Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 3 February 2012

Berakhirnya Sebuah Penantian



Keputusan Permohonan :
Tahniah, anda berjaya ditawarkan tempat di UiTM. Maklumat tawaran anda adalah seperti berikut : -

Nama : ROSHADAH BINTI MD NOR
No K/P Baru : 920131******
Program : AM225 - SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN)
Kampus : UiTM Shah Alam


Alhamdulillah, berakhirnya penantian selama 6 bulan utk sambung degree. Alhamdulillah, Sya bersyukur sangat2 sebab Sya dapat tawaran sambung belajar nie..syukur sebab sekurang-kurangnya Sya dpt tawaran.

Sejujurnya Sya sedikit kecewa bila dapat tawaran Bachelor in Corporate Administration, masa Sya tengok result..tiba2 rasa kosong, rasa tak tahu nak cerita apa perasaan masa tue... Sya bagitahu parents dan ayat pertama yang keluar, jauhnyaa.. Ya betul..memang jauh. Sya faham, ayah tak boleh nak drive jauh2. Mesti mintak tolong abang lah.

Menambah kerungsingan Sya lagi, Sya tak dpt kemudahan kolej. Agak keterlaluan sebab ni semester pertama. Lagi satu masalah dah bertambah sebab nak kena cari RUMAH SEWA pulak. Nak pakai duit lagi... hemmm..susah2...
Sya cuma berharap pada kwn Sya aje, Kyra sebab dya dekat sikit kat sane. Ayah pun ckp mintak tolong Kyra carikan tempat tinggal. Terpaksa mintak tolong Kyra memandangkan Kyra pun dpt di Shah Alam, cuma yang membezakan kteorg, dya dapat kos yang Sya impi-impikan, Bachelor in Administration Science.. Tahniah Kyra..tahniah sgt2. Sya taw, Kyra memang nak kos tue kan..

Mr Muncit bagi ayat sedih, sumpah rasa mcm nak menangis time baca tue..dya ckp..

"Sedihnya sebab kite lagi jauh lepas nie, syg jangan lah sedih2 ni taw nanti b lagi sedih. lagipun  nie kan utk masa depan syg jugak.. B gembira  sgt sayang dapat teruskan impian syg utk sambung belajar. b tumpang gembira utk syg.. tahniah syg.."


Tak tahu lah nak ckp ape lagi. hanya mampu berdoa supaya Sya boleh terima kos nie seikhlas hati.
walaupun terpaksa duduk jauh dgn family, harap Sya mampu bersabar..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...