Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 15 April 2012

Broga Hills


15 April 2012..
Tarikh Sya buat keputusan nak pergi hiking..
Sya repeat sekali lagi, HIKING!
Okey, Sya tak pernah..bukan tak pernah..
tak SUKA sangat aktiviti yang memerlukan banyak tenaga mcm nie..
tapi disebabkan kekecewaan yang melanda hati,
sebab Sya nak cuba lupakan kesedihan Sya walaupun sebentar,
roomate Sya paksa jugak2 suruh Sya pergi..
Sya tahu, roomate Sya pun sedih tengok keadaan Sya yang tak terurus nie,
Sya sedih tapi dya pun terasa bahang kesedihan Sya..
Sorry roomate!
back to the real story..
pagi2 sebelum subuh lagi dah siap2 nak g Hiking kat bukit Broga..
perghh...!! semangat kan..


Sampai2 kat sana terus park kereta dan bersedia nak hiking!
start hiking dgn bismillah then berdoa supaya tak ada apa2 yang berlaku..
sepanjang perjalanan rasa sangat penat dan penat sangat2..
Sya rasa mcm nak give up pun ada bila dah sampai separuh jalan,
tapi sya kuatkan semangat jugak lah..
kebetulan masa pergi sana,
budak2 fakulti Sport Rec pun ada join,
So bila tengok diaorang punya badan..
perghh!! BADAN gitu.. jgn pikir lain yer..
maksudnya keTOUGHan mereka2 memang jelas kat situ,
tengok diaorang cool jer, siap boleh berlari2 lagi..
terdetik kat hati, diaorang nie tak reti penat ker?? =.='
aku yang jalan biasa2 nie pun dah separuh mati..huhu..



Masa sampai kat atas bukit Broga tue,
berhenti sekejap.. ambil angin.. tengok pemandangan,
Subhanallah.. Cantik.. indah ciptaan ALLAH SWT..
rasa sayu tiba2..  rasa mcm nak lepaskan kesedihan kat situ dan berharap
bila Sya turun daripada Bukit Broga tue,
semua kesedihan Sya akan hilang mcm tue sahaja..
Tengok gelagat family2 yang dtg kat situ,
buat Sya terlupa akan masalah Sya..
tengok pasangan suami isteri dengan anak..
wah.. caringnyer! bahagia Sya tengok..
tiba2.. ada satu suara..
"Syg, cepat la.. B yang buncit nie pun dah sampai "

Okey, Sya sentap!
kenapa mesti dengar dialog mcm nie..
rasa nak nangis pun ada..
tapi cepat2 Sya ajak kyra bergambar..
masa tue hanya ALLAH je yang taw mcm mana perasaan Sya masa tue..
berat dugaan nie.
sangat berat untuk Sya lalui sebenarnya..
tapi mungkin ada hikmahnya kan..
Sya harap semua kenangan yg buat Sya sedih akan tertinggal kat sini,
Sya tak nak bawak turun dari hills nie..hemm..


Masa on the way balik,
ada satu kejadian yang sangat memberi effect pada Sya,
buat Sya terpikir yang sebenarnya ada benda lain yang Sya patut fokus..
Alhamdulillah..tak ada apa2 yang serius terjadi..
ALLAH masih bagi peluang utk Sya bernafas lagi..



i hope that i can be strong enough!

p/s : thanks kat org yg teman tengah hujan tue. tak ingat nama =.='

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 12 April 2012

Warkah Buat Awak

Awak..
terima kasih sebab sudi menemani saya sepanjang tempoh ini,
terima kasih sebab sudi buat saya bahagia walaupun tak lama,
terima kasih atas kasih sayang yang pernah awak curahkan selama ini,
terima kasih jugak kerana menjadi orang yang sangat memahami saya..

tapi awak..
sungguh saya tak sangka,
calarnya cinta kita dengan dugaan takdir..
sungguh saya tak sangka begini akhirnya kisah kita.
saya tak sangka dan tak dapat bayangkan
awak begitu mudah melepaskan,
kasih awak terlalu rapuh buat saya,
tapi tak mengapa, saya tak kan pernah menyesal..

awak..
saya terkilan dengan awak,
sangat terkilan dan terluka..
saya tak sangka bila permintaan terakhir saya buat awak,
langsung awak tak endah.
saya akan ingat hari itu sampai akhir hayat saya,
saya akan ingat bagaimana orang yang saya sayang buang saya dari hidupnya,
saya akan kenang, betapa saya rasa terhina bila insan yang bertahkta di hati 
seakan-akan tidak peduli akan rintihan saya..

malam tue, saya tunggu awak..
kawan-kawan cakap saya bodoh sebab menunggu awak..
betul saya memang bodoh,
tapi dalam hati nie, tak siapa tahu sebenarnya sangat merindui awak,
biar mcm mana sekalipun salah awak,
saya akan maafkan..
sungguh, saya perlukan awak..
saya tunggu awak hingga saat terakhir malam tue,
saya tak henti-henti berdoa awak akan datang,
saya berdoa awak akan datang walaupun sekejap,
saya tetap terus yakin walaupun kawan-kawan saya minta saya berhenti mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
hati saya begitu yakin pada malam itu,
terlalu yakin yang awak masih sayangkan saya,
terlalu yakin yang awak akan datang jumpa saya..
tapi ternyata hati saya salah..
rupanya cuma saya yang seikhlas hati mahu menyelamatkan hubungan ini,
rupanya cuma saya yang menginginkan pertalian ini,
rupanya cuma saya yang menyintai awak seadanya..

semoga awak berbahagia dengan apa yang awak buat,
tahniah sebab awak tunjukkan impian buat saya
tapi awak musnahkan..
tahniah sebab awak dah berjaya hancurkan hati saya,
tapi saya tak kan pernah membenci awak kerana satu kesalahan yang awak buat,
segala kebaikan awak akan tersemat kukuh di hati ini,
cuma saya tak kan melupakan bagaimana awak hancurkan hati saya..
terima kasih..

YA ALLAH..
jika dia jodohku, dekatkanlah hatinya dgn hatiku,
biarlah perpisahan ini hanya sementara..
sesungguhnya aku masih menyayanginya .


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 7 April 2012

What Should I Do?




When i let you go one step further,
my eyes overflow with tears,
when you walk away one step further,
even more tears are falling,
as you move away to a place where i can't reach you,
in my heart, it's really unbearable..
what should i do?
you are leaving me now,
what should i do?
i cry out to you but you can't hear me,
all day long i try to say goodbye,
but i keep thinking of you,
all day long i try to forget you,
but you keep wandering in my mind,
you are leaving to a place that i can't reach you,
i can't find you,
all i can do is only cry..
i'm wishing that you will be here,
and i will waiting for you here..
what should i do?
even in my dream,
i will say that i miss you..
because you are still the one that i love...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...