Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 31 August 2012

Aku dan Dirimu


Hari ini mungkin tak seindah dulu,
kerana dirimu telah pergi jauh dari diriku,
aku begitu terasa kehilangan dirimu,
kerana dahulu,
kau di sisiku setiap detik dan waktu,
sekarang kau tiada lagi di sisiku,
apa yang ku tahu,
kasih kita tak kan lagi bersatu..

Hujan..bantulah aku membasuh luka ini,
hapuskanlah dia dari ingatanku,
padamlah segala ceritera dalam mindaku,
biarkan aku di sini terus menangis bersama rintik-rintikmu,
tenggelam dengan kesedihan bersama gemersik suaramu,
hingga menjelma pelangi indah pada suatu waktu,
dan pada saat itu aku aku tak kan lagi memandangmu,
kerana aku akan melangkah pergi membawa hatiku...

Nukilan | Sya Muncit

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 30 August 2012

Di mana Dirimu?


Ku bertanya pada mentari,
kemana dirimu telah pergi,
namun ia hanya diam menyepi,
kala malam menyusulkan diri,
mentari turut sama telah pergi...

aku di sini tetap sabar menunggu,
menunggu khabar jua berita darimu,
ku titipkan doa dan juga rinduku,
dengan harapan ku yang satu,
agar ada jawapan darimu...

Mengapa dirimu pergi tanpa pesan,
tidakkah walau sedetik hatimu mampu merasakan,
hatiku terluka dalam kerinduan,
saat menanti hadirnya dirimu kala aku kesunyian,
saat berharap kau akan tiba dengan senyuman...

Kala kesunyian terlalu mencengkam jiwa,
hancurnya hatiku yang kian hampa,
namun aku masih tertanya-tanya,
di manakah dirimu wahai arjuna,
mengapa masih sepi tanpa berita...

Nukilan | Sya Muncit






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 29 August 2012

Mungkin Bukan Aku



Mungkin bukan aku,
yang kan selalu mampu menghiburkanmu,
dengan gurau senda juga
gurauan manja..
kerana aku tahu,
aku bukanlah penghibur jiwa...

Mungkin bukan aku,
yang mampu mengusap tangismu,
saat hatimu begitu sayu,
saat jiwamu dicengkam pilu,
kerana aku tahu,
aku bukanlah penghapus rasa syahdu...

Mungkin bukan aku,
yang kan menemani hari-harimu,
saat engkau jatuh, saat engkau rebah,
aku tak mungkin mampu memimpin mu,
kerana aku tahu,
tanganku tak kan sampai untuk menggapaimu..

Nukilan | Sya Muncit

aku gembira kerana
kau punya ramai teman bersama mu..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 28 August 2012

Biarlah

Ku ayunkan langkah kakiku,
walau berat terasa di hati ini,
ini bukanlah kehendakku,
bukan jua keinginanku,
namun yang nyata aku tetap harus pergi,
usahlah kau bertanya apa puncanya,
bila sudah tahu kamulah penyebabnya..

Ternyata aku yang salah di matamu,
walaupun sudah jelas kau yang memulakannya,
engkau yang masih berpegang pada kisah lama,
terlalu ego mempertahankan hujahmu,
bukan aku mahu mengatakan aku ini matang,
jauh sekali ingin meninggi diri dengan ragam kehidupan,
tapi ada kalanya, 
usahlah tetap tinggal dalam kemelut dendam,
usahlah memikirkan perkara yang sudah lepas,
belajarlah menerima kenyataan hari ini,
mungkin benar, kita tak seharusnya melupakan sejarah
tapi bukan semua sejarah wajar diingati,
apatah lagi hidup dalam kebencian,
teruslah melangkah,,teruskan kehidupan,
bukan dengan pandang ke belakang...

