Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 31 January 2012

It's My BirthDay :)




31 Januari 2012,
yeahhh...it's my birthday..!!!
Alhamdulillah, setahun lagi bertambah umur menjadi 20 tahun Sya hidup di dunia nie,
rase sedih sebab dah ada angka 2 kat umur..
selalu belas-belasan tahun jer, terasa laa muda,
sekarang dah puluh-puluhan, terasa tua la sikit..huhu..
tapi takpe, baru 20, belum 40 kan..hehehe
Ramai kawan2 yang wish..terima kasih sangat2,
terima kasih kerana masih ingat ulang tahun kelahiran Sya,
terima kasih kerana mendoakan yang baik2 sahaja buat Sya,
hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua..




Special thanks dedicate to sahabat terbaik Sya, Syafiqah Aslah Sohaimi,
sebab bagi hadiah yang sangat2 comel dan cute miut,
terima kasih jugak sebab bagi kek yang sangat sedap sampai menjilat2 jari..
semoga ALLAH sentiasa melindunginya dan membalas setiap kebaikan yang dya buat..
i love her..
tak pernah sekali pun dya miss bagi hadiah kat Sya,
dari zaman sekolah, sampai lah sekarang,
terima kasih sebab masih ingat lagi hari jadi sya,
terima kasih sangat2..
Sya sgt hargai apa yang telah dya buat selama ini..
harap persahabatan kami kekal sampai akhir hayat nanti..





Kepada kawan2 yang tak bagi hadiah tue,
tak payah laa rasa bersalah sgt okey :)
jangan risau, Sya tak kisah pun..
korang dah wish pun dah terharu sangat sebab terbukti walaupun kita jauh,
korang masih ingat hari kelahiran Sya..
Sya sayang semua kwn2 Sya :)

edit by : piekah


nie masa besday sya last year,
surprise birthday drpd member2 di Merbok :)

Semoga hidup akan lebih bermakna
(^_^)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 28 January 2012

Weekend dgn Sahabat :)


28 Januari 2012
Seronok keluar hari ni walaupun sangat penat..hari nie sangat best rasanya bila dapat jumpa balik member2 masa sekolah menengah dulu.
member2 yang sama2 berjuang masa PMR dulu, member paling rapat, member yg tggal di asrama tapi lepas tue semua pun keluar asrama jugak...huhuhu..sehati sejiwa kan..kan..??? :p

First2 jumpa terus kteorang serbu pusat karaoke..
pergghhhh..terasa lama gila tak kuar sebab tempat karaoke tue dah berubah wajah dah.
mula2 nyanyi satu jam, tak cukup lepas tue, tambah lagi satu jam. melalak sakan laa hari tue, sampai bila keluar pun suara mcm takda. Wani terus ckp dya sakit kepala sebab nyanyi banyak sgt, eja plak ckp telinga jadi bengang jer bila keluar..hahaha.. tue laa penangan nyanyi sampai tak ingat dunia. Bila nyanyi balik lagu2 time sekolah dulu, teringat laa event2 masa berlaku kat sekolah dulu.
Paling best sebab nyanyi balik lagu2 koir dulu mcm "Top of the World " dan jgak "Hero".

Lepas dah penat2 melalak mesti laa lapar kan. seronok mkn sambil tanya pasal perkembangan hidup masing2 dan tanya tentang member2 yang dah lama tak dengar khabar sbab masing2 dah ada life sendiri kan. Mkn free sebab Akhmal belanjaa..hoho... terharuu :D

J1 tempat duduk eja, tapi Eja dah amek tiket tue..huhu...

