Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 16 August 2012

Aku diduga lagi



Malam ini,
terkulai layu daku dihadapan Penciptaku,
setelah hatiku begitu sarat dengan kelukaan,
setelah diri ini begitu rapuh dengan dugaan..
ternyata tak tertanggung rasanya bahu ini memikul beban..

Diri ini diduga lagi,
Ya!..diduga lagi..
luka lama masih belum terubati,
tapi kini dugaan lain yang mula mencemburui,
apakah yang mampu dilakukan lagi,
andai ini adalah suratan azali..

Aku cuma manusia biasa,
acapkali terlena dengan nikmat dunia,
seringkali terlupa dek kilauan dunia,
kerana terlalu terpesona dengan keindahannya,
hingga aku lupa akan kehidupan di sana..

andai ini ujian buatku supaya aku dekat denganMU,
aku redha..
andai Engkau mahu mendengar rintihanku,
ku relakan ia dengan deras air mata..
semoga diri ini tidak menjadi alpa,
alpa akan kehidupan yang sementara..
yang belum pasti bagaimana akhirnya..

Ya Allah,
berikanlah diri ini secebis kekuatan,
titipkanlah buat diri ini secebis harapan,
harapan bahawa esok hari masih ada sinaran..
damaikanlah hatiku yang penuh dengan kegusaran..
agar sentiasa tabah dan ditetapkan iman,
buat bekalan sepanjang kehidupan..

Nukilan | Sya Muncit 
sabarlah duhai hati,
ALLAH sedang berbicara denganmu..




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...