Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 31 January 2013

31 Januari

Aizal edit untuk Sya. Meow tu comel :)
Alhamdulillah..
syukur sebab bertambah lagi umur setahun sekarang..
dah jadik 21 ( tapi baby face lagi taw..hehehe )..
umur dah bertambah tapi perangai tak tahu lah dah berubah ke tak.. hihihi..
ermm..ulang tahun kelahiran kali ni,
rasa bertuah sangat sebab ramai kawan-kawan yang ada di sisi walaupun ada juga yang telah tiada di sisi lagi,
ramai yang wish dengan call, mesej, facebook, twitter,
thanks sangat2 sebab ingat hari yang special buat Sya.
Semoga ALLAH kan merahmati kalian juga sepertimana kalian mendoakan Sya.

_______________________________________________________________________________

Buat Aizal,
thanks sebab jadi orang pertama yang wish besday Sya..
" Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,
diberi keberkatan dan kerahmatan hidup,
gembira di samping keluarga dan insan tersayang,
Semoga terus cantik dan comel disertai dengan kecantikan iman dan kecomelan akhlak.
 moga berjaya dunia dan akhirat &
jgn lupakan sy "

Buat Mak Tanjung a.k.a Zira,
orang kedua yang wish,
terima kasih sebab wish menggunakan semua medium,
telefon, facebook, twitter..
Sya betul2 tersentuh.. :)
" Selamat hari lahir kakak Melur a.k.a Roshadah Md Nor yg ke-21..
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,
semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat,
sayang sangat2 kat Muncit dan rindu nak gaduh2 weyh..
selalu doakan yang baik2 buat Sya.."
add on : dari azira & azhar
(peeeewitttttt)

Buat Kyra,
sahabat yang Sya sayang,
terima kasih sebab ingat besday Sya,
tak mcm Sya..pengsan bila besday Kyra..tak leh nk wish awal2..
huhhuhu..
" Selamat hari tua Nek,
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,
semoga segala impian berjaya berada di genggaman,
hadiah celebrate semua tuntut nanti ehh,
jauh sangat nk fly "

Buat adik Pekan a.k.a Ijat,
terima kasih sebab nyanyi tanpa suara tu yer
hehehe..
" sengil chuka hamnida~
sengil chuka hamnida~
sarang hanul kakak melur si...
sengil chuka hamnida..
hahahahha
hepi besday Sya..
*nak call nyanyi takda credit..mesej je la
yang mampu*.. "

Buat alin,
terima kasih sebab tak pernah miss wish besday Sya setiap tahun,
terima kasih sebab selalu ada untuk Sya,
" just remembering all the great time we spent together bring a smile to mylips,
if i've been impolite, annoying, unhappy and ungrateful towards you,
i'm here to tell you that you are going to get more of me the coming year..
wishing you a very happy birthday shadah.. i love you! "

Buat Nelaveni,
my first Indian Friend :)
thanks sebab ingat lagi besday Sya..
" wishing you many more happiness Sya,
enjoy your day "

Buat ex-roomate Sya,
Ain..
thanks jugak and sorry hari tu wish besday Ain,
sehari awal..hehehehehe..
"yeobo ya.. saengil chuka hamnida 21 "

Buat Nong Nit,
terima kasih sebab setiap tahun tak pernah miss wish untuk Sya,
bila lagi nak ajar bahasa Thai kat Sya?? hehehe.. :)
"..hepy besday Shadah.. hepi2 selalu yer..
semoga berjaya dunia dan akhirat.. "

Buat Afiq,
terima kasih sebab selalu bagi semangat kat Sya,
terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk Sya..
"..Selamat Hari jadi..
semoga besday kali ni Sya dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan sentiasa disayangi,
semoga sukses selalu,
selamat ulang tahun.."

Buat Mek Ya a.k.a Nurul Nadia,
rindu nak celebrate besday kat Merbok..
huhuhu..
"..Officially 21 Years Old! 
have a great life dear, May ALLAH ease your way to Jannah,
success always now and also hereafter in no matter what position..
aminn..mmmuahh! selamat hari lahir sahabat.."

Buat eja,
kawan Sya yang paling comel..
terima kasih jugak sebab ingat besday Sya sampai sekrang :)
" Salam..oit2..hepy besday.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
don't forget me.. Fren 4Ever taw.. "

Buat Opy,
thanks untuk birthday wish pagi2 buta untuk Sya :)
"..Morning..happy 21st birthday Sya, semoga panjang umur, murah rezeki,
berjaya dalam hidup and will meet your Prince..
takmo sedih2 teringat Prince lama dah..Move on! :).."

Dan buat Si kecik..
Wami a.ka Nazatul Syazwani ,
terima kasih lah sebab kenekan Sya dengan mesej drpd nombor yang Sya tak kenal,
" Hepi besday Sya sayang.. sampai hati awak lupakan saya dan buang saya dari hidup awak.."
phewww..!!
terkejut monyet Sya..ingatkan Ex-boypren..
hahaha!!
terima kasih kerana menceriakan Sya.

