Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Wednesday, 24 July 2013

Permohonan Berjaya

Alhamdulillah..!
syukur sangatsangat sebab keputusan permohonan kolej dah keluar.
suka | gembira | Seronok | Teruja
Alhamdulillah, syukur sangatsangat sebab masih boleh duduk kolej semester depan :)
tak payah dah susah hati nak cari rumah sewa bagai dah.
rasa dah tenang sekrang lepas seminggu susah hati result permohonan delay dari tarikh yang sepatutnya.
walaupun intake september kali ni besar dan pihak kolej cakap ramai yang akan dibuang,
tapi still Sya dapat lagi.
Rezeki Ramadhan :)


P/s : Harap dapat roomate yang awesome
dan bilik yang selesa. Amin..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 22 July 2013

Hidup Seperti Penumpang Bas

Tersentuh bila ada seorang sahabat kirimkan kata-kata semangat bila Sya tulis entry tentang sahabat Sya yang tiba-tiba menyepi tanpa berita. Ringkas tetapi sangat bermakna buat Sya.

"..Kita hidup seperti penumpang bas, suatu ketika kita keseorangan menunggu bas, bila tiba bas kita, kita kenal dengan penumpang yang duduk sebelah kita, bermesra, tapi hala tuju kita berbeza, separuh jalan dia turun meninggalkan kita, kita kembali keseorangan, kesunyian dan sedih.. Tapi itulah lumrah hidup, orang datang dan pergi, tapi yang pasti jodoh kita akan datang menemui, tetap bersama kita, bahagia hingga tua bersama-sama.. InsyaAllah.."


p/s : yang pergi biarkan ia pergi,
kerana lebih ramai yang di sisi,
setia untuk menemani dan menyayangi..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 20 July 2013

Cerita Semalam



Kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa ramai orang.. akan kenal dengan banyak kenalan baru. dari situ pasti kan tercipta satu demi satu memori antara kita dan orang itu walaupun orang itu cuma hadir seketika sahaja.. tak kira sama ada memori itu indah mahupun penuh dengan kelukaan..Tapi sebenarnya kalau kita lihat dengan teliti..setiap insan yang hadir dalam hidup kita merupakan kiriman daripada ALLAH untuk mengajar kita tentang sesuatu perkara...mungkin DIA mahu kita belajar sesuatu daripada insan-insan yang ada di sisi tika itu..seperti yang kita tahu.. manusia datang dan pergi dalam hidup kita silih berganti kecuali mak Ayah kita yang kan tetap berada di sisi saat semua orang membenci atau mencaci diri kita.

Dan buat insan yang pernah hadir dalam hidup Sya walaupun sementara, sya coretkan sepatah kata untuk awak :

Perkenalan kita tak pernah pun ku pinta,
Malah ianya terjadi dengan sendirinya..
Aku gembira, suka rasanya ada insan sepertimu,
yang setia menemani hari-hariku..

kala aku rebah ke bumi, tanganmu erat memimpinku untuk bangun..
kala air mata ini mengalir membasahi pipi,
tanganmu sentiasa mengusap tangis ini,
dan kala diri ini berada dalam kegelapan,
kau umpama mentari yang menerangi semula sebuah kehidupan..
terima kasih atas segala perhatian itu,
sungguh aku hargai walaupun hadirmu cuma sekadar angin yang berlalu..

Berjuta maaf ku pohonkan darimu,
kiranya sepanjang perkenalan kita,
ada bicaraku mahupun
ada tingkahku yang merobek tangkai hatimu,
maafkan kesalahanku..
sungguh aku tak berniat mahu melukai dirimu
jauh sekali mahu melihat kau menangis keranaku,
seiringnya waktu bergulir,
ku harap kau mampu memaafkan segala khilafku..

cuma aku sedikit terkilan,
serta hati ini menjadi tak keruan
saat kau tinggalkan aku tanpa pesan,
saat kau buang aku tanpa sekelumit perasaan dan
saat kau menjauh pergi tanpa menolehku di belakang..

mengapa ini terjadi,
apakah salah diriku?
berhari-hari aku meratapi hilangnya dirimu,
memikirkan apa kurangnya aku,
dan apa salahnya aku..
hingga saat ini aku masih lagi buntu..
dan hilangnya dirimu menjadi tanda tanya..

tapi tidak mengapa,
teruslah melangkah dalam hidup ini,
andai tanpaku di sisi bakal membuatmu merasa lebih bererti,
teruskan mewarnai kehidupan insan-insan yang kau sayangi
kerana aku pasti kau umpama pelangi,
walau seketika hadirmu tetap mampu untuk mendamaikan sekeping hati..

| Sya Muncit |


p/s : Sya harap awak hepi selalu dan tak jatuh sakit.
semoga berjaya dalam hidup okey..
mohon halalkan segalanya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan 2013