Dengarlah wahai teman,
aku tak mungkin mampu meluahkan segala rasa,
kerana aku pasti kau kan terluka dengan kenyataan yang kupunya,
biarlah di sana nanti, di hadapan Pencipta kita,
segalanya kan terbuka..
ku tak mahu tegar mempertahankan alasanku,
tak mahu degil cuba menerangkan keadaan yang sebenarnya,
kerana aku percaya,
pertimbangan manusia sering kali tersasar,
tak kan pernah telus..

padaMU Ya Allah,
ku mohon jagalah dia..
tanganku mungkin tak sampai untuk memayunginya,
kakiku mungkin tak sampai untuk menjejak langkahnya,
penglihatanku juga mungkin tak kan pernah sampai kepadanya,
jadi ku serahkan dia dalam lindungan kasih -MU,
moga ada sinar di setiap helaan nafasnya..

Biarlah satu dunia bercerita tentang keburukan diri ini,
biarlah semua oarng mengatakan itu dan ini,
serta biarlah manusia terus menghakimi diri ini,
biarkan sahaja..
kerana aku percaya..
ALLAH itu Maha Mengetahui..
mengetahui lebih darpada segala-galanya....

Nukilan | Sya Muncit



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 27 August 2012




Terbaca sebaris pesanan ringkas 
yang telah kau utuskan,
ternyata mampu menggetarkan hatiku,
ternyata mampu menggamit semula rasa rindu ini,
terasa seperti baru semalam semua ini terjadi,
masih mekar kelopak-kelopak bunga kenangan kita rasanya..

Pada kanvas kehidupan,
pernahku lakarkan sebuah impian,
impian seorang gadis biasa yang ingin merasa bahagia
namun sayang seribu kali sayang,
siapa menduga,
bahagia yang diimpi,
luka pula menjadi galang gantinya..

Nukilan | Sya Muncit


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 26 August 2012

Resahku


Ku sematkan rinduku pada angin yang menderu,
ku jadikan gelap malam sebagai teman setiaku,
begitu setia menemani hari-hariku,
begitu asyik mendengar setiap butir bicaraku,
tanpa rasa jemu,
tanpa sekalipun membenciku..

tika lewat malam mulai menjelma,
hanya ditemani selang selinya angin yang bertiup mesra,
di sudut hati ini masih jua berbicara,
bicara tentang cinta yang tak kan kunjung tiba..
Ahh..hati ini terlalu degil,

malam itu,
saat rembulan mula tersipu manja,
bersama bintang yang berkilauan menghiasi angkasa,
telah ku temukan sejalur cahaya,
walaupun hanya sedetik hadirnya,
namun cukup untuk menggulingkan resah yang ada,
cukuplah buat menawar luka yang ada..

Terlalu sulit untukku lepaskan,
apalagi mahu memadam segala kenangan bersamamu,
namun ku percaya,
inilah hakikat yang perlu ku terima,
meski pedih hatiku terasa,
meski diiringi derasnya air mata,
aku harus belajar menerima..

Nukilan | Sya Muncit


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 25 August 2012

Bicara Buat Sahabat



Sahabat,
diriku bukanlah sesiapa,
malahan hanya manusia biasa,
yang tak pernah punya apa-apa,
apatah lagi untuk dibanggakan,
memang langsung tidak ada,
sungguh aku tak pandai untuk bermadah,
apatah lagi menghilangkan rasa gundah,
namun aku punya sedikit kata,
untuk kita kongsi bersama...

Sahabat,
dalam kancah kehidupan,
bertemu, berpisah dan melupakan,
itu cuma perkara biasa,
percayalah bahawa apa yang terjadi adalah kehendak-NYA,
seperti mentari dan rembulan juga,
mana pernah muncul bersama,
namun tetap saling bekerjasama,
mengindahkan lagi alam semesta...

Sahabat,
jika pernah hatimu berduka,
pandanglah keindahan alam semesta,
bukalah sedikit ruang buat hatimu berbicara,
tentang nikmat yang lebih beharga dari Yang Maha Esa,
iaitu nikmat hidup di dunia...

Sahabat,
ceritera yang telah kita lakarkan,
biarlah tersimpan kemas dalam kotak ingatan,
namun ku hanya punya satu permintaan,
teruskanlah mewarnai sisa kehidupan yang masih berbaki,
kerana hidup kita ini hanyalah sekali,
usah mengeluh kenapa kita di duga begitu dan begini,
kerana semuanya adalah ketetapan Illahi..
terimalah semuanya dengan rendah hati,
nescaya kebahagiaan pasti kau temui..

