Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 13 February 2013

Siddiq


Hye semua.. :)
okey hari ni tiba-tiba tergerak hati nak tulis pasal Penipuan dan Kemaafan,
memandangkan ada cerita disebalik dua patah perkataan ni.. bukan patah seribu okey :p
okey-okey, nak cerita ni, tak nak buang masa lagi,
Lumrah hidup di pentas dunia ni..
semua orang tak kan terlepas daripada menipu, tertipu dan ditipu..
menipu ni pulak boleh terjadi disebabkan beberapa faktor,
sama ada menipu untuk menyelamatkan diri sendiri,
menipu untuk melindungi orang lain,
menipu untuk kepentingan diri sendiri, mahupun
menipu untk memainkan perasaan orang lain.
di mana letak duduknya PENIPUAN korang selama ini?
tepuk dada tanya lah diri sendiri..

Pada yang pernah ditipu, mungkin mereka faham bagaimana perasaannya,
lebih lebih lagi bila yang menipu itu datang dari mulut sahabat yang kita percayai sepenuh hati,
perasaan itu lebih menyakitkan bila penipuannya terbongkar dengan sendiri,
benarlah kata-kata pepatah :

"..penipuan tetap penipuan, tutuplah ia dengan seribu permbohongan sekalipun,
dengan kuasa ALLAH s.w.t KEBENARAN akan terserlah jua akhirnya.."

Lebih menjengkelkan bila orang yang menipu tak mahu berterus terang tentang keadaan yang sebenarnya,
dan asyik mengelak untuk memberitahu kebenaran dengan menggunakan alasan TUTUP BUKU LAMA dan BUKA BUKU BARU. Eh, come on lah..siapa kita hari ini adalah disebakan apa yang kita lakukan di masa lalu.. memang sewajarnya kita melupakan segala kepahitan masa lalu..tapi lupakah kita yang kadangkala, kebenaran itu perlu walaupun telah berabad lama ia terjadi.. seperti kajian tentang sejarah, walaupun telah lama berlaku, sejarawan tak henti-henti membuat kajian untuk mendapatkan kebenaran yang kukuh dan fakta yang tepat kerana tak mahu generasi akan datang hidup dengan fakta yang SALAH dan BOHONG.
begitu juga perhubungan sesama manusia..

Pada yang pernah menipu, berterus teranglah kepada orang yang anda tipu kerana hubungan sesama manusia juga akan di soal di sana kelak. berusaha untuk membetulkan keadaan yang semakin rumit disebabkan penipuan anda dengan sebaik mungkin. Berusaha?? apakah maksud berusaha membetulkan keadaan? bukan setakat memohon maaf atas semua kesilapan dengan menggunakan tiket IKHLAS tapi juga dengan berusaha meyakinkan dan membuat orang yang anda tipu faham mengapa dan kenapa anda berbuat demikian. telah jadi lumrah manusia, ikhlas itu boleh diumpamakan seperti seekor semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang sangat kelam..ianya ada tapi sukar dilihat oleh manusia. Berkata benarlah walaupun kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan kerana itu lebih indah daripada hidup dalam sebuah pembohongan yang sangat MENYAKITKAN.

Berterus teranglah jika dirimu mahu memulihkan kembali sebuah kepercayaan,
nescaya hatimu kan rasa lebih tenang.

terlalu banyak kekurangan pada diri ini..andai pernah hati anda semua terluka dengan Sya,
sejuta maaf Sya pohonkan. Entri ni bukan bertujuan untuk menghukum sesama manusia, cuma sebagai peringatan kepada diri Sya sendiri jugak yang kadangkala lalai dan memandang enteng sebuah penipuan. sekarang Sya sedar yang penipuan ini sebenarnya adalah racun perosak yang mampu memutuskan ikatan persaudaraan. Marilah kita sama-sama mencontohi salah satu sifat yang ada pada Nabi Muhammad SAW , SIDDIQ yang bermaksud BENAR.
Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat PERTAMA yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.

Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya juga benar, yakni seiring dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu bersifat pembohong, penipu dan pendusta.

Semoga sama-sama kita beroleh manfaat..wallahu'alam.

Siapa dia, apa yang dia lakukan, apa dosa yang dia lakukan..
kita tak ada hak untuk menghukum dan menghina dia,
kerana yang memberi dosa pahala adalah ALLAH SWT,
bukan manusia.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. pernah merasai perasaan ditipu sahabat sendiri. pedih dan terluka rasanya bila penipuan dia terbongkar di depan mata.

    ReplyDelete
  2. sabar..itulah caranya berdepan dgn sahabat penipu..

    ReplyDelete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...