Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 30 October 2012

Berubah?



Aku berubah?
okey..engkau juga berubah..
mereka turut berubah,
orang-orang di sekeliling ikut berubah..
realitinya semua orang pasti berubah..
semua orang melalui proses perubahan..

BEZANYA..
adakah perubahan itu untuk kebaikan,
ataupun perubahan itu membawa keburukan?
biarlah perubahan itu kekal menjadi rahsia,
aku bukan sesiapa untuk menghakimi..
biarlah DIA sahaja yang tentukan,
kerana DIA lah yang paling Adil...

Andai perubahan itu yang terbaik buatmu,
berubahlah..ikutlah kata hatimu,
aku tak kan pernah sesekali menyalahkanmu,
tapi ada sesuatu yang perlu kau tahu,
aku amat merindui kita yang dahulu..
terlalu banyak kenangan bersamamu,
walaupun kini kau telah berlalu,
jauh meninggalkan aku di ruang waktu..

tapi tidak mengapa,
tiada gunanya andai kita saling menyalahkan,
kerana ini adalah hakikat sebuah kehidupan,
meski pahit untuk ditelan,
namun percayalah setiap perkara pasti ada tersembunyi sebuah kebaikan,

| Sya Muncit |

Persahabatn yang terjalin dengan keikhlasan pasti akan kekal, namun, persahabatn yang dimulai dengan PENIPUAN, tiada apa yang akan tinggal akhirnya..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...