Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 3 September 2012

Warkah Tak Terungkap




Dahulu aku punyai seorang sahabat yang ku kenali tika masih di bangku sekolah. perhubungan kami sangat akrab seperti adik-beradik kiranya. Bagi aku, telah aku temui seorang sahabat sejati dan aku tak perlukan sesiapa lagi. Namun aku silap.. kadangkala perancangan ALLAH itu menjangkaui apa yang kita imaginasikan. Sungguh aku aku tidak menyangka persahabatan yang terbina hampir 6 Tahun bersama hancur dengan mudahnya. Salah siapa?? mungkin bagiku salah dirinya dan bagi dirinya salah diriku.. Manusia..mana pernah lepas daripada menyalahkan satu sama lain. Namun, kini aku percaya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya... kerana ALLAH tahu setiap apa yang ada di dalam setiap hati hamba-hamba-NYA dan apa yang terbaik untuk kita..



Buat Sahabatku,
maaf kiranya tulisan ini bakal menggoncang ketenangan dirimu atau melukakan hatimu. Cuma jika suatu saat nanti dirimu terbaca tulisan ini, ataupun setelah aku tiada lagi di dunia ini..aku mohon bacalah tulisan hatiku ini dan fahamilah kandungan ini dengan rela hati kerana aku tak mungkin mampu ucapkan segala-galanya kepadamu lagi. 

Suatu ketika dahulu, kita dipertemukan kerana ALLAH..entah bagaimana hanya dengan satu gurauan mampu membawa kita ke alam persahabatan walaupun tanpa mengetahui apa-apa pada ketika itu.  Benarlah kata orang setiap yang bermula pasti ada akhirnya.. Pengakhiran kita rupanya adalah dipisahkan oleh takdir-NYA..namun tidak mengapa kalau itu yang telah tertulis. Bohong kalau aku katakan aku tidak sedih.. bohong kalau aku katakan hati ini tidak terluka sama sekali..namun biarlah hanya ALLAH yang mengetahui setiap irama dukaku..

Buat sahabatku,
maafkan aku kerana aku gagal menjadi sahabat terbaikmu, maaf kerana telah menjadi sahabat yang menitiskan air matamu, maaf kerana diri ini telah melukakan hati dan perasaanmu, maaf jua jika pernah aku membuatmu merasa kurang selesa ketika bersamaku, maaf bila diri ini tak mampu menjadi orang pertama tika kau memerlukan seseorang berada di sampingmu, aku cuma seorang sahabat yang penuh kekurangan dan kelemahan yang tidak aku sedari. sekali lagi aku mohon berjuta kemaafan daripadamu...

Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku selama ini. Terima kasih kerana sudi mendengar segala ceritaku, rintihanku dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of Friendship when i was with you. Tapi ku mohon maaf kiranya kau merasakan yang sebaliknya sepanjang perkenalan kita. Masih ku ingat lagi suatu ketika dulu kau tidak pernah lelah meminjamkan bahumu dan pelukanmu ketika air mataku tak mampu ditahan lagi..untuk itu, aku ucapkan terima kasih. aku tak mampu membalasnya namun aku pasti tak kan melupakannya...

Sahabatku,
diamku kini bukan bermaksud aku membencimu apatah lagi membuangmu dari hidupku tapi cukup sebagai tanda yang aku ingin kau bahagia tanpa adanya diriku yang sering melukaimu dan membuatkan kau berasa tidak selesa dengan kehadiranku..sepanjang kita bersama terlau banyak yang telah kau korbankan untukku. terlalu banyak jasamu membantuku dalam setiap masalahku. Sesungguhnya ALLAH sangat menyanyangi orang yang sering berbuat kebaikan kepada orang lain dan aku kira kau lah orang itu..yang selalu membantu orang lain. semoga ALLAH akan terus merahmati dan mencintaimu di atas setiap keikhlasan yang pernah dirimu hulurkan..Untuk setiap pemberian dan hadiah yang telah kau berikan..terima kasih aku ucapkan .. ALLAH sahaja yang mampu membalas segala-galanya..

Ramai yang bertanya kenapa aku seolah-olah tidak mempertahankan pertalian kita..mengapa aku seolah-olah pasrah akan segalanya. di sini biar aku rungkaikan segalanya..

