Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 12 September 2012

Namun Aku Tahu


Saat malam terasa semakin larut,
aku masih lagi terjaga,
terasa sunyi tanpa teman tanpa kekasih,
Namun aku tahu,
aku punya DIA yang sentiasa di sisi,
yang kan sentiasa mendengar rintihan hati ini,
walau kerap kali diri ini alpa akan kasih sayang-NYA,
walau kerap kali diri ini leka dengan nikmat yang sementara...

Terasa pilu saat mengenangkan perjalanan hidupku,
terlalu banyak kegagalan demi kegagalan yang aku lalui,
terlalu banyak luka dan kecewa yang diperolehi,
Namun aku tahu,
ini semua tanda cinta-NYA buatku,
pastinya DIA mahu aku sentiasa mengalunkan
kalam-NYA,
pastinya DIA mahu aku sentiasa dekat dengan-NYA,
dengan bertasbih memuji keagungan-NYA...

Bila terlalu banyak hinaan dan kejian daripada mereka,
terasa sayu hati ini,
terasa amat perit untuk dilalui,
hingga kadang itu membuat aku lemah tak berdaya,
Namun aku tahu,
manusia ini bukanlah apa-apa,
acap kali menghukum tanpa usul periksa,
acap kali menghina tanpa tahu apa sebabnya,
aku harus sentisa tabah,
harus mampu mengukir senyuman,
dan harus tetap tegar menghadapi kenyataan,
kerana disebalik setiap ujian,
ada sinar rahmat daripada-NYA,
dan juga bukti bahawa
diri ini masih disayangi oleh-NYA..
Terima Kasih Ya ALLAH,
atas nikmat kehidupan yang telah Engkau berikan...

Nukilan | Sya Muncit

Bercakaplah apa yang ALLAH Suka dan BUKAN apa yang manusia suka walaupun ia Pahit serta Sukar untuk dilafazkan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...