Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 30 October 2012

Berubah?



Aku berubah?
okey..engkau juga berubah..
mereka turut berubah,
orang-orang di sekeliling ikut berubah..
realitinya semua orang pasti berubah..
semua orang melalui proses perubahan..

BEZANYA..
adakah perubahan itu untuk kebaikan,
ataupun perubahan itu membawa keburukan?
biarlah perubahan itu kekal menjadi rahsia,
aku bukan sesiapa untuk menghakimi..
biarlah DIA sahaja yang tentukan,
kerana DIA lah yang paling Adil...

Andai perubahan itu yang terbaik buatmu,
berubahlah..ikutlah kata hatimu,
aku tak kan pernah sesekali menyalahkanmu,
tapi ada sesuatu yang perlu kau tahu,
aku amat merindui kita yang dahulu..
terlalu banyak kenangan bersamamu,
walaupun kini kau telah berlalu,
jauh meninggalkan aku di ruang waktu..

tapi tidak mengapa,
tiada gunanya andai kita saling menyalahkan,
kerana ini adalah hakikat sebuah kehidupan,
meski pahit untuk ditelan,
namun percayalah setiap perkara pasti ada tersembunyi sebuah kebaikan,

| Sya Muncit |

Persahabatn yang terjalin dengan keikhlasan pasti akan kekal, namun, persahabatn yang dimulai dengan PENIPUAN, tiada apa yang akan tinggal akhirnya..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 26 October 2012

Mungkin...




mungkin aku hanyalah sebutir pasir di antara salju cintamu,
mungkin aku hanyalah embun di setiap hujung kerinduanmu,
mungkin juga aku hanyalah bayang-bayang hitam di antara pelangi indahmu,
walau kehadiranku ini bukanlah teristimewa buatmu,
namun rasa cinta di hati ini tetap ada..
terlalu sukar rasanya mentafsir bahasa hati ini,
terlalu payah untuk ku rungkaikan perasaan ini,
walau berkali-kali aku cuba meyakini bahawa kau juga berkongsi rasa yang sama,
namun setiap kali itu juga tingkahmu mengatakan sebaliknya,
apalah gunanya berdua andai yang merasainya hanya aku?..
tapi tidak mengapa,
ini bukanlah pertama kali hati ini kecewa,
bukan juga kali pertama hati ini diguris luka
dengan lembutnya lidah yang berkata-kata,
lain di hati, lain pula yang ditutur kata..

Nukilan | Sya Muncit

Mengapa tangan kau lepaskan, setelah hatiku kau tawan,

mengapa takdir memisahkan, hanya ku cinta kau seorang...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 21 October 2012

Kelantan Vs ATM


Apa kaitan Kelantan dan ATM dengan Sya??
asal kelantan ker?
atau boyfren tentera??
jawapannya memang takda kaitan pun..KAH KAH KAH..
tapi Sya berpeluang tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 kat stadium Shah Alam semalam..
first time kot.. Yes, FIRST TIME..
sebelum nie tengok kat TV jek dengan ayah n adik..
tapi kali nie boleh tengok secara live..
( a special thanks dedicate to that person )
sebenarnya tak ingat pun semalam ada bola..
maklumlah bukan ada team Kedah pun,
so tak berapa nak prihatin sgt..hihihi..
masa nak keluar makan tu dah rasa pelik dah kenapa ramai orang pakai baju merah??
hari merah sedunia ker apa??
kebetulan Sya pun pakai baju merah..haishh =.='
rupa-rupanya ada final Piala Malaysia..
okey..teruja laa jugak boleh tengok situasi kat dalam stadium..
meriah..SANGAT meriah..
Kelantan dengan penyokong yang sgt ramai..
rasanya 70% adalah penyokong Kelantan..
i think those fans that always supporting them is the strength behind their success..
because a good supporters will always believe their player's ability and pray for them..
ATM pulak dengan muzik diaorg yang best,
walaupun jumlah penyokong sedikit tapi still boleh nampak lah semangat diaorg tu..
tetap setia bagi sokongan hingga saat-saat terakhir..thumbs up!
Sya tak rasa apa-apa sangat sebab bukan team Kedah yang lawan...
so tak laa berdebar pun mcm ORANG TU sampai berpeluh-peluh 
dan diam tak berkata apa-apa.. HAHAHA.. :P
kesian..serius kesian tengok muka cuak dia..
kalau kalah semalam mesti meraung-raung lah tu.. hohoho..
Sya sokong ATM sebab ramai pakwe hensem dalam tu..
hahaha..tipu jer.. tak sokong mana-mana pun..
saja suka-suka menjerit, release kan tension pagi tadi..
maklumlah Sya kan suka menjerit..peace!

