Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Saturday, 25 August 2012

Bicara Buat Sahabat



Sahabat,
diriku bukanlah sesiapa,
malahan hanya manusia biasa,
yang tak pernah punya apa-apa,
apatah lagi untuk dibanggakan,
memang langsung tidak ada,
sungguh aku tak pandai untuk bermadah,
apatah lagi menghilangkan rasa gundah,
namun aku punya sedikit kata,
untuk kita kongsi bersama...

Sahabat,
dalam kancah kehidupan,
bertemu, berpisah dan melupakan,
itu cuma perkara biasa,
percayalah bahawa apa yang terjadi adalah kehendak-NYA,
seperti mentari dan rembulan juga,
mana pernah muncul bersama,
namun tetap saling bekerjasama,
mengindahkan lagi alam semesta...

Sahabat,
jika pernah hatimu berduka,
pandanglah keindahan alam semesta,
bukalah sedikit ruang buat hatimu berbicara,
tentang nikmat yang lebih beharga dari Yang Maha Esa,
iaitu nikmat hidup di dunia...

Sahabat,
ceritera yang telah kita lakarkan,
biarlah tersimpan kemas dalam kotak ingatan,
namun ku hanya punya satu permintaan,
teruskanlah mewarnai sisa kehidupan yang masih berbaki,
kerana hidup kita ini hanyalah sekali,
usah mengeluh kenapa kita di duga begitu dan begini,
kerana semuanya adalah ketetapan Illahi..
terimalah semuanya dengan rendah hati,
nescaya kebahagiaan pasti kau temui..

Nukilan | Sya Muncit

bersabarlah dengan dugaan
hidupmu wahai sahabatku...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...