Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 13 March 2013

Minggu Destini Siswa


Gambar hiasan *Keh Keh Keh :P
Okey, entry sebelum ni dah cerita pasal kursus kan.. sekarang aalah enrty pasal Minggu Destini Siswa itu sendiri. Minggu ni merupakan minggu yang mencabar mental dan fizikal. semasa kursus segala ilmu yang diajar hanyalah teori semata-mata dan sekarang merupakan saatnya semua PM untuk mengaplikasikan dalam menjalankan tugas.

Semua PM telah dibahagikan mengikut biro masing-masing dan bekerja dalam kumpulan. Sya dapat diletakkan dalam biro TUGAS-TUGAS KHAS dan secara umumnya biro Sya akan membantu biro-biro yang lain untuk memudahkan kerja. Menjadi biro TTK tak lah semudah yang disangka kerana SANGAT memerlukan kekuatan FIZIKAL dan mental.. yelah..sebab kena angkat barang berat2 weh.. Dan buat pertama kalinya Sya dapat pengalaman naik lori uitm untuk pergi ambil buku-buku untuk student baru dan makanan untuk PM sepanjang MDS berlangsung. terasa lenguh segala sendi tapi dalam masa yang sama rasa teruja..maklumlah first timer.. hahaha..

Ahli-ahli group sya ialah Tango, Alif, Karim, Kimi, Joe, Merra, Syera, Qist, kak Alifah, dan Peja. Mula-mula agak malu-malu untuk kerja dengan diaorg tapi Alhamdulillah segalanya mampu Sya atasi sebab kami bekerja bagai sebuah keluarga..dan diaorang semua sangat sporting..suka buat lawak.. :)

Hari pertama bekerja bersama-sama :)
Semua orang teruja buat benda ni..hahaha..

TTK Family bersama MPP kami.. NANA :)
SYAZWAN  (TANGO)
mula-mula kenal dia adalah semasa pembahagian biro.
orangnya nampak matang dan cuba melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin..
sebab masa mula-mula dalam group, dia yang banyak briefing macam mana nak buat kerja dan apa tugasan sebenar TTK memandangkan dia dah pernah join MDS sebelum ni.
kerja jadi lebih mudah sebab dia tahu di mana kami semua perlu mendapatkan barang-barang. Tapi Sya perasan satu pasal dia.. tango seorang yang lembut hati sebab bila ada perkara melibatkan kawan-kawan sendiri, dia mudah jadi sebak dan terusik hati dia. mudah menerima teguran walaupun anak buah yang tegur kesalahan dia. :)

KARIM
Okey..mula-mula masa kat Segamat Sya perasan yang budak ni mcm pemalu jek.. diam semacam jek.. Yelah time orang tengah dengar apa yang orang lain cakap, dia duduk kat belakang Alif jek..macam tak nak involve.. salah sebenarnya tu.. DIA DENGAR cuma malu2 meow.. *Puiiii la weyhhh* hahaha.. Nampak macam lembut tapi sebenarnya seorang yang tegas dan pemerhati yang baik.. paling tak boleh blah, mamat ni suka buat2 tacink..hahaha.. comel kot.. lepas tu siap cakap lagi.. " aku tengok korang stress, aku lagi stress" hahaha..sengal..!!

ALIF
Sekali tengok macam ustaz..sebab janggut panjang kot.. kah kah kah.. Mula-mula serius Sya rasa takut dengan dia sebab dia macam susah nak senyum kot.. kadang-kadang terdetik dalam hati.. "mamat ni dah kenapa? lempang kang.." :P hahaha.. tapi sebenarnya dia seorang sahabat yang baik.. teringat peristiwa pergi PD untuk sukarelawan tu, Sya ada laa masalah sikit and rasa sedih..tapi dia cuba sabarkan dan cakap benda-benda yang positif supaya tak stress sangat. ( nampak kecil tapi sangat bermakna untuk sya ) terima kasih sahabat untuk perhatian itu..

