Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 24 January 2013

Rasa Yang telah Pergi


Pernah dulu ku tanyakan cinta,
namun kau hanya membisu tanpa bicara,
lalu aku pergi tanpa menolehmu lagi,
kerana ku tahu hati ini bakal hancur jika masih menanti..
seiringnya waktu bergulir,
hari berganti hari dan musim berganti musim,
rasa hati ini turut sama telah pergi,
warna hati yang dahulunya bak pelangi,
kini tak lagi indah mahupun berseri...

ku terus melangkah walau rasa hati kian parah,
ku terus berjalan walau luka itu menyakitkan,
namun perlahan-lahan, telah berjaya aku hapuskan,
suatu perasaan yang tak kan jadi kenyataan...

Namun kini dirimu kembali semula,
bertanyakan kisah hati yang telah terhapus sekian lama,
setelah lama kita terpisah,
kini kau hadir lagi membangkitkan resah..

hanya maaf mampu ku pohon darimu,
aku tak mahu membuka kembali memori itu,
kerana bimbang hati ini kan bertambah pilu,
pergilah engkau terus berlalu,
usah berharap kita kan kembali bersatu...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...