Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 24 June 2012

Pulanglah sayang..


Kita bertemu untuk mengenal erti cinta,
memberi aku sebuah pengertian tentang rasa kasih yang kian bersemi,
walaupun sedetik cuma,
bahagia itu masih aku terasa..
masih segar di minda rasanya..
namun kau telah meninggalkanku..
mengajarku tentang betapa deritanya merindui,
memberikan kesan yang sangat mendalam pada hatiku,
yang tak mungkin dapat ku padam hingga aku mati nanti mungkin...
kau dan aku pernah mengecapi bahagia dulu,
pernah bersama dalam apa jua keadaan yang dialami,
sayangnya semua itu kan tinggal kenangan,
kenangan yang pasti menyakitkan,
namun kau telah tinggalkan sesuatu pada diriku,
kau tinggalkan rasa rindu,
kau tinggalkan rasa cinta,
kau tanamkan kasih sayang,
hingga membuatkan aku payah untuk membuang semua rasa cinta ini,
membuatkan aku menjadi manusia yang begitu rapuh hatinya..
pulanglah sayang..
hati ini tak kan pernah berhenti merinduimu..
diri ini tak kan pernah jemu menantimu..

Nukilan | Sya Muncit 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. sabar le ye..perasaan tu kita je yang rasa..tapi lelama kita boleh lupa..dun wory

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. semoga apa yg terjadi adalah yg terbaik dari-NYA :(

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...