Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 28 August 2012

Biarlah

Ku ayunkan langkah kakiku,
walau berat terasa di hati ini,
ini bukanlah kehendakku,
bukan jua keinginanku,
namun yang nyata aku tetap harus pergi,
usahlah kau bertanya apa puncanya,
bila sudah tahu kamulah penyebabnya..

Ternyata aku yang salah di matamu,
walaupun sudah jelas kau yang memulakannya,
engkau yang masih berpegang pada kisah lama,
terlalu ego mempertahankan hujahmu,
bukan aku mahu mengatakan aku ini matang,
jauh sekali ingin meninggi diri dengan ragam kehidupan,
tapi ada kalanya, 
usahlah tetap tinggal dalam kemelut dendam,
usahlah memikirkan perkara yang sudah lepas,
belajarlah menerima kenyataan hari ini,
mungkin benar, kita tak seharusnya melupakan sejarah
tapi bukan semua sejarah wajar diingati,
apatah lagi hidup dalam kebencian,
teruslah melangkah,,teruskan kehidupan,
bukan dengan pandang ke belakang...

Dengarlah wahai teman,
aku tak mungkin mampu meluahkan segala rasa,
kerana aku pasti kau kan terluka dengan kenyataan yang kupunya,
biarlah di sana nanti, di hadapan Pencipta kita,
segalanya kan terbuka..
ku tak mahu tegar mempertahankan alasanku,
tak mahu degil cuba menerangkan keadaan yang sebenarnya,
kerana aku percaya,
pertimbangan manusia sering kali tersasar,
tak kan pernah telus..

padaMU Ya Allah,
ku mohon jagalah dia..
tanganku mungkin tak sampai untuk memayunginya,
kakiku mungkin tak sampai untuk menjejak langkahnya,
penglihatanku juga mungkin tak kan pernah sampai kepadanya,
jadi ku serahkan dia dalam lindungan kasih -MU,
moga ada sinar di setiap helaan nafasnya..

Biarlah satu dunia bercerita tentang keburukan diri ini,
biarlah semua oarng mengatakan itu dan ini,
serta biarlah manusia terus menghakimi diri ini,
biarkan sahaja..
kerana aku percaya..
ALLAH itu Maha Mengetahui..
mengetahui lebih darpada segala-galanya....

Nukilan | Sya Muncit



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...