Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 2 April 2013

Diriku

Entah siapa yang salah,
aku juga tak pernah tahu,
mungkin kita sama-sama ego,
dan mungkin juga kerana tak ada siapa yang mahu mengalah..
keegoan ini telah menjadi punca perbalahan,
meratah setiap kemesraan yang pernah ada,
merobek rakus segala kebaikan yang pernah diberikan,
bukan aku sengaja,
tidak jua ku pinta kan jadi begini..
namun di sudut hati yang paling dalam,
aku mengerti,
segala ujian yang datang menimpa,
bukan penyebab untuk aku jatuh,
tapi sebenarnya batu loncatan untuk aku berjaya,
teruskanlah melangkah walau rasa di hati makin parah,
inilah yang aku sentiasa sematkan di hati,
yang telah sebati dalam jiwa dan mungkin jua boleh digelar sebagai azimat hati..
aku sedar, aku cuma rumput yang menutup bumi,
manakan sama sepertimu umpama burung yang terbang dengan megah di awan biru,
namun aku tetap bersyukur,
walaupun aku sentiasa dipijak, dibakar dan dipotong,
namun aku masih setia di sini..
cuba memberikan sesuatu yang tak pernah engkau hargai..

| Sya Muncit |

jadilah seperti rumput, yang diragut lembu, yang dipijak manusia, yang dicantas bila tinggi, yang dibakar bila kering. Rumputlah yang tak diendah manusia, namun sebenarnya dilihat Yang Esa.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...