Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 12 February 2013

Jom Tanam Jagung

Hye semua, hari ni Sya nak cerita aktiviti yang Sya buat masa cuti semester di kampung..
aktiviti apa?? cakap Orang Kampung, tak kan aktiviti dinner kat hotel, parti kat mall atau bercuti kat luar negara kot.. ala..mesti dah taw kan sebab baca tajuk entry kat atas tu .. aktiviti TANAM JAGUNG.
kalau nak tahu, dalam kampung Sya, Jagung merupakan salah satu tanaman utama jugak lah yang akan ditanam oleh orang kampung selain tanaman cili dan sayur-syuran lain. So, hari tu dah cerita pasal menuai padi kan.. bila padi dah habis dituai dalam sawah tu, sawah akan dibuat batas pulak untuk tanam jagung.

Meh sya nak cerita langkah2 nak tanam jagung.. mana taw korang nak tanam kat sebelah rumah ker, kat dalam pasu ker, tak pun kat laman kolej Melati..nanti boleh rebus jagung kan, FREE ajew..kihkihkih..

Mula2 of course laa kena ada benih kan..kalau tak macam mana nak tanam? lepas ada benih, kena laa ada ada bekas semaian atau pun TRAY semaian dan jugak tanah dia. tak kan laa benih tu nak tumbuh sendiri tanpa tanah.. macam manusia jugak..saling memerlukan antara satu sama lain..*eh! lebih pulak kan*.

Tray / Bekas semaian

Ni benih jagung GIANT
Benih Jagung

Tanah Semaian
Mula-mula kena lah isi tanah dalam tray dulu kan sebelum letak biji benih tu. Letak tanah macam gambar kat atas ni.. hahaha..



Lepas dah letak tanah, ambil benih dan susun dua-dua bjik benih bagi setiap lubang tray tu taw. 



Susun cantik2 yer kawan-kawan, biar kemas, tersusun, teratur dan rapi gitu..hahah.. *main-main jek*



Lepas dah susun benih tu, tak kan nak biar timbul mcm tu plak kan.. kena lah main tekan-tekan bagi masuk dalam tanah pulak.. ala, macam gambar kat atas ni lah.. hahaha :p



Okey, ni gambar benih yang telah disemai selepas 4 hari..btw, jangan lupa siram pulak benih-benih ni taw.. nanti tak tumbuh anak jagung korang..huhuhu..


Hari ke- 5


Hari ke- 6


Hari ke- 7

Hari ke- 8

Hari ke- 9


Hari ke- 10

Hari ke 11
Okey, hari ke 11 atau 12..anak pokok jagung dah cukup matang untuk diabadikan dalam tanah.. phewww..diabadikan gittu..hahaha.. DITANAM lah :)


Muncit Comel :P

Apa lagi yang ditunggu?? jom lah tanam jagung... dan bersiap sedialah bagi orang yang jarang buat kerja macam Sya untuk sakit pinggang, lenguh tangan dan kejang kaki.. penat wooo tanam jagung. *pelik kenapa mak, mak su, mak njang, mak ngah Sya semua rilek jew tanam walaupun dah berumur*


Anak pokok jagung yang dah selamat diabadikan :)





Selepas ditanam, mestilah ada penjagaan-penjagaan lain lagi seperti letak baja, semburan vitamin dan lain-lain lagi. tapi maaf lah yer, tak dapat nak diceritakan dengan lebih lanjut sebab cuti semester dah nak berakhir dan tak sempat nak tengok anak-anak jagung ni membesar. *paling suka bila anak jagung separas lutut, cantik.. :) *


Sampai sini jew lah nak membebel hari ni.. sebab dah takda idea nak tulis apa kat blog yang dah bersawang dan berdebu yang suci ni. Moga kawan-kawan yang tengah bercuti semester pandai memanfaatkan baki cuti yang tinggal sedikit jew lagi ni..huhuhu.. take care love! :)

Lewat petang di kampung :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. Oh ho ho..gitu alkisah tanam jagung. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman berguna ni.

    ReplyDelete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...