Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Tuesday, 10 December 2013

Aku Sebutir Pasir


sedih, pedih, perit, terluka..
segalanya tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata,

dalam perjalanan menuju destinasi cita-cita,
ternyata,
telah banyak hati-hati yang kecewa..

terlalu banyak dosa yang terpalit dalam diri ini,
terlalu banyak
hingga aku rasa ia mampu menyatukan langit dan bumi..
dan bila aku tersedar segala kesilapan diri,
harapanku adalah itu semua hanya mimpi..

sayang,
sungguh seribu kali sayang,
segala yang terjadi adalah realiti,
bukan fantasi, mahupun mimpi..

kain putih telah pun aku hitamkan,
bunga nan indah,
telah aku layukan,
dan tirai diri
telah aku londehkan..

saat segala yang terjadi
satu persatu melumatkan hati,
sungguh aku ingin bangun kembali,
aku ingin tegak berdiri,
walaupun aku hanya sebutir pasir yang sepi,
masih aku mahu menjadi permata yang berseri,
Ya ILLAHI..
jangan biarkan aku sendiri..


| Sya Muncit |


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

1 comment:

  1. Sya, kita manusia tidak terlepas dari kesilapan, tp kesilapan lampau jgn kita jadikan alasan utk merendahkan diri kita, menghilangkan semangat kita, jadikan kesilapan lampau sebagai api, api semangat yg membakar dalam diri kita untuk terus bangun dan berjalan kehadapan, mencapai cita-cita. jadikan ia pengalaman hidup kita, Experience is the best teacher. Kita didunia tidak pernah sekali kesepian, keseorangan, ingatlah, Allah sentiasa dekat dengan kita, ibu ayah sentiasa bersama kita, dalam hati, kawan-kawan kita sentiasa ada disekeliling. Be strong ok sya. be strong, i know u do :)

    ReplyDelete

Kindly drop your comment here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...