Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 28 September 2012

Mak dan Ayah Tersayang



Semakin meningkat dewasa, semakin besar rasa sayang buat keluarga.. semakin dalam rasa cinta cinta untuk mak dan ayah. Mungkin sewaktu kecil, semua orang akan menangis bila mak ayah tak ada dekat dengan kita..tapi itu kerana kita dah terbiasa ada mereka, dah terbiasa ada teman dan orang yang melayan kerenah kita.. tetapi bila dah meningkat dewasa, perasaan kasih sayang, cinta , kasih terhadap kedua ibu bapa makin mekar sebab kita dah mula memahami apa itu ikatan kekeluargaan.

Bila teringat zaman kanak-kanak dahulu, terasa sedih, gembira dan bermacam-macam lagi perasaan. dulu time kecik-kecik, kawan2 yang nakal sikit tue mesti suka mengejek sya dgn berkata :

" Ayah sapa mata sepet tue.. mcm alien..."

" jgn kacau dia weyh, ayah dia dah la mata terminator. "

macam-macam lagi ejekan dan usikan yang terlalu pedih kiranya kerana mereka seolah-olah tidak bersyukur dengan ciptaan ALLAH, mereka seolah-olah mengejek ciptaan ALLAH. tapi tak boleh juga salahkan mereka sebab waktu itu mereka masih kecik lagi, macam Sya jugak.. namun yang hairannya ada jugak bila dah meningkat dewasa, masih ada kawan2 yang seolah-olah tergamam dan terkejut.. tak kurang juga kawan-kawan lelaki yang nak kenal dengan lebih rapat, tapi bila jumpa ayah..terus tak nak.. mungkin jijik.. barangkali tidak suka. tapi tak mengapa.. Sya tak rasa apa-apa sebab bagi Sya, My father is my hero :)

Buat ayah dan mak,
walaupun satu dunia menghina ayah dan mak,
Sya tak kan pernah tinggalkan kalian,
tak kan pernah rasa malu jauh sekali jijik dengan ayah dengan mak,
sya tak kan pernah lupa asal kita cuma dari kampung,
satu hari nanti..sya akan buat mak dan ayah bangga..
nanti bila sya grad,
Sya nak mak dengan ayah datang dan tersenyum bangga dengan Sya,
Mak..Ayah..
Sya bangga dengan mak dan ayah,
sebab mak dan ayah mampu besarkan kami 5 beradik dengan penuh kesempurnaan,
mungkin kita bukan dari keluarga yang berada,
tapi setiap keinginan kami adik beradik mesti ayah akan tunaikan,
sungguh..
sya bangga ada mak dan ayah,
mak dengan ayah adalah anugerah terindah dan paling bermakna dalam hidup sya,
terima kasih sebab melahirkan dan menjaga sya
dengan penuh kesabaran dan kasih sayang :)


INI MAK DAN AYAH TERSAYANG :)

Maafkan anakmu ini,
kerana dengan kehadiranku di dunia ini,
darahmu tumpah membasahi bumi,
saat keluarnya aku dari rahimmu,
kau bertarung nyawa memberikanku kehidupan...

maafkan anakmu ini,
kerana kadangkala sakitku,
membuatmu tidak lena sepanjang malam,
dan kadangkala tangisanku,
membuatmu resah gelisah akan diriku...

Maafkan anakmu ini,
kerana kerap kali membantah akan nasihatmu,
hingga membuatmu menitiskan air mata,
walau kadang kala dirimu cukup terluka,
namun kau masih tegar memelukku saatku terlena...

Maafkan anakmu ini ayah..
maafkan anakmu ini ibu..
kerana anakmu ini penuh kekurangan,
seringkali melukakan hati dan perasaan kalian,
namun sesuatu yang pasti,
walaupun kita berjauhan,
pasti ada doa yang ku titipkan,
semoga ALLAH memberkati kalian,
semoga ALLAH menjaga kalian dalam lindungan kasih-NYA...

