Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 2 November 2012

Sahabat Penipu


Tak sangka selama persahabatan yang terjalin dulu rupa-rupanya penuh dusta,
tak tahu apa sebenar rahsia yang dia cipta,
tak tahu juga apa sebenarnya yang tersirat disebalik setiap kata-kata..
pernah dulu aku di soal mengapa terlalu percaya,
pernah jua aku dimarahi kerana begitu leka,
namun saat itu telah sepenuhnya aku meletakkan dia di tempat istimewa,
telah aku yakin dengan ketulusan hatinya,
tapi sayangnya aku cumalah boneka,
aku hanya alat untuk hiburan dirinya,
huluran persahabatan itu ternyata dusta semata,

Buatmu insan yang ku gelar sahabat,
tahniah di atas watakmu yang sangat hebat,
walaupun tiada anugerah untukku nobat,
tapi sungguh kau memang hebat..
cuma satu pesananku..

"..penipuan itu tetap penipuan. tutuplah dengan seribu kebaikan,
tutuplah ia dengan sepenuh dayamu,
TETAPI dengan Kuasa Yang Maha Esa,
cepat atau lambat,kebenaran akan teserlah jua akhirnya.."

aku tak mahu bertanya kepadamu,
kerana aku tahu kau kan tegar menafikannya,
jauh sekali memohon maaf kepadaku,
sungguh hati ini tersayat pilu dek perbuatanmu,
tapi aku akan menganggap ini ujian ALLAH kepadaku,
kerana DIA amat sayang kepadaku..

berterus teranglah sahabat,
ciptakan semula kemesraan itu,
eratkan semula ukhuwah kita,
sebelum ajal menjemput tiba,
dan sebelum kita disoal pula di sana...

| Sya Muncit |


i hate myself for trusting you and i hate myself for calling you "bestfriend"

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. Saya pun biasa ditipu oleh sahabat karib sendiri. Bila susah kita yg dicari tapi bila senang kita dilupakan. Ada kawan baru, kita dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga anda mampu menghadapinya dgn tabah. cubalah berterus terang tentang keadaan sebenarnya. pernah jugak sya dituduh sebegitu oleh seorg sahabat, tapi sebenarnya itu bukanlah hakikatnya. cuma masing2 salah faham..biasalah sahabat baik,pasti mudah terasa hati..lagi2 bila berjauhan.. cuma terkilan bila dituduh yg bukan2. sya doakan semoga awk dan dia akan jauh dari sengketa, jgn jadi mcm sya yg dah tak mampu buat apa2....nasihat sya.. kdg2 kita rasa kita banyak buat baik dgn org, tak ada buat salah..tapi mungkin yg sebaliknya terjadi..jadi,ikhlaskanlah diri kerana ALLAH..pasti DIA kan membalasnya dgn indah :) keep calm and smile :)

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...