Hye semua..!! i'm back..!!! hehehehehe
telah sekian lama rasanya tak menjengah blog tersayang ni.. alahai, dah berhabuk rupanya.. fuuhh!! fuhh!! fuhhh!!!.. tiup sket...bagi bersih..hikhikhik... Okey, setelah berhempas pulas, bermati-matian, bersenggol-senggolan dan bercubit-cubitan dengan bersungguh-sungguh untuk final exam semester 3..akhirnya tamatlah jugak exam untuk semester 3 dan sekarang baru lah ada masa nak share something sebab jari ni dah gatal sangat nak menaip. :)

Nak cerita pengalaman 4 hari berpuasa di Shah Alam.. ( 4 hari tu LAMA okey..!! ). memandangkan ini adalah pertama kali sya berpuasa di Shah Alam..maksudnya jauh daripada family lah.. kalau dulu masa study kat Merbok, boleh BALIK RUMAH okey.. ni sebab jauh dan final exam..tak dapatlah nak balik. nak tak nak kena la puasa kat Shah Alam tanpa family terchenta.. uwarghhh.. :(
sedih memang sangat sedih.. bersahur makan Maggie..jangan tanya kenapa sebab orang yang duduk kolej, tak ada transport dan satu-satunya sumber makanan adalah dekat DC ( Dataran Cendekia ) aje yang faham kenapa Maggie?? ada orang cakap biasalah tu student.. makan maggie tu benda kecik. Okey FINE... kalau hari biasa takpa weyh.. ni waktu bersahur.. BERSAHUR kot... bangun pagi-pagi, masak air, letak maggie, letak perencah maggie dan dihidangkan bersama air mineral.. SEDAP sangat -.-'..  lebih menambah perisa sedap maggie tu bila online twitter ada org tweet :
 "mama masak sambal udang sahur hari ni"... 
"Ayam masak merah, ready for sahur..".. 
"Alhamdulillah, kenyang makan nasi dengan ikan 3 rasa hari ni"
serius rasa macam nak baling laptop kat bawah..meriahnya twitter dengan menu sahur kawan-kawan dan family diaorang..tak fikir kew mereka ada insan yang jauh di perantauan ni...bukan setakat ikan goreng.. nasi putih pun tak ada.. uwarghhhh.. T___T

Okey, tu baru bab bersahur... tak masuk lagi time berbuka puasa..lagi lah meriah updated menu daripada kawan-kawan..memang macam nak bakar jew laptop..bukan setakat baling lagi dah.. sungguh sangkaan bahawa berbuka puasa mungkin lebih meriah daripada di Merbok dulu meleset sama sekali. tahu tak kenapa? dulu kat Merbok at least ada bazar ramadhan yang ada macam-macam makanan dan kalau tak ada bazar pun, still ada dining yang menyediakan pelbagai jenis makanan..bukan setakat nasi jek. ni, kat Shah Alam tahu tak apa yang ada kat DC waktu nak beli juadah berbuka puasa?? Nasi goreng, Nasi Goreng, Nasi goreng, Nasi goreng.....ZZzzzzzzZzzz..!!  hari first nak beli juadah berbuka dengan Zira n Ijat, semua makanan habis dan satu-satunya pilihan yang ada hanyalah nasi goreng Kampung!.. makan nasi goreng bukan satu isu besar pun bagi Sya, tapi yang jadi sedih tu sebab nasi goreng KAMPUNG.. dah sah2 la pedas kan.. perot ni bukan tahan sangat pedas..kalau kat rumah boleh la, sebab Mak masak tak pedas sangat. nak tak nak, masa berbuka tu, menangis la jugak makan.. tak pasti sama ada hati ni yang sedih atau nasi tu terlalu pedas. besok harinya sakit perot! yeyy..terasa hebat sekali penangan nasi goreng kampung DC.. -.-'

Nasib baik la selalu telefon mak dan mak cakap suruh sabar dan belajar bersyukur sekurang-kurangnya ada jugak makanan untuk berbuka puasa sedangkan ada orang lain ada yang tak ada makanan dan berbuka pun dengan air paip jew. sedikit sebanyak pesanan tu sangat terkesan di hati dan membuatkan Sya berhenti merungut tentang makanan dan study untuk baki paper yang tinggal masa tu.

Benda yang paling best boleh pergi teraweh dengan kawan-kawan..ni lah peluang nak pergi sama-sama sebab tak tahu lagi tahun depan dapat tak lagi peluang macam ni sebab ada lah sorang kawan ni cakap, tahun depan dia nak pergi teraweh dengan suami pulak.. untunglah kan nak mendirikan masjid dah..hehehehehe :)
solat teraweh dekat Pusat Islam sangat meriah..alhamdulillah..
harap-harap dapat lagi peluang mcm ni tahun depan.

4 hari yang dilalui di Shah Alam terasa sangat lambat berlalu dengan rutin harian yang sama kecuali pada hari terakhir bersama kawan-kawan sebab dapat berbuka bersama yang tersayang di sana. sekurang-kurangnya ada sesuatu yang indah tentang ramadhan di Shah Alam. :)

And i'm now currently at home!!! yeyyy.. :)
walaupun dah seminggu lebih kita mula berpuasa, still nak wish jugak.. selamat berpuasa yer kawan-kawan ..
raya nanti jemputlah datang ke rumah..kehkehkeh ^_^

Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:
"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...