Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Saturday, 3 August 2013

Alhamdulillah

Salam 25 Ramadhan.. :)
Alhamdulillah..hari ni result untuk final exam part 3 dah keluar.
result Sya biasabiasa, tak ada yang luar biasa macam kawankawan yang lain. tapi Sya bersyukur..ALHAMDULILLAH.. sebab Sya rasa itulah hasil usaha Sya semester lepas. tak layak rasanya nak merungut.. malu rasanya kalau nak demand lebihlebih sebab Sya tahu, usaha Sya biasabiasa sahaja. memang kadangkadang terdetik juga di hati yang Sya dah berusaha dan study betulbetul tapi kenapa result macam ni aje? then Sya tanya balik pada diri Sya..cukup tak apa yang Sya bagi tu...study dengan main fesbuk dan twitter, mana lagi banyak? study dengan tidor mana lagi banyak? study dengan tengok movie mana lagi banyak? study dengan karaoke mana lagi banyak? Oppss! hehehe.. rasanya korang pun tahu jawapan kan.. sebab tu lah result Sya biasabiasa sahaja..jadi tak layak kot nak sedih lebihlebih. just smile and keep moving.. "..Man Jadda Wajadda.." That's it. :)

Buat kawankawan yang betulbetul study sampai lewat malam, yang betulbetul fokus dalam kuliah, tak mainmain.. Sya harap korang mampu bersabar dengan result korang tu. mungkin ALLAH cuma nak mengujii sama ada kita semua boleh tak terima bila kita berada di bawah ,sebab kadangkadang bila sentiasa berada di atas, kita jadi leka dan sombong dengan orang lain. macam satu kata-kata tu, kalau kita berjalan, usah sombong mendongak langit, kadangkadang lihat juga di bawah kita, tempat kita berpijak..mana tahu ada batu yang bakal mencederakan kita. So, jadikan ini satu pengajaran buat kita okey :) La Tahzan..


Buat kawankawan yang kena repeat paper.. tak kira berapa kali repeat pun tolong, tolong, TOLONG dan TOLONGLAH jangan give up sebab dah separuh kita berjalan, tak kan kita nak berhenti di pertengahan.. tak nak ke kita berjuang bersamasama untuk tamatkan apa yang telah kita mulakan dengan segaris senyuman? Sya percaya semua tu tak mustahil. kadangkadang mungkin kita benci dengan subjek yang kita rasa merosakkan pointer kita, subjek yang membuatkan kita terpaksa repeat paper tu TAPI kita tak tahu in future..mungkin subjek tu yang akan buat kita berjaya. mungkin subjek tu yang akan mengubah nasib hidup kita sebab tu lah ALLAH nak kita betul2 mahir dengan ilmu tu dengan menguji kita berkalikali. Yakinlah.. manusia merancang dengan cita tapi ALLAH merancang dengan cinta.. pasti DIA akan berikan yang terbaik buat kita pada akhirnya.. PERCAYALAH. :)


Jangan sedih sayang! 
ALLAH kan ada (^_^)
awak bukan gagal..
cuma BELUM berjaya


..Senyumlah sahabatku walau kadang hidup kita tak indah, kerana semuanya ada tersembunyi suatu hikmah..bersyukurlah..ucapkan Alhamdulillah kepada ALLAH..

P/s : Tahniah kawankawan
 yang dapat result cemerlang :) 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

No comments:

Post a Comment

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...