Assalamualaikum & selamat datang ke ruangan Sya MunCit..Ini kisah hidup Sya, suka duka dalam mengejar impian,suka duka dalam persahabatan & percintaan..semoga hari kita sentiasa indah (^_^)

Sunday, 14 September 2014

Pengalaman Internship (PNCKK UniMAP)

hye readers semua!! 
*ada pulak readers kan??* *perasan* hihihihi..
dah lama sangat rasanya tak buat entry..
almost a YEAR!
busy sangat. serius tak tipu. busy.
(^_*)
tapi hari ni macam tiba-tiba sampai seru nak update.
mungkin perasaan rindu tu membuak-buak mcm gunung berapi nak meletup kot,
sebab tu la nak letupkan kat sini je.

i'm away from my internship.
it's been 2 weeks since i left PNCKK.
perasaan??
sabar..sabar..
hujung entry ni nanti Sya cakap.
(please baca sampai habis.. HAHAHA)

First time dapat tahu tempat praktikal dapat kat PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR ( KOMUNIKASI KORPORAT) UniMAP, rasa macam tak keruan sangat dah. macam-macam benda bermain dalam kepala otak ni, kalau boleh nampak, rasanya mcm ikan yang tersepit dalam jaring, mencari-cari mana jalan keluar, tapi tak jumpa-jumpa. huhuhu..

Risau :
1- Tak pernah kerja. ( habes SPM pun duk umah jew taw sebab nak tumbesaran badan jadi terlebih sihat)
2- Tak tahu pejabat tu dekat mana ( kalau kawasan kat umah ni pun, Sya boleh sesat sebab jarang keluar *budak baik* apa lagi tempat yg tak pernah tau kewujudannya ni.) 
3- Nak pergi naik apa? nak tumpang orang? ( malu lah)  motor? ( berebut dengan adik nak p sekolah pulak) kereta? ( bila masa pulak Sya pandai DRIVE)  bas? ( bas kat sini memang hidup segan mati tak mau)  flight? ( gilaaa apaaaa -_-')
4-Risau dapat SV yang kerek, suka buli, suka marah-marah.
5- Risau jumpa staff yg suka dok kutuk kutuk, cakap belakang.
selama seminggu sebelum intern tu memang asyik dok fikir ja apa nak jadi bila start intern.
dia punya risau tu tahap mcm nak jumpa Perdana Menteri.


benda pertama akan nampak, bila pintu lif terbukak

21 Julai 2014
Hari first intern.
bangun awal gilaaa kot.
nak pakai baju apa?
tudung apa?
kasut apa?
beg apa?
gincu warna apa?
nak make up tak?
nak bawak apa?
kalau dah nama perempuan tu, macam macam benda bermain dalam kepala ni kan. sampai tahap gincu warna apa pun nak fikir -_-'
lastlast malas nak serabutkan kepala otak sangat.
mak kata pakai macam biasa sudah.
so Sya pun decide nak pakai macam sya pergi kuliah ja.
kan lebih elok jadi diri sendiri.

tudiaaa..budak tembam. make up pun tak pakai..huhuhu

hari first sampai situ, SV tak ada sebab ada meeting, dia bawak sekali budak praktikal. Okey, tunggu jew lah. tunggu.. tungguu..tunggu...
lamanya.
bosan sebab tak tau nak buat apa.


tempat duduk i ollss sepanjang intern ni..huhu

serius kekok gila time tu.
nasib baik ada Kak Rina yang selalu dok sembang-sembang.
cerita pasal Pejabat. pasal berapa orang staf. nak kena datang pukul berapa. balik pukul berapa. surau kat mana. toilet kat mana. rehat pukul berapa.
semua benda lah.
lepas tu Kak Wari mintak tolong faks kan surat.
lega akhirnya ada benda nak buat.
first time guna mesin faks.. tak lah susah sangat pun.huhu

SV dah balik!!!
hoi jantung berdegup kencang.
suara rasa tak nak keluar walaupun nak bagi salam.
last2 SV yang bagi salam dulu.
*gila menyumpah mulut sendiri dalam hati sebab tiba2 jadi berat, kalau bergosip ringan pulak kan..hishhhh*
masuk bilik SV,
SV suruh panggil 'Kak Hanim' je.
SV interview sikit pasal background dan bagi review sikit tentang kerja-kerja yang nak kena buat nanti. Ada yang Sya faham, ada yang Sya tak faham pun tapi angguk jew lah.. hihihihi..
tapi Sya cakap la yang Sya tak pernah kerja dengan orang dan kalau boleh mintak tunjuk ajar la sebab Sya ni slow sikit banyak.
SV cerita la jugak pasal budak intern sebelum Sya.. Sya orang yang ketiga dan paling singkat tempoh intern ( 5 minggu) yang lain 3 bulan dan 6 bulan kot. masa tu dah risau dah sebab takut Sya tak boleh nak buat kerja dengan baik, lagi dua orang budak tu takpa lah sebab dah lama, banyak boleh belajar, banyak dah tahu. dalam hati masa tu memang rasa macam nak balik rumah ja.
tapi SV pesan 
"tempoh tu tak penting, yang penting apa yang kita belajar"
that words really motivate me. terima kasih Kak Hanim! *tears*

semangat membara-bara gila nak buat kerja time tu. haha..
tapi, okey tapi lagi, memang banyak tapi pun entry kali ni.. :-P
tengok budak intern tu, Aini..
hoii..ramah la pulak budak ni, rajin bersembang, bergurau, rajin bertegur sapa dengan staf, staf pejabat sebelah pun dia kenal.
rasa down lagi sekali.
Sya bukan macam tu, sya ni pemalu kot, serius pemalu,tak tipu ( kawan2 jgn nak gelak sangat dengan statement ni, luku kepala nanti)  Sya diam sikit bila dengan environment baru kecuali dengan kawankawan sekepala, macam mana la nak adapt dengan environment baru ni.
pastu someone told me
"just do your work, don't worry too much"
Sya pun okey sikit.

