Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Thursday, 22 August 2013

Bungkusan Misteri

Hye Semua...!!
Beeee Dooo...Beee Dooo...!!!
saki baki cuti sedang dihabiskan dengan rutin harian yang biasa..
jaga kedai like a boss, makan makan makan dan makan, tidor tidor tidor tidor dan tidor lagiii, main game buat kek, buat rumah, buat donut, buat tak taw..#eh haha, bangun lambat lepas tu kena marah dengan mak, bergaduh dengan adik sebab berebut remote control..hoho..dan jugak ditinggalkan tanpa berita ..oppsss! *lebih pulak.. :P

Tapi pagi ni ada kiriman bungkusan misteri.. :O
nasib baik takda sakit jantung, kalau tak dah lama Sya "jalan"..
Ayah ketuk pintu bilik dan Sya dengan rasa malas pun bangun lah...
jeng! jengg! jengg!!! ayah hulur sekotak bungkusan..
soalan pertama Sya tanya
"Apa ni??"
ayah pun jawab :
"Mana ayah taww.."
eh..betul jugak kan..
dengan mata separa celik..tengok la kotak tu..
tenung lama-lama konon boleh scan tengok apa ada..puiii!! haha
Okey..bukak lah dengan rakus..
takda nama pengirim..nama Sya jek kat situ...
huhh..suspenn...


Sya pun keluar la bilik..takut pulak nak bukak sorangsorang..
tanya ayah lagi sekali,
"..siapa hantar ni..?"
ayah pun jawab..
"tak taww..ada beli apa-apa kot.."
hohoho..suspen2..mana Sya ada beli apaapa..
Sya pun bukak lah satu2...
bila bukak jew bungkusan tu..
eh2...kotak hadiahhh!!
yahooooo..!!! dapat hadiahhhhh :)
*jogetjoget
ermm..jap2..hari ni berapa hari bulan?
bukan harijadi Sya dah lama lepas kew??
*konfiusss...


Abang Sya cakap..
"bukak laa...ntahntah ada bom.."
choyyyyy mulut..hahaha..
tapi kotak dia ringan..
mak Sya cakap..
"anak bear lagi ka tu??"
tak taw la...
last-last keluar lah jugak barang "misteri" sangat tu..
hehehehehehe...

TADAAAAA..!!!!


dapat tiga ekor anak angkat..haha..
gila comel..
beeee dooo..!! beee dooo!!
dapat paaapoyyyyyy..!! 
siapa tak sukaaa :)
buat kawan Sya yang kasi hadiah ni..
thank you!
terima kasih!
syukran!
Arigato..!!
XieXie!!

Minnion!! :)

P/s : Alhamdulillah..
syukur masih ada sahabat yang
sentiasa membahagiakan :)
moga ALLAH berkati hidupnya selalu..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Monday, 12 August 2013

3 Benda paling Anoyying di Hari Raya..!!




Hye readers!!
*ceh perasan, padahal takde readers pun kan..
arghhh..Sya peduli apa.. KAH KAH KAH..

Bila hari raya menjelma selalunya semua benda hepi-hepi jer kan.. makan makanan yang beraneka jenis, makan sampai perot boncet.., dapat duit raya, saling maaf bermaafan..,jumpa kawan-kawan, jumpa saudara mara, jumpa kenalan-kenalan, jumpa mertua..*oppsss!! haha..tapi yelah, sebagai manusia biasa mcm Sya nie, kadang-kadang tak terlepas jugak lah rasa menyampah atau ANOYYING dengan sesuatu perkara tue. Meh sini nak kongsi benda apa yang buat Sya paling menyampah di hari raya.. Sya okey..bukan orang lain. personal view! *ceh..hhehe..
Jeng..! Jeng..! Jeng..!!