JOE
Ni mamat yang paling sengal.. puii la.. boleh pulak mengaku Sya bini dia.. hahaha.. memang cari nahas lah.. bagitaw gurpren dia baru taw nanti kan. Dia suka bergaduh dengan Qist dan cari pasal dengan Sya.. tak habis2 nak panggil Sya TEMBAM.. tapi sebenarnya dia baik. Walau macam mana pun, dia rajin buat kerja dan tak pernah nak cakap bukan-bukan pasal orang lain. karakter yang paling menyerlah pada dia mestilah FUNNY. ada jek benda yang nak dijadikan isu bila hang out sama-sama..memang tak kan rasa bosan punya lah..hahaha..

KIMI
apa ekk nak cakap pasal kimi?? HAHAHA :P
erm..mula-mula kenal kimi masa kat Segamat, Sya takda masalah sangat sebab kimi suka senyum.. so Sya takda masalah lah.. senang nak rapat dan bergaul. tapi kadang-kadang takut jugak dengan kimi sebab dia macam big brother.. hihihi.. Tapi bila dah lama-lama kenal rupanya dia lagi GILA daripada yang lain.. ada jew lah benda sempoi yang nak dicakapkan.. memang tak boleh blah arr kalau merepek dengan dia.. kang macam2 idea yang keluar :)

MERRA
Roomate Sya masa kat Kolej..
orang yang Sya banyak tanya pasal MDS..
orangnya kecik aje dan comel.. budak Puncak Alam.
mula-mula kenal merra rasa macam mudah jek rapat..mungkin sebab Sya suka cara dia yang bersopan santun tu.. TAPI bila dah kenal.. boleh tahan gila jugak dia ni.. hahaha
benda paling kami suka buat ialah makan makanan VIP.. sedapp wooo..
pantang biro makanan panggil, laju jek tarik tangan nak pergi makan,, :D

QISTINA
Sya mula-mula kenal qist sebab dia roomate Sya kat Segamat..
gila boleh tahan garang muka dia..kadang-kadang takut jugak sebab takut kena marah..hahaha..
masa kat Segamat tak rapat sangat tapi masih boleh bertegur mesra..
tapi lepas jadi ahli biro yang sama, terus rasa rapat dan semua benda nak buat sama-sama.
sepanjang minggu MDS ni memang asyik guna kereta Qist lah nak gerak pergi mana-mana ( termasuklah makan malam tu ) . terima kasih Qist..
Qist ni sebenarnya nampak je garang tapi dia sangat prihatin tentang kawan-kawan yang lain.
paling sengal ialah, dia ni suka menyanyi kuat2 bila dalam kereta ker, time jalan nak pergi dewan ker.. hahaha.. ( lagu uitm lak tu ).

PEJA
Peja seorang yang happy go lucky.. campak lah dia kat mana pun, dia okey jek.. 
Sya rasa peja cantik dan sangat matang dalam pergaulan. Bab buat kerja dia okey jek..cakap jew bila dan nak buat apa. pendek kata memang komited lah dengan tugas dia.. tapi bila hangout sama-sama, memang laa terkejut dengar peja gelak.. hahaha.. comel kot.. mula-mula kenal dia rasa selesa aje sebab dia suka senyum dan nampak sangat manja.. :)

SYERA
Sangat pendiam sampai si KARIM selalu lupa kat syera.. hahaha.. ( kuang hajoo punya Karim ).
syera rajin kot buat keja.. setiap kali ada program apa-apa, awal jek dia turun dan involve. walaupun pendiam, tapi Syera sangat mementingkan persahabatan.. kalau tak nampak muka Sya mesti dia cakap rindu... kan?? kan?? kan?? (CEPAT MENGAKU! ) hahaha.. 