Nukilan | Sya Muncit |

Tidak akan putus rezeki seorang anak selagidia mendoakan  kedua ibu bapanya



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 26 September 2012

Ini Ujian




Sedih rasanya hati ini..
sedih dengan kecuaian diri sendiri,
kecewa rasa jiwa ini dengan sikap manusia,
tapi lebih kecewa dengan diri ini yang selalu alpa..
Perasaan marah dan benci bercampur baur sekarang,
akal dan minda tak mampu berfungsi dengan sempurna,
mengapa? mengapa? dan mengapa?
pertanyaan itu hanya mampu bermain dalam kepala,
tak mampu diluahkan dengan kata-kata,
apatah lagi membuat usul periksa..

Ya ALLAH..
kalau ini adalah ujian buatku,
aku redha..
tapi ku mohon ikhlaskanlah hatiku,
aku juga manusia biasa..
kadangkala tak lepas dari berprasangka,
kadangkala kerap juga membenci dan mencela..
semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya,
dan semoga apa yang berlaku ini menjadi titik mula,
agar diri ini akan sentiasa berwaspada,
tak kira dengan siapa
dan di mana pun berada..
kerana manusia ini mungkin nampak sama pada dasarnya,
namun hati tak siapa yang tahu apa adanya...

| Sya Muncit |

SESUNGGUHNYA PERBUATAN MENCURI ITU ADALAH BERDOSA 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 25 September 2012

Selamat Ulang Tahun



Buat sahabat yang jauh di mata,
hari ini merupakan hari yang sangat bermakna,
bukan kerana emas dan harta,
bukan jua kerana batu permata,
tetapi indahnya nikmat dunia,
apabila saat ini kau lahir ke dunia...

terima kasih sahabat,
kerana telah lahir ke dunia,
memberikan aku kesempatan menghirup suka duka bersama,
mengharungi zaman remaja dengan penuh gelak tawa,
walau kadang kala hadir jua air mata...

terima kasih jua sahabat,
sering memberikan tiupan semangat,
bila diri ini rapuh,
tanganmu sentiasa menggenggamku erat,
agar aku bangkit semula dengan sepenuh kudrat..

Hari ini hari bermakna buat dirimu,
terlalu bermakna jua buat diriku,
kerana tarikh ini lahirnya seorang insan yang tulus bersahabat denganku,
lahirnya insan yang sentiasa bersamaku,
lahirnya insan yang selalu menceriakan hidupku..

Padamu Ya ALLAH,
aku mohon jagalah sahabatku,
berikanlah dia nikmat kesihatan yang sempurna,
tabahkanlah hatinya dalam setiap ujian,
ubahlah tangisannya menjadi senyuman,
serta dakaplah dia dengan kelembutan kasihMU,
agar sentiasa dia berbahgia meniti ranjau kehidupan...
AMIN...

| Sya Muncit |

They say you lose your memory as you grow older. I say "forget about the past" and live life to the fullest today.. Happy Birthday dear..

tak mampu ucapkan  sendiri
bila diri ini terlalu dibenci.
semoga berbahagia :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 20 September 2012

Bintang Itu


Ku lihat bintang itu terlalu tinggi,
tinggi nun di atas sana,
namun hadirnya tetap mendamaikan hati,
membuat aku bertekad mahu memilikinya...
Walau kadangkala sengsara yang ditawarkan,
mahupun luka yang menjadi taruhan,
aku tetap rela..
aku sanggup mengharungi badai yang mendatang,
rela rebah dan menangis hanya untuknya..
sungguh!
aku mahu memiliki bintang itu,
kerana hanya bintang itu dapat menyinari hidupku,
juga dapat mengukir senyuman di bibir ayah dan ibuku..
kejayaan itu tak mahu ku biarkan tinggal sebagai harapan cuma,
juga tak mahu menjadi sekadar impian,
namun ku mahukan ia menjadi kenyataan,
padamu Ya ALLAH aku serahkan,
berilah aku pedoman sepanjang perjalanan,
agar bintang itu kan jadi milikku,
jika bukan hari ini,
mungkin suatu hari nanti...

