Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 11 March 2013

Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa

hacccummmm!! haccummmm!!
banyak habuk pulak kat blog ni yer..hahaha..
erm, okey, rasa macam banyak benda nak diceritakan tapi tak tahu nak mula daripada mana.
okey, nak start dengan pengalaman berkursus Minggu Destini Siswa.. ( 17-21 februari 2013 ).

Mula-mula dapat tawaran untuk menjadi PM Minggu Destini Siswa  ( PM tu bukan perdana Menteri lak..tapi Pemimpin Mahasiswa.) rasa macam berdebar-debar dan sangat takut nak join memandangkan tak ada sorang pun kawan Sya yang dapat.. maksudnya Sya sorang-sorang jer yang akan pergi tanpa kenal siapa-siapa.. phewwww... memandangkan Sya ni susah nak berdikari, so ini Sya anggap sebagai satu permulaan untuk Sya berubah untuk sesuatu yang Positif mungkin.

Kursus kali ni diadakan di uitm Segamat, Johor dan ini adalah tempat pertama yang Sya jejak di Johor sebab Sya tak pernah pergi Johor sebelum ni..  :) Okey, mula2 sampai uitm Johor yang dikenali sebagai kampus Alam semulajadi, rasa sangat excited sebab tempatnya agak cantik dan paling penting sangat bersih. kat sini kami ditempatkan dalam satu kolej ( tak tahu nama apa sebab tak ada signboard ) hihihi.. tapi ini kolej baru. memang cun melecun lah ditambah lagi dengan keluasan bilik yang boleh main bola kat dalam bilik tu. :P




Mengikuti beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus membuatkan Sya sedar yang menjadi seorang pemimpin itu sebenarnya adalah sukar dan sangat memerlukan kesabaran, komitmen, keyakinan dan ketabahan yang tinggi dalam menjalankan tugas. Tapi insyaALLAH perlahan-lahan lah kita belajar jika kita mahu mencapai sesuatu dan yang paling penting niat haruslah ikhlas kerana ALLAH dalam menuntut ilmu..teringat kata2 salah seorang peserta Da'ie yang turut hadir sewaktu kursus..

"sometimes we are so attach to something that actually so detach and sometimes we are too detach with something that actually so attach"



Okey, kawan-kawan sepanjang kursus sangat happening kerana semuanya tak malu2 meow dan sangat sporting. mengenali kawan-kawan yang berbeza fakulti sangat menyeronokkan kerana boleh bertukar-tukar pendapat dan mengenali antara satu sama lain.

Orang pertama yang Sya kenal semasa minggu kursus adalah Fariha atau lebih mesra dikenali sebagai Fiha. sebelum bertolak ke Segamat, Sya bermalam di kolej transit melati dulu. dan bila sampai sudah agak lewat petang, rasa sangat lapar dan kebulur. nak ketuk pintu bilik orang lain tak berani sebab tak kenal lagi. Nak beli makanan kat DC , mana laa bukak lagi sebab tengah cuti sem kot. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu..

"Assalamualaikum..nak pergi keluar makan tak?"

pheww..pucuk dicita ulam mendatang!
so, itulah kawan pertama Sya.. :)



Orang kedua yang Sya kenali adalah roomate Sya di kolej transit..
Syamerra atau lebih mesra dengan panggilan Merra :)
(dia pandai ckp mandarin taw)
berkongsi cerita dengan dia yang dah lebih expert dengan minggu mds sangat mengujakan dan dapat lah Sya mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang akan berlaku sepanjang mds.
muka dia ada iras-iras kawan sekolah sya sebenarnya bila dilihat secara live..kihkihkih..



Semasa dalam perjalanan ke uitm Segamat,
sempat berkenalan jugak dengan senior yang sama fakulti dengan Sya..
Kak Intan & Kak Irah..
mula-mula rasa malu sangat dengan diaorang tapi lama-lama bila dah mula mengenali,
rasa sangat seronok sebab kak intan dan kak Irah sangat kelakar!
tak kering gusi kalau lepak dengan diaorg, ada ja cerita kelakar dan gelagat-gelagat yang mencuit hati..
terima kasih kak Intan dan kak Irah sebab layan adik junior korang yang Gila sorang ni :)
dan membuat kursus MDS menjadi sangat bermakna.


Kak Intan

Kak Irah
Kemudian perkenalan demi perkenalan tercipta dengan mudahnya,
perasaan takut pada awalnya semakin beransur hilang dan digantikan dengan kegembiraan,
rasa sukar yang dirasakan pada awalnya beralih kepada kesenangan..
:)







Ni jek gambar yang boleh kami posing2 dan bergambar sebab sepanjang aktiviti yang berlangsung tak kan sibuk nak bawak kamera dan ambik gambar kan. tapi segala kenangan di uitm Segamat ni tak kan mampu untuk Sya lupakan. terima kasih kepada barisan MPP yang menjaga kami semua dan bagi kami makan 6 kali sehari..( sedap pulak tu ) hew..hew.hew.. halalkan segala ilmu yang telah kalian curahkan. Andai kata tingkah kami mengguris hati anda-anda semua, mohon ampun dan maaf.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...