Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 17 July 2012

Engkau Telah Pergi





Terkadang ku tertanya, 
mengapa kau berlalu tinggalkanku dalam sendu,
terkadang aku tertanya,
mengapa tega dirimu mengkhianatiku,
sejak pemergian dirimu,
aku sering dihambat rindu,
aku sering menjadi insan yang merindu,
merindu insan yang tak kan pernah menghargai diriku,
merindui insan yang tak mungkin mampu melihat dukaku,
terkunciku dalam sengsara yang tiada siapa pun tahu,
hatiku dibuai rasa pilu,
ombak resah kian menghempas di kamar hatiku,
kenangan bersamamu berterus-terusan mengheretku ke batas waktu,
masih jelas kenangan bersamamu,
saat dikasihi, saat dilukai dan saat ditinggalkan dikala malam syahdu,
entah mengapa aku sukar melupakan dirimu,
entah mengapa hati ini begitu degil melepaskanmu,
mungkin kerana telah sepenuhnya hatiku terukir namamu,
mungkin kerana jiwaku sudah sarat dengan kerinduan buatmu,
dan mungkin jua kerana diri ini penuh dengan rasa cinta terhadapmu..
sungguh pun begitu aku tidak dapat menghalangmu,
tidak dapat meghalang dikau pergi dari sisiku..
terima kasih diatas perbuatanmu,
moga kau bahagia biarpun di atas linangan air mataku..

Nukilan | Sya Muncit 
maaf bila hati ini terlalu
sukar melepaskanmu 





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...