Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 26 October 2012

Mungkin...




mungkin aku hanyalah sebutir pasir di antara salju cintamu,
mungkin aku hanyalah embun di setiap hujung kerinduanmu,
mungkin juga aku hanyalah bayang-bayang hitam di antara pelangi indahmu,
walau kehadiranku ini bukanlah teristimewa buatmu,
namun rasa cinta di hati ini tetap ada..
terlalu sukar rasanya mentafsir bahasa hati ini,
terlalu payah untuk ku rungkaikan perasaan ini,
walau berkali-kali aku cuba meyakini bahawa kau juga berkongsi rasa yang sama,
namun setiap kali itu juga tingkahmu mengatakan sebaliknya,
apalah gunanya berdua andai yang merasainya hanya aku?..
tapi tidak mengapa,
ini bukanlah pertama kali hati ini kecewa,
bukan juga kali pertama hati ini diguris luka
dengan lembutnya lidah yang berkata-kata,
lain di hati, lain pula yang ditutur kata..

Nukilan | Sya Muncit

Mengapa tangan kau lepaskan, setelah hatiku kau tawan,

mengapa takdir memisahkan, hanya ku cinta kau seorang...


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...