Buat Nombor2 yang tak dikenali,
terima kasih jugak sebab wish,
anda mungkin kawan2 terdekat Sya yang selalu mendoakan Sya..
walaupun Sya tak tahu siapa..
tapi semoga ALLAH memberkati kalian semua :)

Buat Kawan2 Facebook yang sangat prihatin,
terima kasih untuk setiap wish tu ea..
kawan2 tadika, sekolah rendah, sekolah menengah,
kawan2 asasi merbok, uitm shah alam,
( tak dapat nak sebut semua nama kat sini )
sepupu-sepupu Sya,
dan paling penting FAMILY sya..
( bajet cam artis dapat award lak kan..hahaha.. peduli hape.. setahun sekali kot.. :P )

Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan Sya dan kejayaan untuk Sya di dunia dan akhirat,
semoga kita sama-sama berjaya ea..walaupun hanya dengan dua patah perkataan "happy Birthday"
sudah cukup buat Sya rasa gembira kerana kalian masih mengingati Sya..
mohon ampun andai pernah Sya melukakan hati semua..


Thanks seorang sahabat facebook yg kasi gambar ni
:)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 28 January 2013

Buat Mereka

Andai suatu saat nanti,
bibir ini tak mampu menuturkan lagi sebarang kata,
ku mohon sampaikanlah salam kerinduanku
buat mereka yang aku cinta...
Andai suatu masa nanti,
saat jasadku diusung pergi,
ku mohon agar Tuhan kan selalu menjaga
mereka yang sangat aku kasihi,
yang sangat aku cintai...
Ampunkan daku bonda,
saat bicaraku mengiris hatimu,
saat diri ini mengguris perasaanmu,
ampunkan daku wahai ayahanda,
jika pernah diri ini ingkar nasihatmu,
jika selalu diri ini lantang melawan amarahmu..
ampunkan daku juga wahai cinta,
kerana aku tak mampu menjadi milikmu lagi,
kehidupan kita telah terhenti di sini...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 24 January 2013

Rasa Yang telah Pergi


Pernah dulu ku tanyakan cinta,
namun kau hanya membisu tanpa bicara,
lalu aku pergi tanpa menolehmu lagi,
kerana ku tahu hati ini bakal hancur jika masih menanti..
seiringnya waktu bergulir,
hari berganti hari dan musim berganti musim,
rasa hati ini turut sama telah pergi,
warna hati yang dahulunya bak pelangi,
kini tak lagi indah mahupun berseri...

ku terus melangkah walau rasa hati kian parah,
ku terus berjalan walau luka itu menyakitkan,
namun perlahan-lahan, telah berjaya aku hapuskan,
suatu perasaan yang tak kan jadi kenyataan...

Namun kini dirimu kembali semula,
bertanyakan kisah hati yang telah terhapus sekian lama,
setelah lama kita terpisah,
kini kau hadir lagi membangkitkan resah..

hanya maaf mampu ku pohon darimu,
aku tak mahu membuka kembali memori itu,
kerana bimbang hati ini kan bertambah pilu,
pergilah engkau terus berlalu,
usah berharap kita kan kembali bersatu...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 20 January 2013

Aku Masih di Sini

Aku masih di sini,
menanti kalau kalau masih ada sisa semalam,
untuk ku kecapi rasa manisnya,
biarpun rasanya mungkin tak semanis dahulu..

Aku masih di sini,
menunggu andainya ada serpihan kenangan,
yang mampu mengukir senyuman di bibir ini,
biarpun senyuman ini mungkin tidak semekar dahulu...

Aku masih di sini,
tetap di sini dan pasti akan terus di sini,
silakanlah dirimu berlalu,
andai tak mahu melihat aku begini,
kerana aku tak kan pernah berhenti menaruh harapan...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Friday, 11 January 2013

Buat Sebaris Nama

Buat sebaris nama yang berlabuh di dasar jiwa,
aku mohon agar kau baik-baik sahaja,
aku mohon kau kan selalu di bawah lindungan-NYA,
serta bahagia selalu di sana,
maaf kerana diri ini tak mampu berbuat apa-apa..

Buat sebaris nama yang ku abadikan dalam hatiku,
ku harap agar kau fahami isi hatiku,
kerana hati ini kadang tak mampu menanggung rindu,
hati ini kadang terlalu pilu tanpa kehadiranmu,
ku mohon hargailah ia walau sekadar umpama angin yang berlalu...

Buat sebaris nama yang bertahta di sanubariku,
ya itu cuma dulu,
bukan lagi pada saat bila kau meninggalkanku,
bukan lagi pada saat kau mengkhianatiku,
ternyata dalam letak hatimu itu bukan aku yang terukir kemas di situ...
terlalu angkuh dirimu,
tanpa pesanan dan alasan teganya kau berlalu,
terlalu sombong rasanya dirimu,
melukai hatiku tanpa sedikitpun menoleh untuk melihat penderitaanku...

Buat sebaris nama itu,
semoga kau bahagia selalu tanpa adanya aku di sisimu,
kerana aku percaya,
inilah saatnya aku melepaskan dirimu,
melepaskanmu jauh dari ruang hati ini...

| Sya Muncit |


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...