Nukilan | Sya Muncit

"Payung tidak mampu memberhentikan hujan tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa basah. Begitu juga dengan keyakinan,ia mungkin tidak memberi kita kejayaan tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran."


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 19 September 2012

Wahai Lelaki

wahai lelaki,
usahlah dikau cuba mendapatkan hati ini,
kerana bimbang kan memakan dirimu sendiri,
kerana hati ini tak mampu mencintai lagi...

wahai lelaki,
carilah insan lain yang mampu menghargai,
insan yang akan sedia memberimu hati,
usahlah kau menanti yang tak pasti,
kerana ku tahu diri ini tak mampu memberi kasih lagi..

wahai lelaki,
sungguh santunmu memikat hati,
tutur bicaramu mendamaikan hati,
namun bukan dirimu yang aku nanti...

wahai lelaki,
jika sudah tahu hatiku sesuatu yang tak pasti,
janganlah merayu hati ini,
usahlah dirimu mencuba lagi,
kerana bimbang kau kan terluka nanti..

Nukilan | Sya Muncit




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 17 September 2012

Maaf



Maaf bila hati ini tak mampu mencinta,
bukan kerana diri ini tidak suka,
tetapi kadangkala biarlah ia menjadi rahsia,
kerana aku tak mampu melawan takdir-NYA...

Maaf bila hati ini terlalu rapuh,
bukan kerana kita terpisah jauh,
tapi kerana jiwa ini tak mampu kau sentuh...

Maaf jika pernah hatimu terluka,
bukan kerana aku sengaja,
tetapi aku tak mahu kau terus terlena,
terbuai oleh perasaan yang tak kan bawa kita ke mana-mana...

Maaf andai pernah membuatmu mengalirkan air mata,
bukan kerana aku mahu kau menderita,
tetapi mahu hatimu belajar menerima,
bahawa aku umpama sang suria,
tak mampu hadir selama-lamanya,
tak mampu menemanimu sepanjang masa...

Nukilan | Sya Muncit

I'm sorry..i don't love you.. you better leave me or you might hurt your heart ..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 15 September 2012

I-City Shah Alam



15 September 2012
A few month back, my classmate suggested going to I-City for having some fun but unfortunately, we need to cancelled the plan due to some reasons.
But, at last we manage to go there and a very special thanks dedicated to my beloved friend because drive us to there. He's cool and awesome ( he should be smiling if he read this ) HAHAHAHA.. :P
I'm happy and seriously happy when i reached there!!
my eyes can't stop looking here and there.!
WOW IT'S BEAUTIFUL..!!!!




the place is decorated with colourful LED light which makes the whole area illuminated with colours at night
I-City, the City of  Digital Lights.. and trust me it's so much to do and see there because i think it's the city of attraction in Shah Alam and the first lightscape tourism destination in Malaysia with LED technology showcase. 


Ijat buat muka psycho..hahaha

Perut Buncit! ahaha :P

pose maut Biola Putih :)


The awesome one

The Cute one

It's me!

Double Chin :(


Bring along your camera when you decide to go there or you will regret it!


Ps : sorry,
Gambar Opy n Syafiq takde,
sebab diaorg jalan berdua jer..
hihihi.. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 13 September 2012

Aku Ingin Berlalu

Aku tahu aku bukanlah sesiapa lagi di matamu,
namun aku tetap punya rasa yang harus kau tahu,
walau kini telah jauh rupanya kita dipisah oleh waktu,
namun ku mohon dengarlah kisah hatiku...

pertama kali kita bertemu,
aku telah merasakan sesuatu,
lidah terasa kelu dan bibir jua membisu,
setelah itu telah pun ku tahu,
bahawa aku terpaut sayang padamu,
sayangnya kau tak menghargai rasaku,
walaupun telah ku cuba menawan hatimu,
namun kau masih tetap dengan keegoanmu...

terasa berat hati ini untuk melepaskanmu,
terlalu payah rasanya memadam kenangan cinta itu,
tapi biarlah aku terus berlalu,
bila rasa sayang telah hilang dari hatimu,
biarlah aku berlalu,
tika rasa cinta sudah luput dalam hatimu...

