Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 21 April 2013

Kini Aku Sendiri


saat ini satu demi satu cintaku telah pergi,
meninggalkan aku dengan seribu janji yang dimungkiri,
saat ini satu demi satu rinduku terbang melayang,
tinggalkan aku tanpa sebarang kata sayang...

kini aku sendirian tanpa peneman di hati,
cuba mengubat segala duka yang bersarang di hati,
ceritera antara kita yang tiada hujung pada mulanya,
kini telah berakhir dengan kata-kata nista..

rasa rindu kini meratah setiap inci hatiku,
rasa cinta yang tersisa kian merobek halus setiap naluriku,
sepi terasa jiwaku,
begitu sepi bertemankan waktu yang berlalu...

rangkaian aksara cinta kini telah tiada lagi,
untaian bait rindu turut jua hilang menyepi,
hanya jahitan duka yang tinggal teruntai
kerana sulaman kasih telah pun terlerai...

moga kepergianmu, tak kan merubah apa pun dalam hidupku


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...