Nampaknya peluru tentera tak dapat nak menewaskan kijang,
barangkali peluru kapur diaorg pakai semalam..hehe..juz kidding..
pape pun congrats to both team bcoz you have shown the best performance :)



It must be really amazing if i have the chance to see my team there.

just wish..one fine day..who knows.. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 13 October 2012

Tangga?




Tangga?? Eskalator??
woahhhh..seriously allergic dengan tangga sekarang..!!
Teringat..masa last sem, kwn Sya.. kyra yang jatuh tangga masa kat kem PBSM.. cara dia jatuh memang laa kelakar sebab benda tu berlaku depan mata Sya dan Sya pulak yang panik lepas tu tanya dia okey ke tak..TAPI slumber jek dia cakap tak sakit. ish! geram betul..nak kontrol ayu lah tu..padahal sakit..huhuhuhu..

Semalam.
Yer SEMALAM..
13 OKTOBER 2012..!!
perghhh..
i won't forget this date..
alahai..jatuh tangga kat eskalator yang tiba2 bergerak..
automatic escalator rupanya..
Sya nak turun, tangga tu nak naik..
tengah sedap2 turun tangga tiba2 rasa macam hilang keseimbangan,
"eh, kenapa pulak ni? "
sempat lagi Sya bermonolog time tu..
tapi tiba2..
gedebuk!!
amek kau..sakit wooo..
kaki sya tergelincir dan jatuh..
masa tu tak fikir malu ke apa dah..yang terfikir cuma kaki Sya sebab rasa sakit sangat.
dalam kepala otak dah fikir bukan2..kalau PATAH mcm mana?? sebab SAKIT sangat-sangat..
tak boleh nak bangun lah kiranya..sampai kena ada orang angkat baru Sya nak bergerak..
time tu tak boleh nak fikir apa..
mula-mula ingat nak kontrol tak sakit mcm Kyra..tapi tak boleh,
air mata nie laju jer turun sebab dah sakit sangat..
kalau kat rumah, mahu Sya meraung-raung kat situ gak..
nasib baik la ada orang caring nak tolong letak ubat bagai..
sejuk sikit hati daripada meraung-raung tak boleh nak jalan..
*THANKS AWAK!*

Bagi Sya bahaya lah automatic eskalator kat Shopping Complex nie.. sebab they didn't provide the sign or any symbol to shows that escalator up or down.. seriously, it's very dangerous! they should at least provide the arrow so that people will know... safety precaution THAT shopping complex was low.. seriously LOW..!


i couldn't imagine if there is a kid around there..OMG..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 12 October 2012

Mid-sem Test




minggu-minggu yang banyak assignment, presentation dengan test betul-betul menguji kesabaran hati. Alahai penatnya kena menghadap nota-nota management dengan industrial relation bagai.. serious rasa macam nak muntah bila dah terlalu menghafal. roomate ckp " Sya study test mcm nak study final exam ".. huh! sentap! yeker?? tak sedar pun...huhu.. okey, dari sudut positif sya memang study bagai nak mati k.. ( mak ngan ayah mesti bangga nie ) KAH KAH KAH.. tipu jek.. tak laa sampai nak mati tu..CUMA nak tebus kesilapan last sem sebab test dapat markah yang sangat teruk sebab TAK STUDY..bukan tak study..yang lebih tepat lagi.. jiwa tengah berkecamuk dan tak tenang..asyik menangis je..mana nak studynya..hermm.. it's okay.. what past is past k :)

Presentation??..okey, baru teringat nak cerita sal presentation management hari tue.. takut beb! TAKUT! sebab kena present depan Miss Farah Murni Merican ( sedap kan nama lecturer kite ) hehehehe.. sya dah laa nervous bila present kat depan..memang laa rasa mcm nak tercabut jantung nie..haishh.. TAPI bila habis presentation kwn sya ckp :

 " ko present tak boleh lagi comel ker? "
"ko suke eh present kat depan sambil tersenyum2 "
" serius ko cakap dgn kteorang lagi kuat drpd time ko present "

What??? seriously?? serius weyh.. Sya rasa mcm Sya dah kuatkan suara Sya masa present tu.. tapi mcm mana leh perlahan pulak ea?? haishh..konfius2... Sya kan memang suka senyum.. Sya senyum bila present utk hilangkan rasa gugup Sya.. Zira dgn Opy muka tegang jek..lagi ahh Sya cuak..so baik SENYUM.. hahaha :) rasa kelakar gile bile Syaz dgn Ijat asyik bahan cara Sya buat presentation... *harap2 markah pun boleh senyum gak lah..huhu..