Nukilan | Sya Muncit

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 12 September 2012

Namun Aku Tahu


Saat malam terasa semakin larut,
aku masih lagi terjaga,
terasa sunyi tanpa teman tanpa kekasih,
Namun aku tahu,
aku punya DIA yang sentiasa di sisi,
yang kan sentiasa mendengar rintihan hati ini,
walau kerap kali diri ini alpa akan kasih sayang-NYA,
walau kerap kali diri ini leka dengan nikmat yang sementara...

Terasa pilu saat mengenangkan perjalanan hidupku,
terlalu banyak kegagalan demi kegagalan yang aku lalui,
terlalu banyak luka dan kecewa yang diperolehi,
Namun aku tahu,
ini semua tanda cinta-NYA buatku,
pastinya DIA mahu aku sentiasa mengalunkan
kalam-NYA,
pastinya DIA mahu aku sentiasa dekat dengan-NYA,
dengan bertasbih memuji keagungan-NYA...

Bila terlalu banyak hinaan dan kejian daripada mereka,
terasa sayu hati ini,
terasa amat perit untuk dilalui,
hingga kadang itu membuat aku lemah tak berdaya,
Namun aku tahu,
manusia ini bukanlah apa-apa,
acap kali menghukum tanpa usul periksa,
acap kali menghina tanpa tahu apa sebabnya,
aku harus sentisa tabah,
harus mampu mengukir senyuman,
dan harus tetap tegar menghadapi kenyataan,
kerana disebalik setiap ujian,
ada sinar rahmat daripada-NYA,
dan juga bukti bahawa
diri ini masih disayangi oleh-NYA..
Terima Kasih Ya ALLAH,
atas nikmat kehidupan yang telah Engkau berikan...

Nukilan | Sya Muncit

Bercakaplah apa yang ALLAH Suka dan BUKAN apa yang manusia suka walaupun ia Pahit serta Sukar untuk dilafazkan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 11 September 2012

Semester 2



Semester baru dah bermula..harap semuanya baik-baik sahaja dan paling penting sangat berharap supaya Sya lebih fokus nanti di dalam kelas. tak nak dah jadi macam semester lepas sebab asyik menangis jer dalam kelas, mengantuk lah, main-main lah... semoga peristiwa lepas tak berulang kembali..

Rasa seronok dan terharu sangat sebab mak dengan ayah sanggup nak hantar balik Shah Alam..mula-mula memang ingat kena naik bas balik sorang-sorang..sedih gila kot tapi nasib baik lah nasib menyebelahi Sya.. hahahaha..SERONOK gilaa!! ( excited sebab kedah dgn shah alam jauh wey ).

Masa hantar, mak pesan,
"mengaji elok-elok kat sini taw, makan bagi cukup..kalau lapaq makan jaa..tak payah nak ikat-ikat perut. lepas tue kalau tak dak duit, habaq laa kat mak, kalau mak ada duit lebih nanti mak bagi laa..nak bagi banyak tak boleh..ingat, kita ni bukan org senang,kena pandai2 laa nak hidup kat tempat org. solat rajin2..ingat laa kat mak dgn ayah di rumah sama.. bagi contoh yang baik kat adik tu.. jaga diri elok2 ..jgn mudah percaya kat org sangat. jangan lupa! "

ayah pulak pesan,
"mengaji elok2 laa kat sini.. besaq dah kan..pandai-pandai laa jaga diri. kalau ada apa-apa telefon ayah"

