Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Monday, 30 September 2013

Hari Itu




Hari itu hanya seperti harihari yang biasa,
terlalu biasa hingga tak nampak apa bezanya,
namun sebenarnya ada suatu berita,
yang ingin disampaikan untuk dia,
malah melalui kami semua telah ada tanda-tandanya..
namun acapkali kita sebagai manusia,
sukar sekali untuk peka,
walau hati kecil sedang berbicara,
ada sesuatu yang tak kena,

Ya ALLAH..
tabahkanlah hati dia..
kuatkanlah semangat keluarganya,
berikanlah mereka kesabaran dalam melalui setiap peristiwa,
Ya ALLAH..
peluklah mereka dengan kasih sayangmu,
jangan biarkan mereka dalam kesedihan yang panjang,
tiupkanlah ke dalam hati-hati mereka
bahawa sesungguhnya takdirmu itu adalah yang terindah
tanamkanlah dalam jiwa mereka
agar sentiasa tabah dan redha dengan segala ujian yang tiba..
tak sanggup rasanya memandang wajah mereka,
walau wajah tampak lebih tenang daripada biasa,
namun aku tahu
jauh di sudut hati mereka
terselindung perasaan sedih yang menggunung,
terselit duka yang amat dalam,
hati mereka tersayat pilu..

Ya ALLAH,
tempatkanlah arwah dalam kalangan orang yang beriman,
dalam kalangan orang-orang yang Engkau redhai
dan bukan dalam kalangan mereka yang Engkau murkai..
semoga desinasi akhirnya
adalah syurgaMu
Amin...

Al-fatihah..


P/s : salam takziah
be strong azira sayang
sya akan selalu ada 
we love you.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Wednesday, 25 September 2013

Hepi Besday September

Hari ni besday dia.
selamat hari lahir sahabat,
walau tangan kita tak berjabat,
atau pun pelukan kita bertambah erat,
namun ku doakan agar dikau sentiasa sihat,
dipenuhi dengan hidup yang penuh nikmat,
serta dikurniakan sahabat
juga rezeki yang bermanfaat.

P/s : i miss us.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 19 September 2013

Lidah


Aku tahu kau punya rasa tersendiri,
aku juga tahu kau punya fikiran yang berbeza,
aku tahu kau bukan seperti aku,
dan satu yang harus kau tahu,
aku juga bukan seperti dirimu...
berbeza?
ya..itulah kita..
luaran mungkin nampak sama,
tapi dalamnya terselit berbagai ceritera..

-Salam Sayang-

'...Bila bercakap biarlah beradab, jangan sampai dianggap biadap... bila berbicara biarlah kena cara, jangan sampai ada yang berduka lara...bila berkata-kata biarlah ditapis dulu bahasanya, jangan sampai ada yang terluka...bila berjanji biarlah ditepati, jangan sampai ada yang berkecil hati...dan bila berteman biarlah berpanjangan, usah putus di tengah jalan...'

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...