GUD LUCK FOR THIS COMING QMT TEST..!!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 10 October 2012

Tak Mengapa

Tak mengapa kalau aku bukan pilihan hatimu,
tak mengapa kalau aku cuma sebagai penghiburmu,
tak mengapa juga jika aku hanya sekadar teman tika waktu sepimu...

bukan kerana aku mahu begitu,
bukan juga kerana aku tak pernah menyayangimu,
tetapi saat berlabuhnya tirai malam itu,
hatiku seakan berbicara kepadaku,
mindaku mencerna setiap bait kata-katamu,
dengan sepenuh hati walau tidak ku nafikan terselit jua rasa pilu,
air mata juga tanpa segan silu asyik bertamu..
terselit kemas rasanya di relung hatiku,
pabila malam itu,
kau katakan padaku,
bukan mudah melupakan masa lalu,
apatah lagi apabila dia masih lagi ratu di hatimu,
bukan mudah melupakan kenangan dulu,
tatkala hatimu berdendang irama rindu,
saat kau masih berharap dia menjadi milikmu...

tidak mengapa kalau bukan aku menjadi pilihan hatimu,
tidak mengapa arjunaku,
kerana aku tahu,
walau sehebat mana aku layarkan bahtera rindu,
pasti aku akan tetap karam di lautan kasihmu,
kerana aku cumalah aku,
usahlah bermimpi menjadi ratu...

Nukilan | Sya Muncit |


Kini kau tiada, senafas pun ku perlu mencuba,
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga,
Bersendiri hidup umpama hilang erti,
Bagaimanakah meneruskan hayat ini..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 8 October 2012

Sabarlah Sahabat



Sahabat,
andai aku tahu apa yang tersirat di hatimu,
pasti aku tak kan biarkan mereka menyakitimu,
pasti ku tak kan biarkan mereka mempersendakanmu,
jauh sekali mentertawakanmu..

Sahabat,
perasaan ingin menyayangi dan disayangi
adalah lumrah kita sebagai manusia,
tiada apa yang salah tentangnya,
tiada apa yang malu untuk dibicara,
kerana semua manusia layak dicinta,
tak kira siapa, tak kira rupa...

Sahabat,
mungkin tak banyak yang ku tahu tentang dirimu,
mungkin belum masanya aku memahami isi hatimu,
tapi sebagai seorang sahabat, aku begitu tersentuh mendengar luahanmu,
begitu terpana akan kepiluan hatimu,
terlalu dalam rasanya luka di hatimu itu...

sabarlah..
manusia hanya tahu menilai menggunakan mata,
jarang sekali menilai dengan mata hati,
usahlah bersedih tentang manusia yang tajam tutur katanya,
kerana suatu saat nanti mereka pasti mengerti...

tiada salahnya bertudung bawal tidak bergaya,
asalkan tertutup aurat dengan sempurna,
biarlah hina di mata manusia,
asalkan cantik di mata Pencipta kita...

Tiada salahnya dengan rupa parasmu,
asalkan sempurna segala sifatnya,
kerana ciptaan ALLAH semuanya indah-indah belaka,
biarlah tak comel di mata mereka,
tapi tetap anggun buat Yang Maha Esa...

| Sya Muncit |

AWAK DAH CUKUP COMEL DI MATA SAYA
KERANA AWAK PUNYAI SEKEPING HATI YANG SUCI
BIARLAH MEREKA SALAH MENILAIMU,
KERANA HANYA ALLAH YANG LAYAK MENGHAKIMI DIRIMU






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 1 October 2012

Tika Itu



Kali pertama ku melihat dirimu 
Sejak itu ku merindu bayanganmu 
Seperti bunga yang menanti 
Sang mentari untuk bersinar 
Andai kau untukku 
Akan ku tunggu 
Waktumu menjadi milikku..

Oh hatiku yang berdenyut nadi cinta 
Dibibirmu ku nanti ungkapan kasih 
Darimu oh dewi sang pencinta 
Ciptakanlah kisah cinta kita berdua 
Oh selamanya dan setiap ketika..

Malam-malamku penuh dengan mimpi indah 
Wajahmu sentiasa difikiran ku 
Ku tak tahu sampai bila 
Harusku diamkan niat hatiku 
Andai kau untukku 
Akan ku tunggu 
Waktumu menjadi milikku..

Oh hatiku yang berdenyut nadi cinta 
Dibibirmu ku nanti ungkapan kasih 
Darimu oh dewi sang pencinta 
Ciptakanlah kisah cinta kita berdua 
Oh tika itu bahagia untuk selamanya..

Credit to : Muhamad Faiq


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...