Nampak tak?? nampak tak?? Beza mak dgn ayah... mak pesan punya lah panjang lebar tapi ayah pesan pendek jer..hahaha.. biasalah, mak kan suka membebel ayah kurang sikit. Tapi Sya tahu..semua mak ayah nak yang terbaik utk anak dia kan.. Sya akan cuba belajar sebaik mungkin sebab Sya tak nak kecewakan family sya.. teringat lecturer kat sini ckp, 
" You can hurt anybody in this life but don't you ever, ever and ever hurt your parents"

tak lupa jugak..Sya dapat hadiah daripada kwn sya..comel sgt!
tak sangka dia buat surprise kat Sya..orang hantar sampai ke bilik Sya..
TERUJA GILER..!!!!
tak tahu nak ckp apa..terima kasih sangat-sangat sebab bagi hadiah tue. Sya suke sangat.
semoga ALLAH akan balas setiap kebaikan awak..
bukan kat dunia jer tapi kat akhirat nanti jugak yer...

Nie lah teddy bear yg kwn sya kasi..besar sgt!
namanya Cik Mok

Dah start g kelas, dah start panjat tangga 90, dah start mkn kat DC..
tapi macam best jer jadual semester nie..cuti banyak..hehehe..
alhamdulillah :)


First Class, First Pic :)

2nd Day

"Lebih tenang rasanya buat perkara2 kecil yg boleh mengubah diri sendiri ke arah yg lebih baik daripada lantang memperkatakan perkara2 yg dirasakan besar tetapi tidak mengubah apa2 pada diri sendiri..."



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 9 September 2012

Dirimu pergi


menitis air mata ini,
saat kau ungkapkan kata hati,
bahawa cinta kita cukup sampai di sini,
dan dirimu pergi tanpa menolehku lagi...

terlalu mudah rasanya saat kau memutuskan,
bagaikan tiada walau sekelumit perasaan,
yang tinggal hanyalah aku dan kesedihan,
kerana ternyata aku gagal untuk mempertahankan...

walau telah jauh aku cuba melangkah,
ternyata rasa hati ini semakin parah,
terlalu sukar rupanya untuk aku berlalu,
kerana bayang-bayangmu bagaikan mengejar langkahku...

Nukilan | Sya Muncit


i'm tired of pretending, and
i'm tired of crying

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 7 September 2012

Buah Hati



Antara babak sedih dalam hidup ialah bila cuti semester dah nak habis.. Arghhh!! stress bila kena balik Shah Alam. Tak seronok giler bila duduk dekat Shah Alam. sebab bosan..balik-balik hujung minggu mesti Sya tidor kat bilik, tengok movie korea, makan sampai buncit.. kalau kat Merbok dulu best jugak..boleh tengok wayang, shopping, cuci mata..tapi kat sini macam malas sikit sebab takda transport sendiri. Nak naik bas takut sesat lak.. KAH KAH KAH...

Cuti semester hari tue Sya tak laa keja macam orang lain untuk dapatkan income tambahan..bukan sebab Sya tak nak tapi Sya nak tolong ayah dengan mak jer kat rumah. Mungkin Sya tak pandai nak tolong mak berkaitan hal-hal kat dapur tapi at least Sya dapat tolong benda lain yang Sya boleh tolong contohnya, Basuh baju, ampai baju, kemas umah, mop lantai and perkara yang wajib buat ialah jaga Kedai ayah..huhu..letih jugak kadang-kadang layan customer nie.. macam-macam kerenah diaorang..macam nak baling kasut jer.. HAHAHAHA..

Benda paling best ialah Sya jaga anak buah Sya..seronok sangat!! seriously seronok sangat2..tak tahu nak describe macam mana. ramai orang tanya tak bosan ker Sya duduk rumah jer time cuti sem, dan jawapan Sya satu jer... TAK BOSAN LANGSUNG. Sya suka duduk rumah..Sya bukanlah rajin keluar sangat sebab Sya tahu, bila time Sya cuti jew lah boleh tolong Mak Ayah..bila lagi kan??

