Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 5 November 2013

Back To Merbok

Jelajah Kecemerlangan Insan??
Apa tu? Apa??
Serius Sya tak tahu langsung pasal benda ni.. program apa?
untuk apa? dan buat apa?
tapi Sya cuma tertarik bila dengar nama tempat program itu akan berlangsung..
di mana?
UiTM Merbok tercinta!!
dan tanpa banyak tanya..Sya setuju nak join
walaupun sekadar memenuhkan tempat kosong yang ada untuk program ni.
tak terpilih? arghhhh...who cares?? janji dapat pergi..=P

Sepanjang perjalanan rasanya tak kering gusi asyik membahan sesama sendiri,
terutamanya Kak Ada yang ada jew idea nak buat lawak.
bila sampai jew kat Damai Park Resort,
terus mengimbau memori sangat..
kat sinilah tempat kami study Law 3 sama sama dulu,
tempat tengok mereka bahagia main air,
dan tempat terakhir jugak yang dilawati selama bergelar student kat situ.
dan tak sangka sangat dapat kembali ke tempat yang sama lagi
untuk berjumpa dengan orang yang sama :)
inilah takdir ALLAH kan..
berpisah di tempat yang sama dan berjumpa kembali di tempat yang sama
indahnya aturan DIA.
dan
Terima kasih Nurul Nadia Amran untuk segala perhatian :)
sayang Mek Ya sangat2..
walau kita tak selalu berhubung,
walau kita jarang berjumpa..
tapi moga ukhuwah ini tetap berkekalan selamanya..

bila jejakkan kaki di sana,
satu persatu memori macam terulang semula..
dewan sarjana..tempat first lecture yang Sya kena tanya..
luar dewan sarjana..tempat mula-mula kenal kyra..
bilik kuliah C1 tempat berlakon BEL jadik kakak tiri cinderella,
bilik kuliah Malinja..jalan yang selalu kteorang guna nak pergi kelas,
perpustakaan, pusat Islam, Kolej..
sebut pasal kolej teringat reen dgn nisa..
Ya ALLAH..rindunya..
rindu sangatsangat..
tak terungkap rasanya rasa rindu ni..
tak siapa mampu memahami..
hanya yang pernah alami akan merasai..


untuk program di sana,
masa pembahagian group,
Sya berdoa sangat supaya tak dapat satu group dengan mamat tu
sebab asyik nak lawan kutuk jew dengan dia.. HAHAHA
tapi sekali nama Sya betulbetul sekali dengan dia..
memang hampeh betul..
dia siap tersasul..
orang tanya nama dia apa, dia jwb "SYA"
HAHAHA..nampak tak kat situ?
sibuk nak membahan Sya sangat kan..




Masa perkenalkan diri,
paling best semua bahan Zira,
tak sangka zira akan buat macam tu..
Sya rasa kalau tengah minum air time tu memang bersembur air kat muka orang depan..
bangun dengan slumbernya,
then tarik2 baju sikit..pastu angkat dua2 tangan letak bawah mata..
"Macam sedeyhhh jewww"
( versi syasya mcm comel jeww)
HAHAHAHA..
memang la satu bilik kuliah tu gelak..
serius lawak weyhh.. :D



Yang kak Ada pulak
pegi cakap
"saye rindu mak ayah saye"
ingatkan versi sedih..
rupanya versi marah..
hahaha
failed Kak Ada.. FAILED sangat :p



Masa main game tembak-tembak..
( lupa nama game )
sumpah lawak..
rasa mcm mee hoon yang dimakan nak keluar balik..
kyra jalan dengan slumbernya nak tembak musuh,
then musuh dia lambat nak tembak dia.
boleh dia cakap
"eeee...cepatlaaaa" sambil letak balik pistol
hahahaha
menyerah diri untuk dibunuh rupanya.. :P



dan semua yang lain,
sara, ayuz, bella, liya,
dan semua yang terlibat main game mafia..
seronok sangat..
tak sangka pembunuh dengan penyelamat adalah jiran sebelah..
haahah
segala memori yang tercipta mesti Sya akan simpan serapat-rapatnya.
terima kasih kerana membuat hujung minggu Sya menjadi sangat bermakna.









 






mungkin Sya tak dapat nak ceritakan secara detail tentang perjalanan program
tapi percayalah..semua terasa indah dengan kehadiran mereka semua..
semua terasa mudah bila adanya mereka bersama.
mungkin sebelum ni masingmasing sibuk dengan hal sendiri tapi dengan adanya program macam ni, dapat jugak peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama dan mengenali lagi antara satu sama lain.

kalau ditanya apa yang Sya dapat sepanjang program ni..
cuma satu jew yang Sya akan cakap..
Sya dapat
DIRI SYA SENDIRI.
insyaALLAH,
Sya tak kan lupakan diri sendiri lagi..



sebab Ustaz Hadi pesan :

"orang yang mencari kesempurnaan tak kan pernah bahagia,
lakukanlah kesilapan sebanyak mungkin,
tapi jangan lupa untuk betulkan kesilapan itu semula
kerana kita tak kan pernah belajar kalau kita tak melakukan kesilapan.."

Sir Helmi pulak cakap :

"kita kena belajar terima pandangan orang lain terhadap kita
kerana pandangan orang lain terhadap kita adalah
 jauh lebih baik daripada pandangan kita sendiri..
sebab kita hidup bermasyarakat bukan hidup sendiri..
stay positive dan persetankan apa yang orang kutuk asalkan ALLAH tahu kebenarannya "

Akhir kata,
maaf semuanya andai terlanjur bicara
hingga buat anda tak tidor lena,
mahupun menangis hingga kering air mata..
sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH,
dan yang buruk itu datang dari kekurangan diri Sya sendiri..
salam sayang!


bye! bye!


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

2 comments:

  1. mcam sedih jeww....macam nak nangis jewww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sedih jew kan...bukan betul2 sedih..so. jgn la nanges.. hihi =)

      Delete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...