak Sya, mampos..hahaha..

Burung ni nama apa entah, dah lupa tapi jinak gila..
amek gambar depan dia jek ni tapi tak lari pun..

Singa tua.. hahaha.. tak cukup vitamin singa ni Sya tengok
sebab kurus jek..time kami tengok ni, dia boleh buang air besar..
tak senonoh!!

masuk taman rama2..teruja nak amek gambar kat sini
padahal buruk jek..hahaha

Si Kumbang dengan bunga Mawar.. *eh! hahaha


Kat belakang tu pun tak taw nama tapi cantik..
warna oren keemas-emasan gittu.. :)

Ini Badak Air
 Badak Air nie paling kelakar..masa kami masuk kat zoo, dia asyik berendam jek..tak timbul-timbul..
mula-mula ingat memang dia macam tu, tapi bila time nak balik dia tengah makan..lama laa kami perhatikan gelagat dia..tahu tak apa dia buat?? lepas makan jek kenyang2..terus masuk dalam air balik and berendam untuk tempoh masa yang lama..GILA PEMALAS.. hahaha.. so kita manusia ni siapa2 yang buruk perangai sangat asyik makan lepas tu tidor..boleh lah cakap macam badak air kan..hahaha *eh!! ( gurau jek )
Siamang, bergayut jek keja dia..
Nie masa dekat Ape Center


Nie lah ciptaan paling cantik kat Zoo Negara.. lalalalalala
nak muntah?? okey sila-sila.. tak kisah.. hahaha :P

Okey, dah lah sikit-sikit gambar.. tak larat nak letak semua..kalau nak tengok dengan lebih banyak,
jangan lupa melawat zoo negara ehh..nanti boleh bergambar dengan zirafah, rusa, burung, unta, harimau.. macam-macam lagi lah.. seronok sangat.
akhir kata,
please Visit Zoo Negara and you will not be dissapointed at all..
enjoy your holiday! :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 20 December 2012

20/12/2012


Kyra Punya ni:)

20/12/2012
tadaaaaa..!!
hari nie hari Sya bertunang!! Eh! tipu jek..kehkehkeh..
hari ni sebenarnya ada orang propose Sya jadik bakal isteri..
lalalalala..TIPU jugak :)
sebenarnya hari nie boleh consider sebagai special laa jugak..
okey..bukan agak special tapi MEMANG special ea..
hari ni besday si kembar. okey Sya taw mesti ramai yang cakap bila masa Sya ada kembar kan..
ahhh..peduli apa..yang penting dia memang kembar Sya..
asyik nak melekat jek..walaupun dah cuba dipisahkan oleh ramai orang..ngehhhh~~~

tapi yang tak best hari nie sebab tak boleh nak terjah bilik dia tengah2 malam sebab tertidor..
ni semua penangan 3 test dalam satu hari.. sebab tu lah jadi mcm nie..
mula2 bukan main semangat balut coklat untuk dia sebab nak kasi tepat jam 12.00 tengah malam..
excitednya!! tak sabar nak tunggu..nak gelak kat dia bila muka penuh bedak (niat jahat tu, nak gelak kat dia..hahahaha )
tup! tup!..
bila bukak je mata,
"eh,kenaa dah gelap semua nie??"
Sya tengok jam..
3.00 a.m
"What???!!!!"
gila sumpah kecewa sebab tak boleh nak mandikan dia dengan bedak..
nak tunggu tahun depan lambat lagi woooo..
mahu tak sedih..
time tu memang rasa nak buat kerja gila dengan terjah bilik dia jugak..
tapi bila fikir-fikir balik,
kang roomate2 dia terkejut pulak..
yelah..pukul 3 pagi nak ketuk2 pintu bilik..
haishhhh...

