Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 28 May 2013

Sahabat- Hari ini Hari Terindah

"...Setiaku menantikan mentari setiap pagi,
terasa tidak sabar mahu memulakan hari,
setiap saat yang ku miliki,
terasa begitu bermakna tatkala hadirnya kau di sisi..."

29 Mei..
Selamat Ulang Tahun kelahiran buat Nazatul Syazwani
a.k.a Wamie, Wanie, Syaz, Nazha, Kechek.. bla..bla..bla...
( banyak betul nama manja dia ) so panggillah apa yang korang suka.. hehehe.. :P
Tahniah kerana hari ni anda telah bergelar seorang gadis yang berusia 21 tahun.. welcome to the club :)
yeyy!!!! *boom! boom! pung! pang! pung! pang!* ( apahal bunyi bunga api mcm pelik lak ni?? =.=' ) ahhh ingat Sya peduli ker??
Syaz..alhamdulillah, bertambah lagi setahun umur kan..
Sya doakan semoga sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam kalangan orang-orang di bawah keredhaan-NYA..
semoga akan terus berjaya di dunia dan di akhirat kelak,
semoga sentiasa maintain comel dan kelakar macam sekarang,
serta tabahkan hati bila ada dugaan yang mendatang..juga..
semoga persahabatan kita sentiasa mekar setiap hari, dan semoga segala apa yang Syaz harapkan akan menjadi kenyataan.. :)

"..senyummu sentiasa mendamaikan jiwa ini,
gelak tawamu bisa meleraikan resah di hati,
apalagi bila pelukanmu erat menyentuh tubuh ini,
sungguh dirimu tiada pengganti.."


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 26 May 2013

Terhenti di Sini

Tak banyak yang ku harapkan darimu,
tak banyak jua yang ku pinta darimu,
bukan harapku kau persembahkan bintang buatku,
jua bukan emas hingga mampu membalut tubuhku..

Cukuplah kiranya hatimu tulus mencintaiku,
cukuplah kiranya lembut sapamu menyebut namaku,
jua inginku dengar syahdunya suaramu melafazkan cinta buatku,
jujurlah dengan hatimu arjunaku,
jika cuma aku yang kau mahu,
lafazkanlah kalimah itu buatku,
jika benar aku yang berada di hatimu...

berilah sedikit cebisan kasihmu,
buat aku yang selalu ketandusan rindu,
bukalah sedikit ruang di hatimu,
agar mampu aku bertakhta di situ..

Tapi kiranya nyata aku bukanlah yg terukir kemas di jiwamu,
lepaskanlah aku semahumu,
kerna aku jua tak mampu untuk terus membisu,
menafikan perasaan tentang betapa berertinya dirimu..
biarlah aku terus berlalu,
menghentikan setiap denyut nadi yang menyebut namamu,
dan semoga kau menemui jalan hidupmu tanpa kehadiranku..
selamat jalan kisah sedihku..

| Sya Muncit |

If u love someone, showing them is better than telling them. If u stop loving someone, telling them is better than showing them..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Sunday, 19 May 2013

Ku Biarkan


Ku biarkan diri ini hanyut tak bertepi,
bertemankan khayalan seindah mimpi,
yang ternyata cumalah anganan yang tak pasti..

Ku biarkan diriku tenggelam dalam tangisan,
saat mengingati sebuah kehilangan,
perginya seorang insan yang tiada berperasaan...

Ku biarkan mata hatiku mati di sini,
untuk melawan segala keinginan di hati,
agar berjaya ku lalui jalanan yang penuh misteri ini...

| Sya Muncit |




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 13 May 2013

Nilai Sahabat


Sahabat,
perkenalan kita mungkin tidak seindah
jalan cerita bak cerekarama,
jua mungkin tak sepuitis bait lagu
yang mampu menyentuh rasa..
namun yang pastinya,
aku kira persahabatan kita terlalu berharga,
hingga tiada apa yang mampu menandinginya,
hatta berlian sekalipun, ataupun permata...

Sahabat,
masih jauh destinasi yang kita tujui,
masih panjang perjalanan yang bakal dilalui,
namun ku mohon tetaplah di sisi,
buat pengusap tangisku tika kegagalan datang membasahi,
agar dapat aku bangkit kembali
bersama keazaman yang kukuh di hati
bahawa gagal sekali bukan bermaksud langkahku mati...

Sahabat,
tak mungkin mampu aku melupakan,
indahnya senyumanmu penuh keceriaan,
eratnya pelukmu yang penuh ketenangan,
sesungguhnya kau adalah anugerah daripada Tuhan
yang tak mungkin ada bandingan..
aku sayang padamu duhai teman..
moga ukhuwah ini kan kekal hingga ke akhir zaman..

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...