Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Friday, 1 February 2013

Musim Menuai Padi


hye semua..sihat ker?? hihihi..
harap-harap korang sume bertambah GEMOK yer.. 
sebab Sya tak nak gemok sorang-sorang.. hahaha :P
hari ni Sya nak mengimbau memori sikit yer.
bukan apa, bila cuti semester kali ni jatuh pada musim menuai padi,
teringat pulak zaman kecik2 dulu dengan sepupu-sepupu Sya kat kampung.
syoknyaaaa mainn!!! ^_^

Tengok padi belakang Qisya..belum masak lagi time ni.


Budak kecik comey :)
Padi yang belum masak masa cuti study week hari tu :)

Nie la tempat Sya selalu pegi mengail ikan puyu :)

Okey, memandangkan Sya ni anak orang kampung ( cer nyanyi lagu anak kampung sket..hahaha ),
membesar pun dalam suasana kampung yang jauh di utara tanah air.. KEDAH DARUL AMAN.. :)
rasanya bila kecik2 dulu, musim menuai lah yang paling ditunggu-tunggu oleh budak2 yang suka main macam Sya ni sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan..hihihi..

1-TANGKAP BELALANG
-Bila musim menuai dan mesin padi tengah ambik padi, memang banyak sangat belalang yang lompat2 merata2 sebab padi mesin tengah ambik padi.. kalau belalang tu tak lari memang arwah la dia kan..huhu.. kenapa tangkap belalang ni?? buat masak makan tengah hari lah.. makan dengan kicap MAJU..memang sedap sangat2.. hahahaha..tipu jek! belalang yang dah di tangkap ni sebenarnya guna untuk mengail ikan pulak.. kiranya belalang ni untuk buat umpan lah..



2-MAIN WAU
-Hemm.bila musim menuai ni selalunya memang berangin sangat2.. so sangatlah sesuai main wau kat sawah padi yang dah diambil padinya..senang nak lari sana, lari sini...dulu tak pandai buat wau.. jadi mesti suruh abang Sya yang buat. buat wau simple jek.. Sya panggil wau "kemetek" hahaha :)
tunggu petang jek mesti ramai budak2 main kat sawah tu..kalau wau kita terbang tinggi memang rasa bangga gila.. tapi kalau tak nak terbang..memang rasa mcm nak koyak2 jek wau tu ..haha :P

Wau kemetek tu lebih kurang mcm nie lah.. org panggil layang-layang kan :)
curi gambar ni kat google..kehkehkeh..

3-MAIN KUBU PERANG
-Ni aktiviti yang paling Sya suka main dengan sepupu Sya dulu. memandangkan dulu Sya sorang jer perempuan.. sepupu2 Sya yang sebaya Sya yang lain semuanya lelaki..so main pun kasaQ laa..hahaha..
Kalau siapa yang pernah tengok mesin padi menuai padi tahu lah jerami tu apa. Jerami ni merupakan tangkai padi yang dah dipotong lah kiranya..so, budak2 suka main kumpul jerami ni banyak2 dan buat mcm kubu perang.. seronok buat mcm tu.. boleh berguling2 dalam kubu tu mcm dalam filem hindustan.. hahahah :P
lepas tu mula lah main perang2 bila dah ada kubu masing.. buat2 baling bom.. lepas tu meletup.. buat2 mati.. hahaha.. lawak bila ingat balik..
*tapi budak2 sekarang dah tak main mcm ni dah..rugi lah zaman kanak2 korang..kehkehkeh*

Ni lah rupa jerami padi..
nanti kumpul banyak2..buat kubu :)

copy from Incik Google jugak :)

4-NAIK MESIN PADI
- Bila mesin padi dah berhenti lepas amek padi.. mesti berebut2 nak naik duduk atas mesin padi tu.
seronok sebab besar sangat mesin padi tu..maklumlah dulu kan kecik je Sya ni,
mesti la rasa besar mesin tu kan..hehehe..
Sya mesti naik dengan sepupu sya Mat Kort :)
tapi dulu-dulu henpon tak canggih..kalau tak mesti dah amek gambar
duduk atas mesin padi tu..
jadi model mesin padi.. *Eh!

Nie sawah kat sebelah umah Sya..

Padi dah dituai..

Kuning padi di sawahan,dingin kabus di banjaran,kicauan burung di sudut taman,indah satu ciptaan..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...