Kyra buat muka bengang dgn Sya sebab Sya gila kamera..hehehe :)

Kyra...
sorry sebab lambat wish.. :(
pukul 6 pagi baru boleh wish (dah lambat taw tak..!!)
hemm...nak cakap apa lagi ehh??
kyra hebat,
kyra baik,
kyra comel,
kyra sporting,
kyra hot...
hehehehe..semua pun boleh.. :)
semoga hari jadi kali nie membawa seribu kegembiraan buat kyra okey. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kasih sayang, mendapat keberkatan di sisiNYA..
terima kasih sebab dah jadi sahabat yang baik untuk Sya..
terima kasih sebab dah jadi sahabat yang memahami Sya,
sahabat yang selalu ada bila Sya ada benda nak cakap..
Sya sayang kyra sangat-sangat..
harap2 kita boleh bersahabat sampai ke syurga..
May ALLAH bless you dear :)

kembar..sama tak?? sama tak?? huhu
you are another year older and you haven't changed a bit. That's great because you are perfect just the way you are. Happy Birthday.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 13 December 2012

Khilafku



Aku meniti titian dunia,
mengusap tangis setiap derai air mata,
mengubati hati dari setiap luka,
namun ternyata pedihnya tak mampu diungkap dengan kata-kata,
aku terlalu mahu melindungi dia,
kerana ternyata dia sudah ku anggap seperti keluarga,
aku terlalu takut hatinya terluka,
kerana itu aku bersuara,
namun ternyata hasrat hati ini disalah tafsir pula..

tapi tidak mengapa,
teruskanlah menyalahi diri ini,
kalau itu mampu meredakan sakit di hati,
mungkin ini pertama dan terakhir kali,
aku mahu menjaga hati insan yang aku sayangi,
bukan kerana aku tidak mahu peduli,
tapi hati ini jua menangis sendiri...

buatmu,
Maafkan aku, bila lidah ini terlalu lantang berkata-kata,
 bukan niatku membuatmu kecewa,
 cuma aku tak mahu engkau terluka...
Maafkan aku, bila bahasa ini terlalu kasar maknanya,
 bukan kerana aku sengaja,
 tapi perasaan sayang mengatasi segalanya..

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 29 November 2012

Kita Semakin Jauh



Semakin jauh rasanya kita,
terlalu jauh daripada kehidupan lama,
engkau dengan dia,
aku dengan mereka,
masing-masing bagai kehilangan punca...

semakin jauh rasanya kita,
walau kita tetap bersama di dunia nyata,
tapi hakikatnya jiwa kita semakin hilang akrabnya,
senyuman kita semakin pudar warnanya,
erat tangan kita,
tak mampu lagi berganding bersama...

semakin jauh rasanya kita,
duniamu hanya ada dirinya,
aku umpama tercampak di alam maya,
yang hanya mampu melihatmu tanpa bersuara,
tak tahu di mana silapnya,
tak tahu di mana salahnya..

semakin jauh rasanya kita,
saat kau ciptakan jarak antara kita,
hati ini bagaikan ditusuk sembilu bisa,
saat kau bicara pada dunia,
buruknya aku, baiknya dia,
sungguh hati ini terlalu terluka...

Namun tak mengapa,
tika ini kau sedang bahagia,
ku harap ianya kekal buat selamanya,
tapi satu sahaja yang aku pinta,
bunga yang mekar pasti kan layu jua,
air yang pasang pasti ada surutnya,
jadi persiapkanlah hati menempuhi ujian-NYA,
kerana aku tak mahu kau leka dengan nikmat dunia,
hingga kau lupa pada mereka,
mereka yang ada menemanimu sebelum dia..

| Sya Muncit |

PERNAHKAH KAU MERASA, JARAK ANTARA KITA,

KINI SEMAKIN TERASA, SETELAH KAU KENAL DIA

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 27 November 2012

Aku Berlari



Aku cuba berlari,
berlari sejauh mungkin,
berlari jauh daripada pandanganmu,
namun sungguh aku gagal,
bila ternyata,
destinasi yang ku tuju adalah dirimu...

sungguh hati ini amat pedih,
pedih kerana tak mampu mengungkapkan,
betapa aku perlukan kamu,
betapa aku rindukan kamu,
dan perasaan ini benar-benar telah membunuhku..
terlalu sakit rasanya bila hanya aku yang mencinta,
terlalu perit rasanya bila hanya aku yang merindu,
sedangkan kau hanya diam membisu,
tak pernah menyedari kehadiran diriku..