Nukilan | Sya Muncit

bersabarlah dengan dugaan
hidupmu wahai sahabatku...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 24 August 2012

Memadam Luka


air mata yang telah dirimu alirkan,
hasil daripada jiwaku yang telah kau lukakan,
kini tiba masanya untukku hentikan,
sebelum diriku lemas dalam kehausan..

luka yang telah dirimu ukirkan,
kecewa yang telah engkau titipkan,
harus segera ku hapuskan,
dengan agungnya sebuah ketulusan,
dengan hebatnya tautan keikhlasan..

rasa bahagia yang telah kau berikan,
umpama indahnya pelangi engkau lakarkan,
biarlah kini tersimpan di ranting kenangan,
agar menjadi pedoman mengharungi kehidupan..

segala sakit yang tersimpan di dada,
ku berdoa semoga cahaya derita kian sirna,
segala cerita kita yang tercipta,
biarlah ku rangkai jadi lagenda,
semoga selamanya tak kan terlena,
terlena dengan kepalsuan cinta,
biarlah daku cuba memadam luka...

Nukilan | Sya Muncit |


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 23 August 2012

Masihkah Ada?



Terasa noda masih melekat kemas dalam relung hati,
saat ku sedari,
Ramadhan telah pun diusung pergi,
hati ini pedih umpama dihiris belati,
namun sesalku tak mampu mengembalikan ia lagi,
air mataku tak mampu membawanya kembali..
telah ku mengerti,
diri ini terlalu taksub dengan duniawi,
cinta berselubung dusta telah ku agungi,
tanpa memikirkan cinta Agung yang Hakiki..

masihkah ada kesempatan,
buat diri ini memohon keampunan,
letih dan lelah menanggung beban,
terasa tak mampu untuk dipertahankan..
masihkah ada sinar jua harapan,
agar dapatku membetulkan segala kesalahan,
serta masih adakah impian,
buat insan yang penuh dgn kealpaan..

Dalam untaian kata syahdu,
ku rangkaikan puisi pilu,
tentang kerinduan bertunjangkan kesedaran,
aku ingin kembali padaMU,
terlalu sarat rasanya rindu ini,
hingga saat menyebut namaMU,
jiwa terasa begitu syahdu,
air mata ini tak mampu dibendung lagi..
ku harap masih ada ruang buatku,
serta,
masih terbuka pintu keampunan buatku..

Nukilan | Sya Muncit 

Ya ALLAH,
berdosanya hambaMU ini :(


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 22 August 2012

Damailah Sahabatku



Dari kejauhan ku ingin memandang senyumanmu,
meski ku tahu ia bukan untuk aku,
bahagia yang terpancar di matamu,
cukup tenang dan mendamaikan jiwaku..

meski kadang kala getar hati ini menderaku,
namun akan ku lawan segala rasa sendu,
sekurang-kurangnya kita pernah bertemu,
sekurang-kurangnya kita pernah menjadi satu..

tak inginku terus meratapi,
meski hati ini terlalu berat melepaskan kau pergi,
tapi sedari awal telah ku mengerti,
dirimu takkan pergi jika masih ada sayang di hati...

Damailah sahabatku atas linangan air mata ini,
semoga dirimu kan selalu diberkati,
serta dilindungi dgn kelembutan kasih Illahi,
meski diri ini tak pernah kau hargai..

ku anyamkan pesanan di hujung rasa,
melepaskan lelah yang tak dapat ku hela,
biarpun dirimu terlalu jauh dari mata,
namun pasti ku titip namamu di setiap hujung doa..

Nukilan | Sya Muncit 
jika kehadiran ini,
melukai hatimu..
biarlah aku pergi...






