Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Saturday, 20 July 2013

Cerita Semalam



Kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa ramai orang.. akan kenal dengan banyak kenalan baru. dari situ pasti kan tercipta satu demi satu memori antara kita dan orang itu walaupun orang itu cuma hadir seketika sahaja.. tak kira sama ada memori itu indah mahupun penuh dengan kelukaan..Tapi sebenarnya kalau kita lihat dengan teliti..setiap insan yang hadir dalam hidup kita merupakan kiriman daripada ALLAH untuk mengajar kita tentang sesuatu perkara...mungkin DIA mahu kita belajar sesuatu daripada insan-insan yang ada di sisi tika itu..seperti yang kita tahu.. manusia datang dan pergi dalam hidup kita silih berganti kecuali mak Ayah kita yang kan tetap berada di sisi saat semua orang membenci atau mencaci diri kita.

Dan buat insan yang pernah hadir dalam hidup Sya walaupun sementara, sya coretkan sepatah kata untuk awak :

Perkenalan kita tak pernah pun ku pinta,
Malah ianya terjadi dengan sendirinya..
Aku gembira, suka rasanya ada insan sepertimu,
yang setia menemani hari-hariku..

kala aku rebah ke bumi, tanganmu erat memimpinku untuk bangun..
kala air mata ini mengalir membasahi pipi,
tanganmu sentiasa mengusap tangis ini,
dan kala diri ini berada dalam kegelapan,
kau umpama mentari yang menerangi semula sebuah kehidupan..
terima kasih atas segala perhatian itu,
sungguh aku hargai walaupun hadirmu cuma sekadar angin yang berlalu..

Berjuta maaf ku pohonkan darimu,
kiranya sepanjang perkenalan kita,
ada bicaraku mahupun
ada tingkahku yang merobek tangkai hatimu,
maafkan kesalahanku..
sungguh aku tak berniat mahu melukai dirimu
jauh sekali mahu melihat kau menangis keranaku,
seiringnya waktu bergulir,
ku harap kau mampu memaafkan segala khilafku..

cuma aku sedikit terkilan,
serta hati ini menjadi tak keruan
saat kau tinggalkan aku tanpa pesan,
saat kau buang aku tanpa sekelumit perasaan dan
saat kau menjauh pergi tanpa menolehku di belakang..

mengapa ini terjadi,
apakah salah diriku?
berhari-hari aku meratapi hilangnya dirimu,
memikirkan apa kurangnya aku,
dan apa salahnya aku..
hingga saat ini aku masih lagi buntu..
dan hilangnya dirimu menjadi tanda tanya..

tapi tidak mengapa,
teruslah melangkah dalam hidup ini,
andai tanpaku di sisi bakal membuatmu merasa lebih bererti,
teruskan mewarnai kehidupan insan-insan yang kau sayangi
kerana aku pasti kau umpama pelangi,
walau seketika hadirmu tetap mampu untuk mendamaikan sekeping hati..

| Sya Muncit |


p/s : Sya harap awak hepi selalu dan tak jatuh sakit.
semoga berjaya dalam hidup okey..
mohon halalkan segalanya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

4 comments:

  1. Kita hidup seperti penumpang bas, suatu ketika kita keseorangan menunggu bas, bila tiba bas kita, kita kenal dgn penumpang yg duduk sebelah kita, bermesra, tapi hala tuju kita berbeza, separuh jalan dia turun meninggalkan kita, kembali keseorangan, kesunyian, sedih. Tapi itulah lumrah hidup, org datang dan pergi, tapi yang pasti jodoh kita akan datang menemui, bersama kita, bahagia hingga tua bersama-sama. InsyaAllah, smile always ok sya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersentuhnya..terima kasih utk nasihat ini.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. TERIMA KASIH HUNNY.. insyaALLAH akan cuba hadapi dengan tenang :)

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...