Sya dah pandai bagi Qisya tidor sekarang, suap dia makan, pujuk dia bila dia tak nak makan, jaga dia time dia demam. Penat sangat jaga dia sebab dia nie aktif..asyik nak main aje.. pagi2 mesti masuk bilik Sya dan kejut.. "Acik..Acik..jom la" sambil tue dia akan tutup kipas dan tarik selimut Sya..hehe..comel giler.. selagi Sya tak bangun, selagi tue lah dia panggil sambil ketuk2 badan Sya...

Part mandi Qisya paling suka sebab dia nak main air..letak sabun kat badan dia mesti dia gelak2..haha.. bila dah petang2 mesti ajak Sya keluar nak makan buah ceri bawah pokok.. kalau Sya cakap tak nak..mesti dia tarik2 tangan Sya jugak..manja sangat budak kecik nie. Bila terjatuh, mesti nangis2...lepas tue tunggu sya dukung baru lah diam.. manja dengan Sya sekrang. Mak cakap mungkin dia banyak habiskan masa dengan dia seoanjang cuti sem hari tue..

Sedih bila nak balik Shah Alam, Qisya nangis panggil Sya..dia nak ikut Sya.. T__T
Tak sabar nak tunggu cuti pulak..nak balik KEDAH..!!















Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 5 September 2012

Siapa Dirimu?




Siapakah dirimu wahai arjuna,
saat semua rasa telah sirna,
kau bagaikan membangkitkan kembali sebuah rasa,
rasa yang telah sekian lama aku lupa..

Siapakah dirimu wahai arjuna,
saat hati diselimuti duka,
kau telah berikan suatu cahaya,
untuk diri ini kembali ceria,
kembali mengukir senyuman yang sempurna...

Siapakah dirimu wahai arjuna,
tika aku sakit menderita,
tika aku lemah tidak bermaya,
kau seolah-olah memberikan aku suatu kuasa,
kuasa yang hebat untuk bangun semula...

wahai sang arjuna,
tak kira siapa pun dirimu,
aku mohon janganlah berlalu,
mungkin tiada ruang hati ini untukmu,
tapi sekurang-kurangnya kau tak pernah membuatku rasa sayu,
kerana setiap kali melihatmu,
telah aku tahu,
kau lah yang kan sering mempertahankanku,
bila satu dunia membenciku,
kau yang akan tetap gah di situ,
saat tiada lagi insan yang melindungiku...

Nukilan | Sya Muncit


..I don't care about the world or what people say,
 as long as You make me feel that You are My World ..
DILEMA 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 3 September 2012

Warkah Tak Terungkap




Dahulu aku punyai seorang sahabat yang ku kenali tika masih di bangku sekolah. perhubungan kami sangat akrab seperti adik-beradik kiranya. Bagi aku, telah aku temui seorang sahabat sejati dan aku tak perlukan sesiapa lagi. Namun aku silap.. kadangkala perancangan ALLAH itu menjangkaui apa yang kita imaginasikan. Sungguh aku aku tidak menyangka persahabatan yang terbina hampir 6 Tahun bersama hancur dengan mudahnya. Salah siapa?? mungkin bagiku salah dirinya dan bagi dirinya salah diriku.. Manusia..mana pernah lepas daripada menyalahkan satu sama lain. Namun, kini aku percaya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya... kerana ALLAH tahu setiap apa yang ada di dalam setiap hati hamba-hamba-NYA dan apa yang terbaik untuk kita..



Buat Sahabatku,
maaf kiranya tulisan ini bakal menggoncang ketenangan dirimu atau melukakan hatimu. Cuma jika suatu saat nanti dirimu terbaca tulisan ini, ataupun setelah aku tiada lagi di dunia ini..aku mohon bacalah tulisan hatiku ini dan fahamilah kandungan ini dengan rela hati kerana aku tak mungkin mampu ucapkan segala-galanya kepadamu lagi. 

