Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 8 October 2012

Sabarlah Sahabat



Sahabat,
andai aku tahu apa yang tersirat di hatimu,
pasti aku tak kan biarkan mereka menyakitimu,
pasti ku tak kan biarkan mereka mempersendakanmu,
jauh sekali mentertawakanmu..

Sahabat,
perasaan ingin menyayangi dan disayangi
adalah lumrah kita sebagai manusia,
tiada apa yang salah tentangnya,
tiada apa yang malu untuk dibicara,
kerana semua manusia layak dicinta,
tak kira siapa, tak kira rupa...

Sahabat,
mungkin tak banyak yang ku tahu tentang dirimu,
mungkin belum masanya aku memahami isi hatimu,
tapi sebagai seorang sahabat, aku begitu tersentuh mendengar luahanmu,
begitu terpana akan kepiluan hatimu,
terlalu dalam rasanya luka di hatimu itu...

sabarlah..
manusia hanya tahu menilai menggunakan mata,
jarang sekali menilai dengan mata hati,
usahlah bersedih tentang manusia yang tajam tutur katanya,
kerana suatu saat nanti mereka pasti mengerti...

tiada salahnya bertudung bawal tidak bergaya,
asalkan tertutup aurat dengan sempurna,
biarlah hina di mata manusia,
asalkan cantik di mata Pencipta kita...

Tiada salahnya dengan rupa parasmu,
asalkan sempurna segala sifatnya,
kerana ciptaan ALLAH semuanya indah-indah belaka,
biarlah tak comel di mata mereka,
tapi tetap anggun buat Yang Maha Esa...

| Sya Muncit |

AWAK DAH CUKUP COMEL DI MATA SAYA
KERANA AWAK PUNYAI SEKEPING HATI YANG SUCI
BIARLAH MEREKA SALAH MENILAIMU,
KERANA HANYA ALLAH YANG LAYAK MENGHAKIMI DIRIMU






Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

3 comments:

  1. Jangan bersedih... Allah selalu ada utk hambanya... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..walaupun semua org tiada di sisi kita tapi ALLAH akan sentiasa ada utk kita dlm waktu suka ataupun duka :)

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...