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfitri 2012

Dalam kita bemesra mungkin daku telah terkasar bahasa,
dalam kita bergurau mungkin telah diri ini terlanjur senda,
dalam daku berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dan dalam berbicara mungkin lidah ini telah menyinggung rasa..
jadi di bulan indah lagi mulia,
izinkan daku bersimpuh sila,
maaf dipohon ampun dipinta..
selamat hari raya..

salam lebaran awak,
maafkan semua salah silap sya ..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 16 August 2012

Aku diduga lagi



Malam ini,
terkulai layu daku dihadapan Penciptaku,
setelah hatiku begitu sarat dengan kelukaan,
setelah diri ini begitu rapuh dengan dugaan..
ternyata tak tertanggung rasanya bahu ini memikul beban..

Diri ini diduga lagi,
Ya!..diduga lagi..
luka lama masih belum terubati,
tapi kini dugaan lain yang mula mencemburui,
apakah yang mampu dilakukan lagi,
andai ini adalah suratan azali..

Aku cuma manusia biasa,
acapkali terlena dengan nikmat dunia,
seringkali terlupa dek kilauan dunia,
kerana terlalu terpesona dengan keindahannya,
hingga aku lupa akan kehidupan di sana..

andai ini ujian buatku supaya aku dekat denganMU,
aku redha..
andai Engkau mahu mendengar rintihanku,
ku relakan ia dengan deras air mata..
semoga diri ini tidak menjadi alpa,
alpa akan kehidupan yang sementara..
yang belum pasti bagaimana akhirnya..

Ya Allah,
berikanlah diri ini secebis kekuatan,
titipkanlah buat diri ini secebis harapan,
harapan bahawa esok hari masih ada sinaran..
damaikanlah hatiku yang penuh dengan kegusaran..
agar sentiasa tabah dan ditetapkan iman,
buat bekalan sepanjang kehidupan..

Nukilan | Sya Muncit 
sabarlah duhai hati,
ALLAH sedang berbicara denganmu..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 14 August 2012

Hari Raya Bakal Menjelma




Hehe..tengok tajuk entry pun dah tahu kan..mesti lah nak cerita tentang persiapan raya :)
korang semua mcm mana ? dah settle baju raya? kasut raya? songkok raya? tudung raya? shawl raya? kuih raya? jalan raya?? ahahaha..semua pun nak raya kan...

Bila musim2 raya mcm nie, suasana kat kampung best sgt.. :) malam2 pasang lampu kelip2.. lepas tue pasang pelita. kat umah Sya pasang 20 bijik pelita jer kat halaman umah sebab lagi 10 bijik pelita dah rosak..huhu.. cantik sangat kalau malam2 pasang pelita. lepas berbuka mesti sibuk nak pergi pasang pelita, EXCITED wooo... Lepas tue siap2 pegi teraweh, balik teraweh makan lagi untk pusingan KEDUA..hehehe..

Sya raya tahun nie macam biasa jer setiap tahun cuma kali nie kakak Sya tak ada sebab dah kahwin, so nie first time sambut raya tanpa geng sekepala..huhu.. Raya tahun nie Sya buat kuih sorang-sorang jer ada laa dalam 8 jenis mcm tue.. (biskut nestum, biskut suji, tart nenas gulung, almond london, biskut arab, mazola, samperit, biskut batu karang ). tak laa sedap sgt mcm kat kedai tue.. tapi boleh tahan la! ( Ayah ckp sedap okey ). HAHAHAHA.. sila jelez sampai muntah..

Sebenarnya TERPAKSA  buat jugak kuih sebab Sya dah habeskan lebih kurang RM200 beli bahan2 buat kuih.. HAHAHA.. giler melampau kan. tapi tue lah.. masa nak beli tue, main ambik jer sesedap rasa. time nak bayar, padan muka..tapi takpe. big boss sponsor..hihihi..  So, bila dah big boss yg sponsor, NAK TAK NAK atau MAHU TAK MAHU kena laa buat kuih sampai jadi jugak tak kira hidup atau mati.. :) Alhamdulillah, berjaya jugak buat semua kuih dgn jayanya walaupun berpeluh-peluh dan ada kuih yang baru first time buat..