" aku cukup terluka bila kau tidak memberitahu tika kau sakit namun orang lain telah sedia maklum. hati sahabat yang mana tidak terluka bila perkara sepenting itu dirahsiakan..bila aku bertanya kau cuma endah tak endah dan menjawab perkara ini tidak penting..jadi aku siapa di matamu? tak layak diberitahu sedangkan satu dunia dah tahu? "
( namun aku cuba memahami, aku pujuk hatiku dengan mengatakan mungkin kau tak mahu buat aku risau )

" aku cukup terluka bila kau tiba-tiba kaitkan hubungan kita dengan bekas adik angkatku. memang dia pernah melukai hatimu tapi itu telah menjadi kisah lama dan aku sudah tiada sebarang pertalian dengan dia lagi. jangan kerana sekali dua bertegur di facebook, kau terus mengatakan "hubungan mesra".. don't talk rubbish! and seriously aku sangat marah tentang perkara ini..kau seolah-olah tak kenal aku bagaimana..haruskah kita hidup saling membenci dan berdendam hanya kerana peristiwa masa lampau kita? jangan lupa apa yang telah kau nasihatkan kepadaku dulu..gunakan ia untuk dirimu sekarang "

" bila aku tegur kau supaya bersikap lebih matang, kau remehkan dan sindir-sindir aku di blog kau. okey.. let me clarify the actual maturity that i mentioned to you. Memang kadang-kadang kita akan bersikap kebudak-budakan walaupun umur kita tak sepatutnya macam tu. belajar tinggi-tinggi belum tentu lagi orang tue matang. okey, aku juga buat silap dan kadang-kadang bersifat kebudak-budakan.. Tapi fikirlah baik-baik  dan bersikap matang lah jika ia melibatkan perkara yang penting. perlu ker putuskan persahabatan sebab orang lain?? perlu ker putuskan persahaban hanya kerana aku bertegur sapa dengan dia?? "

" Dahulu sahabatku sendiri pernah mengkhianatiku, memusnahkan impianku..tapi dia juga bersahabat denganmu, tapi pernah tak aku halang perhubungan korang..malah sampai sekrang korang masih baik lagi kan. memang dulu aku terluka disebabkan perbuatan dia tapi bila semakin meningkat dewasa.. aku sedar yang manusia tak kan pernah lari daripada melakukan salah dan dosa..jadi mengapa kita sebagai manusia biasa mahu menghukum sesama kita?? kita cuma hamba..cuma hamba kepada-NYA.. sekarang aku pulangkan situasiku kepada kau..SAMA situasi kita..sangat sama..cuma bezanya.. adakah kau mampu memaafkan dan melupakan atau terus menghukum.."

Inilah sebabnya kenapa aku tak mempertahankan apa yang terjadi kerana aku tahu di matamu aku akan tetap salah. Aku terima semua yang kau cakap padaku.. walaupun kadangkala sangat kasar dan melukai hatiku.. aku redha.. kerana kau yang meminta aku pergi dari hidupmu..ya mungkin kerana kau telah punyai sahabat lain yang lebih memahami dirimu.. owh..bukan mungkin lagi tapi MEMANG. kau sendiri cakap yang kau punyai ramai kawan yang mampu memahami dan mengerti perasaanmu, yang kan sering berada di sisimu tika kau memerlukan, yang kan selalu menghiburkan hatimu.. dan aku bukanlah antara sahabat itu.. aku cukup terluka dengan kenyataan itu tapi tidak mengapa..aku tak boleh memaksamu untuk bersahabat denganku kerana pilihanmu adalah membuangku dari hidupmu..

Akhir sekali,
biarlah segalanya terhenti di sini kerana aku tak mahu melukai hatimu lagi. aku tak mahu menjadi beban dalam hidupmu.. maaf kiranya ada sesal di hatimu kerana mengenali diriku, tapi bagi aku tidak ada satu pun rasa sesalku walau sedikit, walau sebesar zarah sekalipun mengenali dirimu. ku kira, mengenali dirimu merupakan satu babak terindah dalam rentetan kehidupanku. Walau kini kau telah membuangku, namun aku bersyukur..teramat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada cerita hidupmu. Maaf jika hanya dengan memandang wajahku sahaja sudah membuat kau tidak selesa ataupun benci, meluat dan mahu berlari sejauh mungkin daripadaku.. cuma satu aku ingin kau tahu.. bagi diriku, persahabatan kita sampai aku menutup mata kerana aku sayang kamu selamanya..aku pergi kerana mahu melihat kau bahagia..tapi..jika suatu saat nanti aku telah tiada, jangan hampiri jenazahku kerana tika itu aku tak kan mampu bangun lagi untuk mengusap air matamu buat kali terakhir..

Semoga tiap langkah kehidupanmu akan sentiasa diberkati olehNYA.. 
jika pernah dirimu gelisah,
sujud dan mohonlah kepadaNYA,
yakinlah bahawa rahmat ALLAH mengatasi kemurkaan-NYA..











                 
  Ya ALLAH,  tabahkan lah hati ini,
tika semua insan membenciku,
dakaplah aku dengan  kasihMU..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...