Wani teringin nak tengok cerita Sumpahan Kum Kum..
Sya dah laa penakut, tak berani nak tengok cerita2 seram nie, tapi memandangkan
bukan selalu nak keluar, Sya pun on je lahh..
Sya siap bagi syarat lagi..
Syaratnya, Sya kena dduk d tengah2 antara Wani dgn Eja,..ahahaha..
tak sanggup laa nak dduk kat tepi, takut ada hantu..
kalau nak dduk sebelah lagi plak, takut ada lelaki ke kat sebelah..
kang Sya terpeluk laki tue, naya jaaaa..huhuhu..
Cerita nie menakutkan laa jgak, tapi banyak scene yang memeranjatkan, apa lagi menjerit2 la Sya dgn Eja. Wani pulak dok gelak2 jaa sampai Sya dgn Eja dah naik konfius,
kami tengok cerita Seram ker cerita kelakar??? hehehe..
Tapi rasanya Sya yang menjerit paling teruk,
sampai nak sembunyi belakang Eja dah..huhu..
Dah habis cerita cepat2 kami keluar takut org tengok sape yg menjerit kuat tadi..hehe..
(^_^)



Nie lah kawan2 Sya..Wani n Eja comel kan...^_^


Rasa singkat je kami jumpa semalam, tak puas lagi rasanya..
Tapi Alhamdulillah..
Sya rasa, kami masih sama mcm dulu lagi..
perangai kami, cara kami bercakap.. still sama..
sikit pun tak rasa kekok,
mungkin sebab kami sgt rapat dulu, jadi ikatan tue still utuh lagi..
walaupun kami duduk dlm bidang yang berbeza dan terpisah sejak habis PMR lagi,
at least kami masih lagi sama, tak berubah dan masih ingat mengingati..
Thank You ALLAH for sending me such a great friends for me..

Eja & Wani..
harap persahabatan kita kekal sampai
akhir hayat kita (^_^)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 27 January 2012

Dilema


Dalam kesamaran cahaya malam,
ku mencari sebuah kekuatan,
agar aku bisa mengharungi hari-hari yang mendatang,
ku mencari kekuatan untuk terus bertahan,
pedih terasa hati ini,
terlalu pedih dengan sikapmu,
salahkah aku jika sekadar meluahkan perasaan,
salahkan aku bila melontarkan apa yang aku inginkan,
bukan niatku merubah dirimu,
bukan niatku menyakiti hatimu,
cuma naluri sebagai wanita biasa,
kadang ingin dibelai manja,
kadang ingin merasa diri sungguh bermakna,
merasa diri sangat istimewa,
dulu pernah dikau khabarkan,
agar kita sentiasa meluahkan isi hati
agar tiada rahsia yang tersimpan di lubuk hati,
tapi mengapa ini yang terjadi...

 Nukilan | Sya Muncit 

kdg2 kita tak
tahu, sikap kita menyakiti insan lain,
mohon maaf jika tersalah kata :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 26 January 2012

Risau Sangat Sangat




Okey..serius Sya risau sangat-sangat sekarang nie. Tak tahu lah nak ckp mcm mana lagi persaan sekarang nie. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.. kemungkinan besar result utk penerapan masuk ke ijazah sarjana muda akan kuar pada 30 atau 31 Januari nie. Tak tahu lagi rezeki Sya ada kat mana.
Kalau result keluar 31 Januari nie, Sya harap hari tue akan membawa tuah dan rezeki pada Sya sebab 31 Januari ialah tarikh ulang tahun kelahiran Sya..huhu..

Sekarang nie memang Sya yakin kawan-kawan yang lain pun sedang menghitung hari nak tunggu result keluar.Sama-samalah kita berdoa semoga apa yang kita akan dapat nanti adalah yang terbaik buat kita semua...

Sangat berharap dapat sambung
belajar kat degree nanti walau kat mana pun..
risaunyaaaaa :(

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 25 January 2012

Sya masih sama seperti dulu


Kadang-kadang mungkin kita tak sedar yang dalam hidup nie manusia pasti berubah. Sama ada sedikit atau banyak, manusia pasti berubah. sama ada dari positif ke negati atau sebaliknya, manusia pasti berubah. Kadang-kadang Sya takut kawan-kawan Sya yang sudah lama tak berhubung atau sudah lama tak berjumpa terasa hati atau fikir yang Sya dah berubah. Sya masih Sya yang dulu.Walaupun mcm tue, Sya sentiasa ikuti perkembangan diaorang dari semasa ke semasa. Cuma kadang2 Sya jadi segan bila sahabat baik sendiri, tak pernah bertegur sapa dgn Sya. Bila Sya cuba nak rapatkan diri dgn dya, dya mcm endah tak endah sahaja. Sya sayang semua kawan-kawan Sya.
Tak mungkin Sya lupa kawan2 yang pernah bantu Sya waktu Sya jatuh, kawan2 yang pernah menangis dgn Sya, kawan-kawan yang banyak buat Sya belajar tentang erti sebuah kehidupan. 



