Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 28 April 2013

Mohamad al Adam Hamizan Mohamad al Hafiz


Hye semua..!
Hari ni nak kenalkan buah hati baru Sya.. hehehe.. dah lama dah Sya tunggu dia datang, finally, tanggal 27 April 2013 baru lah dia hadir. Alhamdulillah..rasa bersyukur dan seronok sangat-sangat. tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. haha..over pulak kan.
Actually, kakak Sya dah selamat lahirkan baby boy yang sempurna sifat dan dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah, kakak dan baby kedua-duanya dalam keadaan sihat sahaja :)
tahniah kepada kakak Sya kerana dah jadi seorang yang bergelar ibu.
moga kehadiran baby boy yang comel ni, mampu menceriakan lagi rumah tangga anda dan suami tercinta <3



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 21 April 2013

Kini Aku Sendiri


saat ini satu demi satu cintaku telah pergi,
meninggalkan aku dengan seribu janji yang dimungkiri,
saat ini satu demi satu rinduku terbang melayang,
tinggalkan aku tanpa sebarang kata sayang...

kini aku sendirian tanpa peneman di hati,
cuba mengubat segala duka yang bersarang di hati,
ceritera antara kita yang tiada hujung pada mulanya,
kini telah berakhir dengan kata-kata nista..

rasa rindu kini meratah setiap inci hatiku,
rasa cinta yang tersisa kian merobek halus setiap naluriku,
sepi terasa jiwaku,
begitu sepi bertemankan waktu yang berlalu...

rangkaian aksara cinta kini telah tiada lagi,
untaian bait rindu turut jua hilang menyepi,
hanya jahitan duka yang tinggal teruntai
kerana sulaman kasih telah pun terlerai...

moga kepergianmu, tak kan merubah apa pun dalam hidupku


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Tuesday, 2 April 2013

Diriku

Entah siapa yang salah,
aku juga tak pernah tahu,
mungkin kita sama-sama ego,
dan mungkin juga kerana tak ada siapa yang mahu mengalah..
keegoan ini telah menjadi punca perbalahan,
meratah setiap kemesraan yang pernah ada,
merobek rakus segala kebaikan yang pernah diberikan,
bukan aku sengaja,
tidak jua ku pinta kan jadi begini..
namun di sudut hati yang paling dalam,
aku mengerti,
segala ujian yang datang menimpa,
bukan penyebab untuk aku jatuh,
tapi sebenarnya batu loncatan untuk aku berjaya,
teruskanlah melangkah walau rasa di hati makin parah,
inilah yang aku sentiasa sematkan di hati,
yang telah sebati dalam jiwa dan mungkin jua boleh digelar sebagai azimat hati..
aku sedar, aku cuma rumput yang menutup bumi,
manakan sama sepertimu umpama burung yang terbang dengan megah di awan biru,
namun aku tetap bersyukur,
walaupun aku sentiasa dipijak, dibakar dan dipotong,
namun aku masih setia di sini..
cuba memberikan sesuatu yang tak pernah engkau hargai..

| Sya Muncit |

jadilah seperti rumput, yang diragut lembu, yang dipijak manusia, yang dicantas bila tinggi, yang dibakar bila kering. Rumputlah yang tak diendah manusia, namun sebenarnya dilihat Yang Esa.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...