Suatu ketika dahulu, kita dipertemukan kerana ALLAH..entah bagaimana hanya dengan satu gurauan mampu membawa kita ke alam persahabatan walaupun tanpa mengetahui apa-apa pada ketika itu.  Benarlah kata orang setiap yang bermula pasti ada akhirnya.. Pengakhiran kita rupanya adalah dipisahkan oleh takdir-NYA..namun tidak mengapa kalau itu yang telah tertulis. Bohong kalau aku katakan aku tidak sedih.. bohong kalau aku katakan hati ini tidak terluka sama sekali..namun biarlah hanya ALLAH yang mengetahui setiap irama dukaku..

Buat sahabatku,
maafkan aku kerana aku gagal menjadi sahabat terbaikmu, maaf kerana telah menjadi sahabat yang menitiskan air matamu, maaf kerana diri ini telah melukakan hati dan perasaanmu, maaf jua jika pernah aku membuatmu merasa kurang selesa ketika bersamaku, maaf bila diri ini tak mampu menjadi orang pertama tika kau memerlukan seseorang berada di sampingmu, aku cuma seorang sahabat yang penuh kekurangan dan kelemahan yang tidak aku sedari. sekali lagi aku mohon berjuta kemaafan daripadamu...

Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku selama ini. Terima kasih kerana sudi mendengar segala ceritaku, rintihanku dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of Friendship when i was with you. Tapi ku mohon maaf kiranya kau merasakan yang sebaliknya sepanjang perkenalan kita. Masih ku ingat lagi suatu ketika dulu kau tidak pernah lelah meminjamkan bahumu dan pelukanmu ketika air mataku tak mampu ditahan lagi..untuk itu, aku ucapkan terima kasih. aku tak mampu membalasnya namun aku pasti tak kan melupakannya...

Sahabatku,
diamku kini bukan bermaksud aku membencimu apatah lagi membuangmu dari hidupku tapi cukup sebagai tanda yang aku ingin kau bahagia tanpa adanya diriku yang sering melukaimu dan membuatkan kau berasa tidak selesa dengan kehadiranku..sepanjang kita bersama terlau banyak yang telah kau korbankan untukku. terlalu banyak jasamu membantuku dalam setiap masalahku. Sesungguhnya ALLAH sangat menyanyangi orang yang sering berbuat kebaikan kepada orang lain dan aku kira kau lah orang itu..yang selalu membantu orang lain. semoga ALLAH akan terus merahmati dan mencintaimu di atas setiap keikhlasan yang pernah dirimu hulurkan..Untuk setiap pemberian dan hadiah yang telah kau berikan..terima kasih aku ucapkan .. ALLAH sahaja yang mampu membalas segala-galanya..

Ramai yang bertanya kenapa aku seolah-olah tidak mempertahankan pertalian kita..mengapa aku seolah-olah pasrah akan segalanya. di sini biar aku rungkaikan segalanya..

" aku cukup terluka bila kau tidak memberitahu tika kau sakit namun orang lain telah sedia maklum. hati sahabat yang mana tidak terluka bila perkara sepenting itu dirahsiakan..bila aku bertanya kau cuma endah tak endah dan menjawab perkara ini tidak penting..jadi aku siapa di matamu? tak layak diberitahu sedangkan satu dunia dah tahu? "
( namun aku cuba memahami, aku pujuk hatiku dengan mengatakan mungkin kau tak mahu buat aku risau )

" aku cukup terluka bila kau tiba-tiba kaitkan hubungan kita dengan bekas adik angkatku. memang dia pernah melukai hatimu tapi itu telah menjadi kisah lama dan aku sudah tiada sebarang pertalian dengan dia lagi. jangan kerana sekali dua bertegur di facebook, kau terus mengatakan "hubungan mesra".. don't talk rubbish! and seriously aku sangat marah tentang perkara ini..kau seolah-olah tak kenal aku bagaimana..haruskah kita hidup saling membenci dan berdendam hanya kerana peristiwa masa lampau kita? jangan lupa apa yang telah kau nasihatkan kepadaku dulu..gunakan ia untuk dirimu sekarang "