Pergilah wahai dirimu,
pergi jauh dari hidup ini,
kerana aku tak kan pernah mampu untuk berlalu,
walau hanya selangkah lagi..
juga aku tak mampu berlari,
berlari jauh dari hidupmu...
kini..
Aku masih cuba berlari,
berlari pergi dari hidupmu,
namun ternyata,
di suatu ketika masih lagi aku menantimu..

| Sya Muncit |
I miss you, but I'm trying not to care. I love you, but I'm trying not to show. I want you, but what can I do when you're not even mine?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 22 November 2012

Kita Berdua



Hari itu terlalu indah rasanya,
terlalu sayang untukku melupakannya,
apatah lagi mahu membuangnya
dari kotak fikiranku...
mungkin inilah yang dinamakan takdir yang indah,
seakan mahu sahaja aku memainkan peristiwa itu berulang-ulang,
namun apakan daya,
ia akan tetap menjadi kenangan,
kenangan yangg tak mungkin aku lupakan..
masih segar di ingatanku,
saat kau berlalu pada hari itu,
dunia seakan berhenti seketika,
dunia seoalah-olah hanya ada kita berdua..
terlalu indah rasanya,
bagaikan bunga-bunga cinta sedang menghujani kita,
saat kau lemparkan senyuman manismu,
sunggu aku berharap waktu terhenti di situ..
ketahuilah wahai dirimu,
bahawa aku meminatimu di kejauhan itu...

| Sya Muncit |

Khas buat kwn Sya  yang
terserempak dgn Mr Crush dia,
dalam keadaan yg sgt dramatik!
hahaha :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 20 November 2012

Hepi Birthday AZIRA..!!


Birthday Girl Today :)

Sungguh aku tak rancang perkenalan ini,
apatah lagi terlintas untuk mempunyai sahabat sepertimu,
yang aku tahu hanyalah,
kamu adalah anugerah terindah yang ALLAH kirimkan,
buat meniti perjalanan hidup ini,
buat mewarnai sebahagian daripada kanvas kehidupanku..
ALHAMDULILLAH..
terima kasih sebab hadir dalam hidup ini,
tiada apa yang mampu aku berikan
di hari yang istimewa ini,
cumalah sebuah ucapan selamat,
berharap agar hidupmu akan sentiasa dimurahkan rezeki,
dipanjangkan umur serta mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kelak..
juga tak lupa,
semoga kamu dan si dia dipertemukan jodoh,
kerana kalian sudah cukup serasi aku kira..
hanya menunggu masa untuk diijab kabulkan.. :)

With her, Zira


Buatmu,
NURUL AZIRA BINTI MD SAAD
semoga sentiasa diredhai ALLAH..
terima kasih sebab dah banyak tolong Sya,
termasuk meniru dalam exam..KAH KAH KAH :D
(bangga sebab tak semua org pandai mcm zira nak kasi tiru)
walaupun meniru, dia still dapat markah tinggi..guess why??
Sebab dia ikhlas..ALLAH bagi LEBIH kat dia..
terima kasih sebab selalu jadi tempat bila Sya nak cakap sesuatu,
( kadang2 benda remeh pun nak ckp kan..hehehe )
terima kasih atas semua kebaikan yang telah diberikan untuk Sya..
( bila Sya sakit selalu tanya okey tak?? nak teman makan tak??  jgn mkn megi..jgn minum ais)
hehehehe.. membebel mcm MAK orang :P
tak pernah terlintas hubungan yang baru setahun jagung,
akan berkembang macam nie..
ALHAMDULILLAH :)
Selamat Ulang Tahun Sayang..
semoga persahabatan ini sampai ke akhirnya..

I wish you a wonderful day and may all your wishes comes true. I hope you enjoy this day very much . Stay yourself. Happy Birthday!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 15 November 2012

Aku Tak Mahu



Saat kau ungkapkan rahsia pada malam itu
bahawa mereka masih berharap pada pertalian itu,
hati ini terlalu terluka,
hingga tiada kata yang mampu mengungkapkannya,
mengapa aku kau jadikan boneka..
mengapa??

kini...
Telah aku mengerti bahawa kau tak mencintaiku,
tapi mengapa engkau begitu prihatin tentang diriku,
telah aku tahu yang kau tak menyayangiku,
namun mengapa kau terlalu berbaik dengan diriku...

Aku tak mahu hati ini terlalu dibuai dengan indahnya perasaan,
perasaan yang tak kan pernah jadi kenyataan,
ku mohon janganlah engkau terus memberiku harapan,
sedangkan pada dasarnya engkau berniat mahu memutuskan...