terima kasih kawan-kawan..
kita mungkin tak selalu contact,
tapi bila-bila korang perlukan Sya,
Sya pasti ada utk korang semua..
sebab Sya syg kawan2 Sya

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 12 January 2012

Akhirnya Aku Kecundang


12 JANUARI 2012
tarikh keramat yang tak mungkin Sya lupa dlm hidup nie rasanya,
yer..tarikh Sya gagal..
gagal dalam meneruskan impian sendiri,
Sya tak boleh lagi berangan-angan nak sambung degree in BACHELOR OF LEGAL STUDIES (HONS),
sedih...memang laa sedih..
siapa yang tak sedih kan..
di saat semua kawan-kawan sedang mengejar impian menjadi
doktor, pensyarah, cikgu, lawyer..
tapi Sya masih di sini lagi..
masih berdiri di suatu sudut yang tak mampu nak bawa Sya ke mana-mana..
Mungkin ALLAH telah sediakan sesuatu yang lebih baik utk Sya..
Kawan2 bagi semangat..
cakap supaya sabar, tabah, redha..
tapi Sya cuma mampu dengar dan berterima kasih atas doa kalian yang sentiasa di sisi Sya..
lagipun, orang pernah cakap,
kalau kita nak mengaharapkan pelangi yang cantik,
kita mesti menempuhi hujan dulu kan..
tak kira lah walaupun hujan lebat dan ada ribut sekali pun..
insyaALLAH..
mungkin apa yang akan datang lepas nie adalah yang terbaik..


buat kawan2 yang berjaya sambung
BLS.. gud luck & semoga
kalian menjadi lawyer yang terbaik suatu hari nanti..
(^_^)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 9 January 2012

Tolong ingatkan aku


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa,
Jangan lukakan perasaan mereka,

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-quran,
Saat internet penuh kealpaan,
Saat tv penuh hiburan,

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan..

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan..


Ya ALLAH...
Jauhnya aku dgn diriMU..
jagalah hatiku Ya ALLAH..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 6 January 2012

Rindu




Hari-hari yang ku lalui kini terasa sepi,
tiada lagi gurauan manja yang mengisi hari,
tiada lagi gelak tawa, yang tinggal hanyalah memori sepi,
jauh di sudut hati aku berharap ia kembali..
walaupun semua itu telah berlalu pergi,
namun semuanya seakan masih segar diingatan,
aku cuba menerima hakikat hidup ini,
namun hati ini masih tetap degil,
kerana telah ku sedari,
setiap apa yang terjadi,
tak mungkin berulang kembali,
pasti semua itu hanya akan tinggal sebagai kenangan yang hanya mampu utk diingati,
bukan lagi di alam realiti,
sungguh aku rindu akan kalian semua,
rindu kalian mengisi hari-hariku dengan pelbagai ragam,
Ya ALLAH..
jagalah sahabat2ku..
permudahkanlah segala urusan mereka...
semoga perjalanan mereka dalam mengejar cita-cita
tercapai jua akhirnya..


Nukilan | Sya Muncit 


tak sabar nak sambung study,
harap2 boleh sambung stdy cepat2..
huhu :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 1 January 2012

Assalamualaikum 2012



Alhamdulillah..dah masuk tahun baru 2012.. rasa bersyukur sgt2 sebab masih boleh menghirup udara 2012. :)
rentetan hidup Sya sepanjang 2011 banyak peristiwa yang terjadi, tapi semua tue juga mengajar Sya tentang erti sebuah kehidupan. walaupun kadang terjatuh saat ada ujian dtg, tapi alhamdulillah..Sya masih tabah berdiri hari nie.
Ramai org sibuk bertanya azam baru utk tahun baru,
tapi bagi Sya, cukuplah hidup Sya dipermudahkan dlm segala urusan dan menjadi seseorang yang lebih baik drpd sebelum nie..
insyaALLAH... 


TAKE CARE 2011


harap2 cepat dapat result utk sambung study
(^_^)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...