Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 29 November 2012

Kita Semakin Jauh



Semakin jauh rasanya kita,
terlalu jauh daripada kehidupan lama,
engkau dengan dia,
aku dengan mereka,
masing-masing bagai kehilangan punca...

semakin jauh rasanya kita,
walau kita tetap bersama di dunia nyata,
tapi hakikatnya jiwa kita semakin hilang akrabnya,
senyuman kita semakin pudar warnanya,
erat tangan kita,
tak mampu lagi berganding bersama...

semakin jauh rasanya kita,
duniamu hanya ada dirinya,
aku umpama tercampak di alam maya,
yang hanya mampu melihatmu tanpa bersuara,
tak tahu di mana silapnya,
tak tahu di mana salahnya..

semakin jauh rasanya kita,
saat kau ciptakan jarak antara kita,
hati ini bagaikan ditusuk sembilu bisa,
saat kau bicara pada dunia,
buruknya aku, baiknya dia,
sungguh hati ini terlalu terluka...

Namun tak mengapa,
tika ini kau sedang bahagia,
ku harap ianya kekal buat selamanya,
tapi satu sahaja yang aku pinta,
bunga yang mekar pasti kan layu jua,
air yang pasang pasti ada surutnya,
jadi persiapkanlah hati menempuhi ujian-NYA,
kerana aku tak mahu kau leka dengan nikmat dunia,
hingga kau lupa pada mereka,
mereka yang ada menemanimu sebelum dia..

| Sya Muncit |

PERNAHKAH KAU MERASA, JARAK ANTARA KITA,

KINI SEMAKIN TERASA, SETELAH KAU KENAL DIA

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

6 comments:

  1. beta turut merasai kehilangan sahabat itu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakanlah semoga semuanya baik2 sahaja :)

      Delete
  2. Replies
    1. mek ya!!! :)
      small matter jek dgn kwn2 kat sini..don't worry.. saranghae..hehee

      Delete
  3. be strong.. even nangis byk2 pon... hope we can be fren.. =)

    ReplyDelete
  4. insyaALLAH..trying to be strong is a good solution right.. :).. hehehe.. mestilah boleh bersahabat :)

    ReplyDelete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...