Aku juga tak mahu salah mentafsirkan,
kerana aku bimbang hati ini pasti tak tertahan menanggung kelukaan,
usahlah engkau tegar mahu memberi perhatian,
sedangkan hatimu tiada walau sekelumit pun perasaan...

Cukup-cukuplah engkau menipu hati ini,
menjanjikan bulan bintang yang tak kan mampu untuk digapai,
cukup-cukuplah engkau memainkan hati,
kerana bimbang akan memakan dirimu sendiri...

| Sya Muncit |

Usah bermain rasa jika hanya menduga,

nanti tersentuh hati, pedih menyiksa diri...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 12 November 2012

Sesaat Bersama Mereka


11 November 2012
Hemm..hari nie Sya dah cuba satu benda baru dalam hidup Sya,
pada awalnya rasa berat hati nak join Modul 2 PBSM sebab ada dua test menanti pada esok hari.. 
memang merungut macam nak gila lah bila kena pergi dan kalau boleh memang tak nak pergi pun..
tapi memandangkan program nie wajib dan sememangnya Sya Ahli PBSM yang baik ( Perasan sikit ), join lah jugak program khidmat masyarakat nie.
first time sampai kat sana rasa macam nak balik!!
tempat apa nie??
macam menakutkan tengok ada kanak-kanak yang nakal sangat!!
owh..dalam hati dah terfikir macam mana nak handle ni???
silap2 budak2 nie yang jaga Sya =.='

Mula2 handle memang rasa pening kepala tengok diaorang degil sangat,
most of them quite naughty..
tapi ada jugak yang baik..yang duduk diam2..
ada jugak yang langsung tak boleh dikawal..
memang hyperactive gila!!
tapi, alhamdulillah..
Sya sekali pun tak rasa nak marah dengan perangai diaorang yang sangat degil..
entah lah..tapi I think i just like them the way they are..
sebab Sya tak pandang diaorang dengan pandangan 
"budak-budak kurang ajar"
sebab diaorang masih mentah..
banyak lagi proses kehidupan yang diaorang akan lalui,
dan pengalaman tu semua akan buat mereka lebih matang dalam melalui kehidupan..



Ada seorang adik nie, nama dia Hisyam..
dia budak first yang Sya tegur sebab Sya kena jaga dekat situ..
So, kenal lah siki-sikit..
benda yang Sya tak kan lupa, sebab dia cakap :

"akak cantik mcm akak Syam"

Okey, tersentuh...bukan sebab dia cakap Sya cantik TAPI sebab akak dia dah tak ada pun. Sya tak boleh nak tanya apa-apa yang lebih dan memang tak nak tanya pun sebab Sya takut tersalah tanya..tak sanggup nak buat adik yang sekecil tu sedih dengan soalan Sya..mungkin dia nampak Sya, dia rasa macam kakak dia sendiri. Manja budak nie.. sebab dia melekat dengan Sya dari awal.. bila kena pilih group pun dia melekat nak group Sya jugak walaupun kawan2 dia masuk group lain..sampai dah nak balik pun melekat dengan Sya.. bila dah nak balik, dia sedih..dia cakap..

"tak kan nak balik dah? cakap duduk sini sampai petang.."

Gambar sebelum balik..
sibuk suruh Sya amek gambar..huhu..
Aduhai..rasa berat hati lak nak tinggal dia kat situ. budak-budak di sini nakal mungkin sebab kurang kasih sayang dan perhatian.. mungkin ada penjaga yang akan jaga diaorang tapi bukan semua akan diberi perhatian yang lebih..sekadar cukup makan, pakai dan tempat tinggal..
kesian kan diaorang..mesti sentiasa rasa sunyi tanpa kehadiran family..
jadi kita yang masih ada family nie,
cubalah hargai family kita kan..sayang family kita sebab keluarga adalah satu anugerah buat kita.
tak semua orang mampu memiliki keluarga yang sempurna.
macam adik2 kat sini..diaorang dah tak ada siapa-siapa kat dunia nie..
diaorang sendirian..

Berebut nak masuk daam gambar..hehe..
..Semoga adik-adik kat sini tabah melalui hari-hari mendatang dan sentiasa dalam lindungan Rahmat ALLAH..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...