1- PAKAI CANTIK-CANTIK KENA CUCI PINGGAN
Huhuhu..serius menyampah nie.. bila lagi nak pakai cantik-cantik kalau bukan hari raya kan?? ( eh jap.. cantik kew??? tudung pun selempang jew..arghhhh persetankan itu semua.. ).. hari raya lah nak melaram banyak sikit pun kan. Pakai baju kebaya ala-ala ratu kebaya, dengan kain kembang payung, lengan baju kembang, siap ada manik-manik comel lagi..sekali kena basuh pinggan.. alahai... basah lengan baju tue nanti. yelah, nak buat mcm mana kan..kalau tak basuh pinggan, kang rumah Sya penuh dengan Pinggan lak sampai ke ruang tamu. selalu kalau hari raya pertama memang tak menang tangan jugak lah..mak Sya macam lipas kudung ke sini, ke sana layan tetamu..sebab ni lah hari raya perama selalu terKURUNG kat umah jek..tunggu tetamu datang.. Orang lain seronok jalan raya, tapi Sya kena cuci pinggan kat dapur..warghhhh... rasa macam nak pakai t-shirt jek!!

2-BARU NAK BEREHAT TIBA-TIBA ADA TETAMU
Hah, nie bukan nak cerita pasal tolak rezeki ke apa kan, yelah, tetamu tue kan rezeki dari ALLAH, kena terima dengan hati yang terbuka..jgn tak terbuka-buka mcm hati Sya nie.. tapi nie kisah benar..ala..korang jangan tipu lah..mesti korang penah rasa mcm nie jugak lah.. biasa lah bila hari raya, dari pagi sampai petang rumah Sya mesti ramai tetamu,.tak berhenti datang.. Alhamdulillah sebab meriah laa kan..walaupun Sya mcm nak tercabut tangan layan semua orang dan buat air..tapi bila dah nak dekat lewat malam, kita pun landing baik punya lah nak rehatkan badan jap..tiba2 "ASSALAMUALAIKUM...."
phewwwww..!! menyirap, mengOREN, mengHORLICKS habes darah.. rasa mcm nak cakap "PEGI BALIK SEKARANG".. KAH KAH KAH..gila jahat kan..
jangan macam tu.. "jemput masuk..jemput masuk" hihihi..

3-KARPET BARU
Ni bukan nak cerita menyampah kat karpet baru tapi nak cerita pasal lain. kadang-kadang bila ramai tetamu, kita dah hidang makanan dengan air kan..tiba-tiba pulak ada anak tetamu ker yg bagi tumpah tak kira lah makanan kew, air kew.... ishh..menyirap jew rasa. masa tue pulak terpaksa belagak macam tak ada apa2 berlaku, dengan slumber monyetnya cakap.. "eh, takpa2..nak buat macam mana nak tumpah..takpa boleh lap nanti" dengan senyuman yang tak lekang di bibir..*wahhh..gittu kau..... padahal dalam hati  " oiiii, habeslah karpet aku! " HAHAHA :).
hahaha..biasalah kemalangan boleh berlaku di mana-mana kan.. nak2 lagi bila ada anak kecik..memang benda-benda macam ni selalu berlaku.. jadi kita kenalah hati-hati taw.. kalau kita pergi rumah orang lain pun, confirm diaorang tak suka..betul kan?? kan?? kan?? *Baik mengaku!

Okeylah..saja ja nak merepek meraban...takda kena mengena dengan yang tengah makan atau tengah tidor okey..maklumlah tengah cuti..tak taw nak bua apa kot. dah macam nak gila pun ada jugak ni..akhir kata.. salam syawal untuk semua yang mengenali diri Sya.. semoga syawal kali ini memberi satu kenangan yang indah untuk dikenang..


..Dalam kita bemesra mungkin daku telah terkasar bahasa,
dalam kita bergurau mungkin telah diri ini terlanjur senda,
dalam daku berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dan dalam berbicara mungkin lidah ini telah menyinggung rasa..
jadi di bulan indah lagi mulia, izinkan daku bersimpuh sila,
maaf dipohon ampun dipinta..selamat hari raya buat semua..
khas daripada Sya dan Keluarga :)

Beloved Family

New Family ..hehe..

