Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 11 January 2013

Buat Sebaris Nama

Buat sebaris nama yang berlabuh di dasar jiwa,
aku mohon agar kau baik-baik sahaja,
aku mohon kau kan selalu di bawah lindungan-NYA,
serta bahagia selalu di sana,
maaf kerana diri ini tak mampu berbuat apa-apa..

Buat sebaris nama yang ku abadikan dalam hatiku,
ku harap agar kau fahami isi hatiku,
kerana hati ini kadang tak mampu menanggung rindu,
hati ini kadang terlalu pilu tanpa kehadiranmu,
ku mohon hargailah ia walau sekadar umpama angin yang berlalu...

Buat sebaris nama yang bertahta di sanubariku,
ya itu cuma dulu,
bukan lagi pada saat bila kau meninggalkanku,
bukan lagi pada saat kau mengkhianatiku,
ternyata dalam letak hatimu itu bukan aku yang terukir kemas di situ...
terlalu angkuh dirimu,
tanpa pesanan dan alasan teganya kau berlalu,
terlalu sombong rasanya dirimu,
melukai hatiku tanpa sedikitpun menoleh untuk melihat penderitaanku...

Buat sebaris nama itu,
semoga kau bahagia selalu tanpa adanya aku di sisimu,
kerana aku percaya,
inilah saatnya aku melepaskan dirimu,
melepaskanmu jauh dari ruang hati ini...

| Sya Muncit |


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...