Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 25 July 2012

Dosa Semalam

tak mampu terucap rasanya kepiluan ini,
titik-titik hitam bermukim di hati,
menghitung segala khilaf dan dosa yang terpatri,
ternyata sungguh perit untuk diingati
waktu yang berlalu tak kan bisa berulang lagi,
sisa umur yang tinggal entah sampai bila akan terhenti,
mungkin hari ini,
mungkin sebentar lagi,
aku kan pergi menghadap Illahi..

merenung kembali dosa semalam terhadapMU,
ternyata terlalu banyak untuk dihitung olehku,
terlalu banyak umpama bintang di langitMU,
debu-debu dosa dalam diri ini terlalu banyak buatMU,
bagaimana harusku mensucikan wajahku,
bagaimana caranya membersihkan noda di hatiku,
Ya ALLAH..
ampunilah hambaMU..
berilah daku kesempatan merasai syurga indahMU..
berilah aku kesempatan bernaung di bawah kasih sayangMU

Nukilan | Sya Muncit 




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 21 July 2012

Bukalah Mata Hatimu


andainya kau bisa mendengar suara hatiku,
pasti kau akan lebih tahu,
betapa aku terlalu menyintaimu..
betapa aku mengasihi dirimu..

andainya kau melihat ke dalam mataku,
pasti akan kau temui rindu buatmu,
terlalu payah ku melawan sendu,
tatkala hati mengingatimu..

andainya kau tahu wahai sayangku,
akan segala isi hatiku,
pasti kau tidak akan mengkhianatiku,
apatah lagi melukai hatiku..

sayangnya cintamu tak sehebat cintaku,
kala badai datang menderu,
cintamu rapuh dihanyut waktu,
kala kasih mengalun rindu,
sayangmu punah dirempuh sendu..

bukalah sedikit hatimu,
pandanglah ke dalam mataku,
hati ini merinduimu,
terlalu berharap kau kan jadi milikku..
bukalah mata hatimu,
pasti kan kau temui keikhlasan hatiku
hanya untukmu hingga akhir waktu...

Nukilan | Sya Muncit 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 19 July 2012

Assalamualaikum Ramadhan


Bulan Ramadhan bakal membuka tirainya beberapa detik lagi,
wangian kesucian Ramadhan kian terasa,
sinar kemuliaannya kian terpancar,
telah dibukakan pintu-pintu syurga nan indah,
telah dikuncikan semua pintu-pintu neraka,
syaitan dan iblis turut terantai,
dan di dalam bulan Ramadhan
ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
Subhanallah..
sayangnya ALLAH pada hamba-hamba-NYA,
memberi ganjaran yang berlipat kali ganda pabila tibanya Ramadhan,
bergetar jiwa bila memikirkan ini ramadhan terakhir buatku,
bergetar jiwa bila memikirkan daku tak dapat berjumpa dengan Ramadhan lagi,
Ya Allah... sampaikanlah daku di bulan Ramadhan,
daku tak pernah lari dari salah dan khilaf,
kerana ku tahu daku bukan makhluk yang sempurna,
Di bulan suci ini daku memohon seribu keampunan,
agar dapatku menjalani ibadah puasa dengan sempurna,
jika ini Ramadhan terakhir bagiku,
berilah daku peluang bertaubat kepadaMU,
berilah daku kesempatan menghirup wangian cintaMU,
kurniakanlah daku kesihatan yang baik agar dapat aku beribadat hanya kepadaMU,
agar dapatku bertasbih memuji keagunganMU..
serta,
lindungilah daku, keluargaku, sahabat-sahabatku juga insan yang daku sayangi
dengan sayap kelembutan kasihMU YA Rabb..
biarlah kami berkesempatan memperoleh barakah daripadaMU...

ingin membaiki segala
kekurangan diri..semoga dipermudahkan...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 18 July 2012

Cinta Embunan Pagi




Berseri indahnya bagaikan pelangi,
berkembang mekarlah bunga-bunga di hati,
namun ku tiada duga begini,
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi,
Cintamu sesegar embunan pagi,
semakin resah menanti terbit mentari,
hangatnya yg membakar, mengeringkan
segalla keindahan yang penuh kepalsuan,
Engkau yang aku sayangi,
siakan hidupku ini,
lautan madu ku beri,
Engkau racuni,
Ku sedari hina diri ini,
kosong tiada lagi bererti,
biarlah diriku pergi,
ku ubati lukaku sendiri,
Ku cuba gagahi bahu sendiri,
biarpun sayapku telaha tiada lagi,
namun ku tak berdaya menghadapi,
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi,
Oh Tuhan teguhkanlah keimanan,
untukku tempuhi suratan kehidupan,
walaupun di hati rasa terkilan,
tapi apakan daya semua takdir Tuhan..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 17 July 2012

Engkau Telah Pergi





Terkadang ku tertanya, 
mengapa kau berlalu tinggalkanku dalam sendu,
terkadang aku tertanya,
mengapa tega dirimu mengkhianatiku,
sejak pemergian dirimu,
aku sering dihambat rindu,
aku sering menjadi insan yang merindu,
merindu insan yang tak kan pernah menghargai diriku,
merindui insan yang tak mungkin mampu melihat dukaku,
terkunciku dalam sengsara yang tiada siapa pun tahu,
hatiku dibuai rasa pilu,
ombak resah kian menghempas di kamar hatiku,
kenangan bersamamu berterus-terusan mengheretku ke batas waktu,
masih jelas kenangan bersamamu,
saat dikasihi, saat dilukai dan saat ditinggalkan dikala malam syahdu,
entah mengapa aku sukar melupakan dirimu,
entah mengapa hati ini begitu degil melepaskanmu,
mungkin kerana telah sepenuhnya hatiku terukir namamu,
mungkin kerana jiwaku sudah sarat dengan kerinduan buatmu,
dan mungkin jua kerana diri ini penuh dengan rasa cinta terhadapmu..
sungguh pun begitu aku tidak dapat menghalangmu,
tidak dapat meghalang dikau pergi dari sisiku..
terima kasih diatas perbuatanmu,
moga kau bahagia biarpun di atas linangan air mataku..

Nukilan | Sya Muncit 
maaf bila hati ini terlalu
sukar melepaskanmu 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 13 July 2012

Sepi





Saat mentari melabuhkan tirainya,
dingin malam kian terasa,
namun aku masih terbujur kaku di sini,
hatiku terkunci dalam kesepian,
kesedihan jua kesendirian,
dinginnya malam seakan menggugurkan segala harapan,
renyai hujan seakan memadamkan segala keinginan,
sungguh aku tidak dapat melelapkan mata,
aku terlalu asyik dibuai kenangan yang tercipta,
terlalu leka dengan khayalan duniawi yang tak mungkin jadi nyata,
Ya ALLAH..damaikanlah hati ini,
 dakaplah daku dengan kelembutan kasihMU,
peluklah daku dengan kehangatan cintaMU
berilah daku sedikit kekuatan mengharungi dunia yang sementara ini,
berilah daku secebis kesempatan untuk bangun semula,
bangun untuk mengatakan kepada insan-insan yang telah mengkhianatiku,
bahawa aku masih tegar berdiri meski hati ini telah dilukai..

Nukilan | Sya Muncit 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...