Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 3 February 2013

Bersyukurlah

Sejak akhir-akhir ni, rasa sedih asyik bertandang..
Sya tak jemput pun rasa ni tapi sibuk jugak bagi salam nak masuk dalam hati..
nak tak nak, kena lah jawab salam jugak.. maklumlah jawab salam kan wajib :)

"..masuklah duhai rasa sedih..hati ini sedia menerimamu.."

Kadang-kadang manusia ni hati tak pernah bersih,
selalu lalai dan leka daripada mengingati ALLAH,
mungkin sebab tu ALLAH sengaja mahu 'memanggil' kita semula untuk selalu dekat dengan-NYA
dengan cara menghadirkan rasa sedih dan kecewa dalam diri kita.
Ya ALLAH..
berdosanya kita..hanya ingat DIA tatkala kita sedih dan terluka..
di mana kita letak DIA saat kita bergembira dan ketawa?
lupakah kita bahawa itu semua adalah nikmat-NYA?
berdosanya Sya...

"..Ya ALLAH, bimbinglah daku ke jalan-MU yang benar.."

Terima kasih Ya ALLAH sebab hadirkan dugaan melalui kawan-kawan Sya,
terima kasih buat mereka yang sering menjatuhkan Sya sebab anda mengajar Sya untuk bangun,
terima kasih kerana melukakan Sya kerana anda mengajar Sya untuk sembuh semula,
terima kasih kerana mengkhianati Sya kerana anda mengajar supaya Sya kenal erti setia,
terima kasih kerana kerana membuat air mata ini mengalir kerana anda mengajar Sya bahawa bernilainya setitis air mata...

Setiap apa yang terjadi, Sya yakin..kita seharusnya sentiasa bersyukur kepada-NYA, sentiasa bersangka baik kepada-NYA, kerana DIA sayang akan hamba-NYA.. bagi Sya, lebih baik kita berada di jalan-NYA dengan deraian air mata daripada gembira tanpa mengira masa sedangkan kita sudah jauh dari Rahmat-NYA..

BERSYUKURLAH SAHABAT :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...