Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 12 August 2013

3 Benda paling Anoyying di Hari Raya..!!




Hye readers!!
*ceh perasan, padahal takde readers pun kan..
arghhh..Sya peduli apa.. KAH KAH KAH..

Bila hari raya menjelma selalunya semua benda hepi-hepi jer kan.. makan makanan yang beraneka jenis, makan sampai perot boncet.., dapat duit raya, saling maaf bermaafan..,jumpa kawan-kawan, jumpa saudara mara, jumpa kenalan-kenalan, jumpa mertua..*oppsss!! haha..tapi yelah, sebagai manusia biasa mcm Sya nie, kadang-kadang tak terlepas jugak lah rasa menyampah atau ANOYYING dengan sesuatu perkara tue. Meh sini nak kongsi benda apa yang buat Sya paling menyampah di hari raya.. Sya okey..bukan orang lain. personal view! *ceh..hhehe..
Jeng..! Jeng..! Jeng..!!

1- PAKAI CANTIK-CANTIK KENA CUCI PINGGAN
Huhuhu..serius menyampah nie.. bila lagi nak pakai cantik-cantik kalau bukan hari raya kan?? ( eh jap.. cantik kew??? tudung pun selempang jew..arghhhh persetankan itu semua.. ).. hari raya lah nak melaram banyak sikit pun kan. Pakai baju kebaya ala-ala ratu kebaya, dengan kain kembang payung, lengan baju kembang, siap ada manik-manik comel lagi..sekali kena basuh pinggan.. alahai... basah lengan baju tue nanti. yelah, nak buat mcm mana kan..kalau tak basuh pinggan, kang rumah Sya penuh dengan Pinggan lak sampai ke ruang tamu. selalu kalau hari raya pertama memang tak menang tangan jugak lah..mak Sya macam lipas kudung ke sini, ke sana layan tetamu..sebab ni lah hari raya perama selalu terKURUNG kat umah jek..tunggu tetamu datang.. Orang lain seronok jalan raya, tapi Sya kena cuci pinggan kat dapur..warghhhh... rasa macam nak pakai t-shirt jek!!

2-BARU NAK BEREHAT TIBA-TIBA ADA TETAMU
Hah, nie bukan nak cerita pasal tolak rezeki ke apa kan, yelah, tetamu tue kan rezeki dari ALLAH, kena terima dengan hati yang terbuka..jgn tak terbuka-buka mcm hati Sya nie.. tapi nie kisah benar..ala..korang jangan tipu lah..mesti korang penah rasa mcm nie jugak lah.. biasa lah bila hari raya, dari pagi sampai petang rumah Sya mesti ramai tetamu,.tak berhenti datang.. Alhamdulillah sebab meriah laa kan..walaupun Sya mcm nak tercabut tangan layan semua orang dan buat air..tapi bila dah nak dekat lewat malam, kita pun landing baik punya lah nak rehatkan badan jap..tiba2 "ASSALAMUALAIKUM...."
phewwwww..!! menyirap, mengOREN, mengHORLICKS habes darah.. rasa mcm nak cakap "PEGI BALIK SEKARANG".. KAH KAH KAH..gila jahat kan..
jangan macam tu.. "jemput masuk..jemput masuk" hihihi..

3-KARPET BARU
Ni bukan nak cerita menyampah kat karpet baru tapi nak cerita pasal lain. kadang-kadang bila ramai tetamu, kita dah hidang makanan dengan air kan..tiba-tiba pulak ada anak tetamu ker yg bagi tumpah tak kira lah makanan kew, air kew.... ishh..menyirap jew rasa. masa tue pulak terpaksa belagak macam tak ada apa2 berlaku, dengan slumber monyetnya cakap.. "eh, takpa2..nak buat macam mana nak tumpah..takpa boleh lap nanti" dengan senyuman yang tak lekang di bibir..*wahhh..gittu kau..... padahal dalam hati  " oiiii, habeslah karpet aku! " HAHAHA :).
hahaha..biasalah kemalangan boleh berlaku di mana-mana kan.. nak2 lagi bila ada anak kecik..memang benda-benda macam ni selalu berlaku.. jadi kita kenalah hati-hati taw.. kalau kita pergi rumah orang lain pun, confirm diaorang tak suka..betul kan?? kan?? kan?? *Baik mengaku!

Okeylah..saja ja nak merepek meraban...takda kena mengena dengan yang tengah makan atau tengah tidor okey..maklumlah tengah cuti..tak taw nak bua apa kot. dah macam nak gila pun ada jugak ni..akhir kata.. salam syawal untuk semua yang mengenali diri Sya.. semoga syawal kali ini memberi satu kenangan yang indah untuk dikenang..


..Dalam kita bemesra mungkin daku telah terkasar bahasa,
dalam kita bergurau mungkin telah diri ini terlanjur senda,
dalam daku berjanji mungkin ada yang belum dikota,
dan dalam berbicara mungkin lidah ini telah menyinggung rasa..
jadi di bulan indah lagi mulia, izinkan daku bersimpuh sila,
maaf dipohon ampun dipinta..selamat hari raya buat semua..
khas daripada Sya dan Keluarga :)

Beloved Family

New Family ..hehe..

Me and Hot Mama

Adam mengantuk..hehehehe..

Amazing people forever! :)

Big brothers!

Siblings :)

Lisa Surihani :P

adik Sya yg lagi besar drpd Sya! :D

Siti Nurhaliza.. :P

Nora Danish :D

Scha Al-Yahya :)

Konon feeling cam citer hindustan

Qisya + Abah

Riang ria aidilfitri..hehehe :)

Step Mother :D

Princess Nur Qisya Qistina 

Special Friend! :) thanks 4 coming!

P/s : Banyak gambar Sya?? eh, haruslah,
ni kan blog Sya.. :P


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. Sedia hidangan dengan konsep layan diri n pinggan cawan segera aka pakai buang...

    lepas smyg raya, siap2 hidang boleh cabut p beraya..tinggal mak sorg2 kat rumah pun cukup..
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tinggal mak sorang2 tu yang tak boleh blah tu... btw good idea! :) ada terfikir nak buat mcm tu jgak..tapi family lebih suka kalau kita sendiri layan tetamu..

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...