Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 10 October 2012

Tak Mengapa

Tak mengapa kalau aku bukan pilihan hatimu,
tak mengapa kalau aku cuma sebagai penghiburmu,
tak mengapa juga jika aku hanya sekadar teman tika waktu sepimu...

bukan kerana aku mahu begitu,
bukan juga kerana aku tak pernah menyayangimu,
tetapi saat berlabuhnya tirai malam itu,
hatiku seakan berbicara kepadaku,
mindaku mencerna setiap bait kata-katamu,
dengan sepenuh hati walau tidak ku nafikan terselit jua rasa pilu,
air mata juga tanpa segan silu asyik bertamu..
terselit kemas rasanya di relung hatiku,
pabila malam itu,
kau katakan padaku,
bukan mudah melupakan masa lalu,
apatah lagi apabila dia masih lagi ratu di hatimu,
bukan mudah melupakan kenangan dulu,
tatkala hatimu berdendang irama rindu,
saat kau masih berharap dia menjadi milikmu...

tidak mengapa kalau bukan aku menjadi pilihan hatimu,
tidak mengapa arjunaku,
kerana aku tahu,
walau sehebat mana aku layarkan bahtera rindu,
pasti aku akan tetap karam di lautan kasihmu,
kerana aku cumalah aku,
usahlah bermimpi menjadi ratu...

Nukilan | Sya Muncit |


Kini kau tiada, senafas pun ku perlu mencuba,
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga,
Bersendiri hidup umpama hilang erti,
Bagaimanakah meneruskan hayat ini..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...