Semua mcm dah ready jer untuk raya.. cuma tinggal nak kemas-kemas umah supaya LEBIH kemas lagi lah lepas nie. lagipun kalau kemas awal2 buat penat jer nanti.. adik kesayanganku pasti akan buat sepah semula..geram betuul..!!

Tak sabar nak tunggu pagi raya, nak sembahyang raya, layan tetamu dtg rumah, pakai baju cantik2..KUTIP DUIT RAYA..hahahaha.. :P

Selamat membuat persiapan raya lah okey untuk kawan2 semua. mana yang tak ada baju raya tue, cepat2 pergi beli okey...sempat lagi nie. bukan apa..raya setahun sekali jer..eh silap..setahun 2 kali ( raya haji) hehehe.. :)) buat yang nak balik kampung berhari raya.. hati2 di jalan raya okey.. ingatlah org tersayang kat kampung yang menanti kepulangan anda..semoga selamat sampai ke destinasi...




awak..kite dah pandai buat biskut tart,
sedap tau.. awk tak payah laa beli mcm tahun lepas lagi,
tapi sayang, awk tak sempat rasa kuih saya buat.
semoga aidilfitri awak happening okey :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 8 August 2012

Dua Sahabat



Dulu kita bagaikan merpati dua sejoli,
di mana ada aku pasti jua di situ ada kamu,
hubungan kita terlalu akrab bagai isi dengan kuku,
pernah ada yang cemburu,
cemburu melihat kemesraan kita bersama,
tapi itu bukan penghalang untuk kita terus menikmati nikmat persahabatan,

hari berganti hari,
tahun berganti tahun..
persahabatan kita kian meningkat usianya..
entah di mana silapnya,
diriku sering menjadi punca kita berbalah,
mungkin aku bukan sahabat yang sempurna,
tapi bagi diriku,
persahabatan kita tiada apa yang kurangnya,
masih sama,
masih indah dan mekar seperti biasa,

setiap kali aku cuba menimbulkan kemesraan antara kita,
cuba menghangatkan kembali persahabatn yang kian hambar,
namun kau seolah-olah tidak pernah menghargainya..
apa lagi yang harusku lakukan untuk memuaskan hatimu?
ku tahu aku bukan sahabat yang sering bersamamu,
tapi aku adalah sahabat yang pasti mendokanmu di kejauhan itu..

sudah lumrah manusia..
yang sentiasa di sisi pasti kan dipuja,
yang sentiasa di sisi pasti akan dianggap sempurna..
tapi lupakah engkau pada PENCIPTA kita,
lupakah engkau untuk menitipkan kasih sayang kita melaluiNYA,
percayakah dikau yang persahabatan itu tak perlu mencari insan yang sempurna,
tak perlu mencari yang hanya tahu bergelak ketawa,
tapi cukuplah yang sering mengingati kita disetiap doanya..

jika dirimu masih menganggapku sebagai sahabatmu,
pasti kau tak akan memburuk-burukkan aku,
jika dirimu benar sahabat terbaikku,
pasti kau akan faham bagaimana sikapku..
tapi sayangnya..
semua itu telah terhapus dek jarak, di makan dek waktu..

maafkan aku jika pernah membuat hatimu terluka,
maafkan aku jika aku tak seperti mereka yang ada tika kau sakit menderita,
maafkan aku bila diri ini tak pandai berkata-kata untuk menasihatimu,
cuma yang aku mohon..
renunglah seketika persahabatan kita yang telah terbina..
di mana silapnya..
adakah diriku yang menjadi punca,
atau dirimu yang cuba membuangku dari kamus hidupmu..
kerana aku percaya,
persahabatan yang baik adalah bila dua orang sahabat,
sentiasa berterus terang bila adanya sengketa..
bukan yang hanya tahu memendam rasa,
dan mencetuskan salah sangka..

Nukilan | Sya Muncit 


Ya ALLAH..benar,
aku bukan org terpenting dlm hidupnya,
dia juga telah mengakuinya sendiri,
cuma ku mohon..
sembuhkanlah penyakitnya,
walau tak pernah dya bercerita..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...