Me and Hot Mama

Adam mengantuk..hehehehe..

Amazing people forever! :)

Big brothers!

Siblings :)

Lisa Surihani :P

adik Sya yg lagi besar drpd Sya! :D

Siti Nurhaliza.. :P

Nora Danish :D

Scha Al-Yahya :)

Konon feeling cam citer hindustan

Qisya + Abah

Riang ria aidilfitri..hehehe :)

Step Mother :D

Princess Nur Qisya Qistina 

Special Friend! :) thanks 4 coming!

P/s : Banyak gambar Sya?? eh, haruslah,
ni kan blog Sya.. :P


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Saturday, 3 August 2013

Alhamdulillah

Salam 25 Ramadhan.. :)
Alhamdulillah..hari ni result untuk final exam part 3 dah keluar.
result Sya biasabiasa, tak ada yang luar biasa macam kawankawan yang lain. tapi Sya bersyukur..ALHAMDULILLAH.. sebab Sya rasa itulah hasil usaha Sya semester lepas. tak layak rasanya nak merungut.. malu rasanya kalau nak demand lebihlebih sebab Sya tahu, usaha Sya biasabiasa sahaja. memang kadangkadang terdetik juga di hati yang Sya dah berusaha dan study betulbetul tapi kenapa result macam ni aje? then Sya tanya balik pada diri Sya..cukup tak apa yang Sya bagi tu...study dengan main fesbuk dan twitter, mana lagi banyak? study dengan tidor mana lagi banyak? study dengan tengok movie mana lagi banyak? study dengan karaoke mana lagi banyak? Oppss! hehehe.. rasanya korang pun tahu jawapan kan.. sebab tu lah result Sya biasabiasa sahaja..jadi tak layak kot nak sedih lebihlebih. just smile and keep moving.. "..Man Jadda Wajadda.." That's it. :)

Buat kawankawan yang betulbetul study sampai lewat malam, yang betulbetul fokus dalam kuliah, tak mainmain.. Sya harap korang mampu bersabar dengan result korang tu. mungkin ALLAH cuma nak mengujii sama ada kita semua boleh tak terima bila kita berada di bawah ,sebab kadangkadang bila sentiasa berada di atas, kita jadi leka dan sombong dengan orang lain. macam satu kata-kata tu, kalau kita berjalan, usah sombong mendongak langit, kadangkadang lihat juga di bawah kita, tempat kita berpijak..mana tahu ada batu yang bakal mencederakan kita. So, jadikan ini satu pengajaran buat kita okey :) La Tahzan..


Buat kawankawan yang kena repeat paper.. tak kira berapa kali repeat pun tolong, tolong, TOLONG dan TOLONGLAH jangan give up sebab dah separuh kita berjalan, tak kan kita nak berhenti di pertengahan.. tak nak ke kita berjuang bersamasama untuk tamatkan apa yang telah kita mulakan dengan segaris senyuman? Sya percaya semua tu tak mustahil. kadangkadang mungkin kita benci dengan subjek yang kita rasa merosakkan pointer kita, subjek yang membuatkan kita terpaksa repeat paper tu TAPI kita tak tahu in future..mungkin subjek tu yang akan buat kita berjaya. mungkin subjek tu yang akan mengubah nasib hidup kita sebab tu lah ALLAH nak kita betul2 mahir dengan ilmu tu dengan menguji kita berkalikali. Yakinlah.. manusia merancang dengan cita tapi ALLAH merancang dengan cinta.. pasti DIA akan berikan yang terbaik buat kita pada akhirnya.. PERCAYALAH. :)


Jangan sedih sayang! 
ALLAH kan ada (^_^)
awak bukan gagal..
cuma BELUM berjaya


..Senyumlah sahabatku walau kadang hidup kita tak indah, kerana semuanya ada tersembunyi suatu hikmah..bersyukurlah..ucapkan Alhamdulillah kepada ALLAH..

P/s : Tahniah kawankawan
 yang dapat result cemerlang :) 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...