mula mula taip surat, MasyaALLAH..banyak gila salah.
typo merata-rata tempat.
ejaan salah.
format salah.
tarikh salah.
banyak benda lah salah.
pastu kena bulat besar2 dan SV suruh betulkan.
time tu rasa macam bangang jugak la sebab benda simple pun tak boleh buat, dalam bahasa melayu pulak tu.
HAHA..
tapi tak la bangang sangat sebab sebelum ni mana biasa buat kan. so benda ni jadi new lesson lah.
so bila makin hari makin banyak surat, dah tererrrr sikit dah.
tak banyak salah dahh.. yeayhhh!! *jogetjoget*

selfie pagi pagi sebelum pegi 'kerja'
muka still kosong tak reti make up -_-'

Honestly, minggu pertama dan kedua Sya rasa mcm nak sangat cepat habis intern. SERIUS! rasa penat sangat, takda kawan, bosan dan rasa macam kenapa pilih nak intern kat sini????? sampai setiap kali balik rumah mesti kira ada berapa hari lagi nak pegi 'kerja'..

Betul lah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. dah kenal rasa macam nak cinta sampai akhirnya.. gittewwww.. *puitis kannn* muehehehe...
sepanjang tempoh intern, macam macam kerja Sya dah try.. sampai benda yang Sya tak pernah terfikir nak buat dan tak tahu buat pun Sya kena buat. Contohnya kena edit Website PNCKK.. weyh! time tu rasa macam kena hantuk kepala atas batu. sya ni BUTA IT kot.. lagi lagi nak edit.. huwarghhhhh.... T__T

Lepas tu yang paling mencabar ialah kena buat flyers untuk promote Green Campus kat UniMAP.. Ya ALLAH... punya lah susah.. mana pandai guna photoshop. Kak Hanim cakap benda ni penting, jadi kena buat betul betul.. lagi bertambah-tambah stress.. rasanya dua minggu jugak edit dan tukar design macam macam untuk dapatkan design yang tak seberapa tu.. so, budak2 UniMAP, siapa dapat flyers tu,
"JAGA ELOK ELOK, KAU INGAT SENANG HAKAKKK NAK BUAT" 
air mata darah weyhhh.. serius cakap! sebab Sya bukan belajar benda benda macam ni. takda skill. ZERO.

semua kerja dapat ditamatkan dengan sempurna ( yeker sempurna?) sebelum Sya tamat intern.  Hari hari terakhir intern, pergi UniMAP dengan Kak Hanim dan meeting terakhir adalah meeting di UniMAP Holding. first time jejak kaki kat sana, selalu dengar Aini je bercerita pasal holding. Not bad, staf diaorang ramah sebab teman makan dan sembang sembang bila Kak Hanim tinggalkan diriku keseorangan di sana...huhuhuhuhuhu *drama*
 Penutup kepada Internship adalah jamuan hari raya dan jamuan perpisahan. pandai semua orang buat surprise konon ada kerja luar dengan Kak Hanim, rupa-rupanya ada agenda lain...heeeee..

Kak hanim , SV yang paling baik.
*mmuahhcikedd*

mereka yang disayang

Kak Iffa dan Kak Rina.. geng suka bergosip bila bosan..hehehehe
Thank you semua!
Prof Zu, Kak Hanim, Kak Wari, Kak Iffa, Kak Rina,Kak Scha, Aini!
Thank you sebab jaga budak intern ni baik baik dan tak jemu bagi tunjuk ajar dan ilmu baru.
Terima Kasih Kak Hanim sebab bagi banyak pendedahan tentang dunia kerja dan tak jemu jemu heret Ros pegi masuk semua meeting yang Kak Hanim kena attend.
Terima Kasih sebab selalu bergosip beramai-ramai..
doakan Ros tau.
InsyaALLAH panjang umur, kita jumpa lagi.

"SEDIHNYA RASA INTERNSHIP DAH HABIS"
T_____T
Byee!!

hobi bila datang office pagi pagi..kahkahkah..

cendera hati daripada mereka
SULIT !


XOXO
| Sya muncit |


every moment i spent with them
is like a beautiful dream come true..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Thursday, 20 March 2014

Pulanglah MH370


Kehilanganmu dalam sekelip mata,
mengejutkan kami dari alam nyata,
menyedarkan kami dari tidur yang lena,
tanpa pesan tanpa berita
tanpa khabar mahupun petanda
sungguh kami seakan hilang punca...

Remuk hati kami tercari-cari,
di mana destinasi yang kau tujui,
ramai yang membantu tanda simpati,
ramai rebah dan menangisi,
namun masih jua kau diam menyepi,
pulanglah duhai burung besi..
pulanglah kerana kami merindui....

Andai masih di atas sana,
mendaratlah dengan sempurna,
andai ada di pelosok bumi,
tinggalkanlah petanda buat kami,
dan jika berada di luas lautan,
timbullah agar terjawab segala persoalan,
agar terlerai segala kekusutan...

kami di sini menantimu dengan penuh debaran,
doa dan harapan tak putus kami kirimkan,
Moga ALLAH kan bersama kalian,
dalam apa jua keadaan,
dan pada ALLAH juga kita pohonkan,
agar janganlah ia dihilangkan,
melainkan ia dikembalikan...

| Sya Muncit |

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..Sila Tinggalkan Komen Anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...