" bila aku tegur kau supaya bersikap lebih matang, kau remehkan dan sindir-sindir aku di blog kau. okey.. let me clarify the actual maturity that i mentioned to you. Memang kadang-kadang kita akan bersikap kebudak-budakan walaupun umur kita tak sepatutnya macam tu. belajar tinggi-tinggi belum tentu lagi orang tue matang. okey, aku juga buat silap dan kadang-kadang bersifat kebudak-budakan.. Tapi fikirlah baik-baik  dan bersikap matang lah jika ia melibatkan perkara yang penting. perlu ker putuskan persahabatan sebab orang lain?? perlu ker putuskan persahaban hanya kerana aku bertegur sapa dengan dia?? "

" Dahulu sahabatku sendiri pernah mengkhianatiku, memusnahkan impianku..tapi dia juga bersahabat denganmu, tapi pernah tak aku halang perhubungan korang..malah sampai sekrang korang masih baik lagi kan. memang dulu aku terluka disebabkan perbuatan dia tapi bila semakin meningkat dewasa.. aku sedar yang manusia tak kan pernah lari daripada melakukan salah dan dosa..jadi mengapa kita sebagai manusia biasa mahu menghukum sesama kita?? kita cuma hamba..cuma hamba kepada-NYA.. sekarang aku pulangkan situasiku kepada kau..SAMA situasi kita..sangat sama..cuma bezanya.. adakah kau mampu memaafkan dan melupakan atau terus menghukum.."

Inilah sebabnya kenapa aku tak mempertahankan apa yang terjadi kerana aku tahu di matamu aku akan tetap salah. Aku terima semua yang kau cakap padaku.. walaupun kadangkala sangat kasar dan melukai hatiku.. aku redha.. kerana kau yang meminta aku pergi dari hidupmu..ya mungkin kerana kau telah punyai sahabat lain yang lebih memahami dirimu.. owh..bukan mungkin lagi tapi MEMANG. kau sendiri cakap yang kau punyai ramai kawan yang mampu memahami dan mengerti perasaanmu, yang kan sering berada di sisimu tika kau memerlukan, yang kan selalu menghiburkan hatimu.. dan aku bukanlah antara sahabat itu.. aku cukup terluka dengan kenyataan itu tapi tidak mengapa..aku tak boleh memaksamu untuk bersahabat denganku kerana pilihanmu adalah membuangku dari hidupmu..

Akhir sekali,
biarlah segalanya terhenti di sini kerana aku tak mahu melukai hatimu lagi. aku tak mahu menjadi beban dalam hidupmu.. maaf kiranya ada sesal di hatimu kerana mengenali diriku, tapi bagi aku tidak ada satu pun rasa sesalku walau sedikit, walau sebesar zarah sekalipun mengenali dirimu. ku kira, mengenali dirimu merupakan satu babak terindah dalam rentetan kehidupanku. Walau kini kau telah membuangku, namun aku bersyukur..teramat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada cerita hidupmu. Maaf jika hanya dengan memandang wajahku sahaja sudah membuat kau tidak selesa ataupun benci, meluat dan mahu berlari sejauh mungkin daripadaku.. cuma satu aku ingin kau tahu.. bagi diriku, persahabatan kita sampai aku menutup mata kerana aku sayang kamu selamanya..aku pergi kerana mahu melihat kau bahagia..tapi..jika suatu saat nanti aku telah tiada, jangan hampiri jenazahku kerana tika itu aku tak kan mampu bangun lagi untuk mengusap air matamu buat kali terakhir..

Semoga tiap langkah kehidupanmu akan sentiasa diberkati olehNYA.. 
jika pernah dirimu gelisah,
sujud dan mohonlah kepadaNYA,
yakinlah bahawa rahmat ALLAH mengatasi kemurkaan-NYA..











                 
  Ya ALLAH,  tabahkan lah hati ini,
tika semua insan membenciku,
dakaplah aku dengan  kasihMU..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...