Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 25 September 2012

Selamat Ulang Tahun



Buat sahabat yang jauh di mata,
hari ini merupakan hari yang sangat bermakna,
bukan kerana emas dan harta,
bukan jua kerana batu permata,
tetapi indahnya nikmat dunia,
apabila saat ini kau lahir ke dunia...

terima kasih sahabat,
kerana telah lahir ke dunia,
memberikan aku kesempatan menghirup suka duka bersama,
mengharungi zaman remaja dengan penuh gelak tawa,
walau kadang kala hadir jua air mata...

terima kasih jua sahabat,
sering memberikan tiupan semangat,
bila diri ini rapuh,
tanganmu sentiasa menggenggamku erat,
agar aku bangkit semula dengan sepenuh kudrat..

Hari ini hari bermakna buat dirimu,
terlalu bermakna jua buat diriku,
kerana tarikh ini lahirnya seorang insan yang tulus bersahabat denganku,
lahirnya insan yang sentiasa bersamaku,
lahirnya insan yang selalu menceriakan hidupku..

Padamu Ya ALLAH,
aku mohon jagalah sahabatku,
berikanlah dia nikmat kesihatan yang sempurna,
tabahkanlah hatinya dalam setiap ujian,
ubahlah tangisannya menjadi senyuman,
serta dakaplah dia dengan kelembutan kasihMU,
agar sentiasa dia berbahgia meniti ranjau kehidupan...
AMIN...

| Sya Muncit |

They say you lose your memory as you grow older. I say "forget about the past" and live life to the fullest today.. Happy Birthday dear..

tak mampu ucapkan  sendiri
bila diri ini terlalu dibenci.
semoga berbahagia :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

5 comments:

  1. jika semua kata-kata itu untuk aku, aku rasa biarlah hang simpan kata- kata itu untuk orang yang lebih layak untuk dalam hidup hang selama ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak tak layak bukan di mulut..biar hati yang tentukan :)

      Delete
  2. tak perlu kot dari mulut ke dari hati ke kata-kata sebaik itu untuk orang macam aku...

    ReplyDelete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...