KAK ALIFAH
Kak alifah sangat matang..alim orangya.. selalu lah bagi nasihat kat kami semua yang adik-adik mentah ni. setiap apa yang dia cakap, selalu mudah je masuk kat hati Sya. mungkin sebab gaya bahasa yang digunakan sangat lembut dan sopan. walaupun kalau ada orang buat salah, cara kak alifah tegur memang antara yang paling sopan lah.. Sya memang respect ahh dengan dia. bukan senang kot nak jumpa orang macam ni sebab kadang-kadang orang yang alim ni, ada yang tak pandai nak menegur dengan cara yang baik. THUMBS up! :D


Syera, Alif, Peja
Joe, Kimi, Qist, Karim

Biro-biro lain pun sangat rajin dan cekap membuat kerja diaorg tapi Sya tak mampu lah nak ceritakan satu per satu. yang pastinya semua ada tanggungjawab masing-masing. Dulu-dulu masa minggu orientasi, Sya rasa kakak-kakak PM sangat kejam sebab garang dan semua benda nak cepat tapi lepas diri sendiri jadi PM barulah Sya faham kenapa kena buat mcm tu dan kenapa kena jadi garang. buat adik-adik yang baru, percayalah..semua yang kami lakukan adalah untuk kebaikan adik-adik jugak.


Pengarah Program , MPP alan :)
sweet tak?? hahaha..
YDP MPP..
saudara Azraful Azman


MPP my fac.. Amir Fiqri :)

Sya paling suka buat kerja sewaktu menyambut ketibaan adik-adik baru kat padang kawad dengan family diaorg..teringat pulak masa mak ayah hantar datang Shah Alam dulu..macam tu lah keadaannya. menyapa mereka dengan senyuman dan tutur yang mesra ternyata mampu menenangkan hati dan jiwa kita sendiri. Walaupun tengah hari dan sangat panas sampai terbakar muka..tapi perasaan seronok tu mengatasi segala-galanya..

Gambar paling pelik i guess.. *muka penat*

Okey, aktiviti senamrobik dengan pelajar-pelajar baru sangat seronok dan boleh mengurangkan banyak LEMAK..tapi serius penat lepas tu sebab Sya rasa macam nak pengsan bila malam tak boleh nak tidor disebabkan terlebih aktif dengan Qist.. hahaha. Qist pun dah meroyan masa senamrobik tu.. we just enjoy the music! :D

POM POM girl..keh keh keh..

Bersama "ADIK" aloq staq.. :D


Bersama biro SuKe,
Kak Intan & Kak Irah 
Hari demi hari berlalu, MDS makin sampai ke penghujungnya..rasa sayang bertamu di hati, air mata tak henti mengalir saat mengenangkan segala memori suka dan duka yang telah diukir bersama. segalanya pasti kan di semat kukuh di sudut hati. kata-kata mungkin tak mampu menggambarkan betapa bermakna sesuatu peristiwa..namun hanya yang menempuhi pengalaman itu bersama yang akan merasai betapa ia begitu berharga.


Shine Bright Like a Diamond Night :)



Last but not least,
khas buat family TTK..
thanks to Tango dan Merra selaku ketua kami
yang susah payah jaga kami yang macam2 perangai.. keh keh keh..
terima kasih alif, karim, kimi,joe, peja, syera, qist, dan kak alifah
sebab banyak bagi tunjuk ajar pada Sya..
terima kasih kerana membuat MDS Sya jadi lebih bermanfaat atas segala nasihat-nasihat yang telah kalian berikan.. seronok kan pengalaman naik lori bersama-sama yang sangat "sejuk" dengan "air-cond"..hahaha..
seronok jugak pengalaman orang tu yang naik lif tapi OVERLOAD.. hahaha..
juga pengalaman pergi melantak nasi ayam tengah-tengah malam..*Kimi belanja* 
buat abang2 TTK terima kasih lah yer sebab buat Sya hepi dan sangat prihatin pasal 'adik' korang yang entah apa-apa ni..
segala kenangan yang telah kita lalui pasti Sya tak kan lupakan..
dan yang paling penting..
semoga ukhuwah kita tak berhenti di sini sahaja tapi insyaALLAH sampai ke Syurga..
Sayonara MDS..
Sayonara PM2 Sekalian..
moga ukhuwah yang terbina kan sentiasa mekar dan diredhai oleh NYA :)















When nails grow, we cut the nails, not our fingers. Similarly, when the misunderstandings grow, we should cut misunderstandings, not the relations.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...