Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 15 November 2012

Aku Tak Mahu



Saat kau ungkapkan rahsia pada malam itu
bahawa mereka masih berharap pada pertalian itu,
hati ini terlalu terluka,
hingga tiada kata yang mampu mengungkapkannya,
mengapa aku kau jadikan boneka..
mengapa??

kini...
Telah aku mengerti bahawa kau tak mencintaiku,
tapi mengapa engkau begitu prihatin tentang diriku,
telah aku tahu yang kau tak menyayangiku,
namun mengapa kau terlalu berbaik dengan diriku...

Aku tak mahu hati ini terlalu dibuai dengan indahnya perasaan,
perasaan yang tak kan pernah jadi kenyataan,
ku mohon janganlah engkau terus memberiku harapan,
sedangkan pada dasarnya engkau berniat mahu memutuskan...

Aku juga tak mahu salah mentafsirkan,
kerana aku bimbang hati ini pasti tak tertahan menanggung kelukaan,
usahlah engkau tegar mahu memberi perhatian,
sedangkan hatimu tiada walau sekelumit pun perasaan...

Cukup-cukuplah engkau menipu hati ini,
menjanjikan bulan bintang yang tak kan mampu untuk digapai,
cukup-cukuplah engkau memainkan hati,
kerana bimbang akan memakan dirimu sendiri...

| Sya Muncit |

Usah bermain rasa jika hanya menduga,

nanti tersentuh hati, pedih menyiksa diri...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. Hidup jangan terlalu berharap sangat yang seseorang tu akan suka kita balik, bukan semudah tu. Tak semua orang yang kita suka akan suka kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..itulah kenyataan hidup.. tetapi semuanya pasti berubah jika tiada yang memberi harapan...apatah lagi harapan yang palsu. usah berpura-pura dalam kehidupan kerana ia adalh racun kebahagiaan. :)

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...